Teknik lajukan PC yang slow

by waidakmy on November 29, 2007
in Penyelenggaraan PC

Sekali sekala bosan juga kalau asyik bercerita pasal hal2 teknikal. Kali ini, biarlah saya bercerita apa yang saya buat weekend hari tu :)

Buat maintenance PC anda

PC di rumah saya tu dah mula slow. Hmm, padanlah dah sampai masa untuk maintenance pun. Tips dari saya, selalu2 lah buat maintenance PC, kalau mahu PC tu tip top selalu. Banyak teknik maintenance PC ini, tapi kali ini saya sentuh salah satunya saja. Yang penting anda buat.

Defragment (Defrag) Hard disk

1. Klik Start >> Program >> Accessories >> System Tools >> Disk Defragmenter

2. Klik C: drive

3. Tekan butang “Defragment

NOTA – Butang “Analyze” akan beritahu samada drive anda perlu di”defragment” atau tidak. Boleh juga digunakan terlebih dahulu sebelum butang “Defragment

AWAS, pastikan “% Free Space” anda lebih dari 15% sebelum mula defrag. Jika tidak, anda tak boleh buat pun langkah2 di atas. Nanti buang masa anda saja hehe :) Oleh itu, buang lah benda2 tak perlu dalam PC terlebih dahulu ya

Tips – Untuk hasil yang optimum, lakukan sekurang2nya sebulan sekali (macam iklan syampu pulak :D ). Kalau anda malas (macam saya :P ) cubalah untuk dapat 2 bulan sekali. Kalau rajin pula, buat la seminggu sekali hehe

PS: Teknik ini penting sangat kalau anda selalu gunakan torrent client macam utorrent, bittorent, azureus dll. Ada khabar2 angin jika jarang defrag boleh rosakkan komputer. Walaupun khabar2 angin, agak logik alasannya. Apa2 pun rajin2kan lah diri anda :D

Belajar komponen asas CPU – Siri 2

by waidakmy on November 27, 2007
in Asas Komputer

Artikel ini adalah sambungan Belajar komponen Asas CPU (klik link itu untuk baca Siri 1)Untuk lebih pemahaman, sila rujuk gambar di sini

Sub Komponen Motherboard

1. CPU, atau Central Processing Unit boleh diibaratkan seperti otak komputer. Kadang2 dipanggil processor juga. Contoh yang mudah Intel atau AMD. Semua fungsi komputer dijalankan dari sini. Rujuk gambar artikel Siri 1, CPU adalah yang ada tertulis Intel itu. Tips saya, untuk mudah cari CPU, selalunya ia di bawah kipas :)

2. Memori Utama / RAM (Random Access Memory) adalah memori yang digunakan untuk simpan program semasa komputer ON. Kenapa masa ON saja? Sebab RAM sifatnya volatile. Memori yang disimpan akan hilang bila komputer OFF.

Beza RAM Dengan Hard Disk

Walaupun fungsi RAM dan Hard Disk seakan2 sama, tapi kedua2nya berbeza. RAM rekaannya kecil dan melekat di atas motherboard. Oleh itu, akses dari CPU ke RAM lebih pantas berbanding dari CPU ke hard disk. Dengan alasan inilah, RAM digunakan untuk simpan data yang kerap digunakan. Juga tempat simpanan sementara sebelum dihantar ke hard disk.

3. Internal & External Buses seperti bas. (Saya tak berlawak ni) Konsepnya sama, cuma tak sama dari segi fizikal :) Sama tapi tak serupa hehe. Bas yang kita tahu bawa orang dari satu tempat ke tempat lain. Bas yang ini hantar data instead of orang. (Internal = dalam, External = luar)

  • Internal Buses, bawa data ke komponen dalam. Contoh:- AGP, PCI. PCI-Express & lain2.
  • External Buses, bawa data ke komponen luar seperti printer & keyboard. Contoh:- paraller port, serial port, USB, PS/2 & lain2.

Sinilah tempatnya untuk upgrade graphic PC anda

AGP & PCI-Express (contoh Internal Buses). Tempat untuk anda upgrade graphic card PC. Kalau PC anda gunakan built-in graphic, boleh la anda beli graphic kad baru untuk upgrade graphic PC anda :)

jumpa lagi, ja~~~

Belajar komponen asas CPU

by waidakmy on November 25, 2007
in Asas Komputer

Dah guna tip saya yang lepas? Kalau rasa best, rajin2 la datang lagi ke waidakmy.com, banyak lagi tips best akan datang :D

Artikel kali ini tentang komponen asas CPU. Dari pemerhatian saya (nampak sangat saya suka tengok orang, kantoi :-P ) wanita tak faham pasal komponen asas CPU, cuma tahu guna saja.

Jangan risau, anda dah buat langkah bijak dengan melawat waidakmy.com :)

Apa yang ada dalam CPU?

1. Motherboard/MoBo, antara yang terpenting dalam komputer. Tempat terletak subkomponen

(MoBo dalam gambar seperti kad elektronik besar yang warnanya ala2 keunguan)

2. Power Supply. Bekalkan kuasa elektrik kepada semua komponen

3. Hard disk & Optical drive

a) Hard disk untuk simpan semua data dalam komputer

Pernahkah anda terfikir kenapa data yang disimpan di hard disk tidak hilang?

Hard disk sifatnya non-volatile, memori dalam hard disk akan kekal walaupun tanpa kuasa elektrik. Sekiranya anda tutup punca elektrik ke komputer pun, semua data dalam komputer tidak akan hilang.

b) Optical drive, seperti CDROM atau DVDROM. Sama fungsi seperti hard disk tetapi kelebihannya mudah alih. CD dan DVD kan boleh dibawa ke mana2.

Klik sini untuk mudahkan pemahaman anda. (sumber dari wikipedia)

PS: “komputer” @ waidakmy.com = “komputer peribadi” / “Personal Computer” / “PC”. Semuanya sama je. Kadang2 saya akan gunakan salah satu perkataan di atas. Pembaca2 wanita & komputer jangan pula pening2 :)

PPS: Subkomponen dalam MoBo akan diterangkan dalam post akan datang :)

Tips 1 – keluarkan CD masa PC dah off

by waidakmy on November 23, 2007
in Tips-Tips Komputer

Tips no 1 seperti yang dijanjikan sebelum ini

Mudah saja untuk anda keluarkan CD masa komputer dah pun off. Jangan risau. Tidak lah sampai anda kena unscrew CPU untuk dapatkannya hehe.

1.Dapatkan klip kertas

2. Luruskan klip seperti dalam gambar

3. Perhatikan lubang kecil di bawah CD drive anda

4. Jolok klip yang dah diluruskan ke dalam lubang kecil. Rujuk gambar

Cubalah untuk tahu hasilnya :D

Yang dah cuba? Macam mana? Berguna tips ini?

Memang kerap saya buat sebab selalu terlupa nak ambil CD bila dah off komputer heh :D (Tapi jangan la jadi macam saya ya :P )

PS: Senang anda simpan saja klip tu (dah alang2 rosakkan klip tu kan :D ) , mana tau kot2 nak gunakannya satu masa nanti

Update pada 11/12/08: Betulkan susunan gambar apa yang boleh. Perlu betulkan coding pada theme untuk selesaikan masalah gambar di post

Update pada 22/3/09: Masalah coding berjaya diselesaikan. Yey!

kenapa wanita & komputer?

by waidakmy on November 21, 2007
in Coretan WK, Umum

Update pada 11/12/08: sedikit pengubahsuaian info dan penambahan link

Yeah!! pada pukul 10.30mlm 21/11 /2007 wanita & komputer dah berjaya dihasilkan :) (Siap untuk tulis artikel yang no 1 sebenarnya ehehe)

Untuk siapa wanita & komputer?

Terfikir2 tak kenapa wanita & komputer?? sebabnya belum ada lagi (setakat pada masa post ini ditulis lah kan heh) blog tentang komputer yang fokus untuk wanita.

Untuk lelaki memang banyak dah, jadi tak usahlah saya tambah lagi kan? Itu la agaknya kenapa orang mesti kaitkan komputer dengan lelaki.

Kenapa anda perlu baca blog ini? :)

Cuba bayangkan yang repair komputer anda wanita? Kan cool tu :) Lagi satu, lebih seronok kan kalau boleh faham bila lelaki berborak tentang komputer. Takpun tumpang sekaki berborak :D Tidak pun sekurang2nya bila anda nak membeli komputer, anda faham sedikit sebanyak apa yang jurujual tu nak jual pada anda. Tidaklah anda tertipu. Seronok kan? :)

Apa yang ada di blog ini?

Dengan alasan2 kukuh di atas :) , anda boleh dapat tips2 dan teknik2 yang dah saya gunakan selama ni. Memang terbukti dan telah diguna pakai. Saya tak akan cerita sesuatu yang saya sendiri pun tak tahu. Cukuplah untuk saya survive sampai belum lagi ada niat nak campak komputer kat tasik utp tu hihi (perkara yang selalunya budak2 utp cakap bila komputer rosak hehe)

PS: Lagi buat saya berkobar2 (cewah) nak share bila kawan saya cakap “saya tak reti sangat bab2 komputer ni”. senang la lepas ni, suruh dia baca wanita & komputer saja :D

PPS: Saya akan kongsikan Tips no 1 – Macam mana nak keluarkan CD masa komputer dah pun off? :D