sembang hosting dan domain
Satu dialog YM di petang rabu….
A* : waida, camne buat http://waidakmy.com 2?
me : hehe (happy sbb promo ltak signature kt emel berjaya ngeh3
)
me : aku bli domain waidakmy.com tu
A* : owh kene bli ke? hmm…bape?
me : dun wori..xde la mahal sgt..ok2 je rege die..rm30 setaun
A* : owh..kat ne nak bli tu?
me : b4 ko bli tu..ko kene la bli hosting skali..kalo tak no point la..lgpun senang bli skali trus hosting+domain
A* : asl lak? hosting tu ape lak?
me : camni..ko bygkan hosting tu cam umah ko..pastu umah ko ade address kan? domain name tu address umah..jadi tak guna la ade address umah kalo umah nye takde kan?
A* : hoho..camtu ke..baru aku tau.. hehe
me : aku bli kt ecommerce mastery..ko klik link ni http://www.ecommercemastery.com/
Selepas beberapa minit….
A* : waida, penin..mcm2 la pakej die..mane 1 nk pilih?
me : hoho..lek2..b4 nk bli tu..de tujuan x nk bli? pe ko nk wat ngan domain tu? kalo xde aku suggest xyah le lg..mmg le murah..tp kalo xde obj btul2..mmbazir gak le kan?
A* : hmmm…
me : ko pk le dulu..tapi kalo mmg ko dh decide nk bli..amik la pakej beginneer tu..rege die dh ok tu..n specs die pn dh cukup utk beginneer2 ni..bile perlu..upgrade je nnt..xde mslh punye..
Nota – * – nama dirahsiakan untuk mengelakkan hal2 tak diingini. (lagi2 bila berchatting di waktu pejabat
)
Siri 3 – Panduan download youtube
Salam sayang pembaca2 wanita & komputer
,
Panduan Download Youtube
Macam mana panduan download movie dan software dalam artikel saya yang lepas? Harap2 berguna untuk anda semua
(jangan lupa share apa yang anda dah download, mana tahu saya termiss out cerita2 baru menarik
)
Artikel kali ini, Siri Panduan lagi untuk anda hehe. Ok, Panduan Download Youtube!! Saya tahu ramai pembaca2 kat luar sana yang suka tengok video di Youtube. Haa, sekarang mudah untuk anda download ke PC dan lepas ini, bolehlah kalau nak tonton berulang2 kali
Saya malas nak tulis panjang2. (penat juga kan kalau asyik tulis artikel2 panjang hehe). Download saja ebook tulisan Han ni untuk tahu dengan lebih lanjut. Saya pun tak tahu macam mana nak download video Youtube sebelum ini. Mujur saya jumpa dengan ebook ini. PERCUMA saja pun
Klik link di bawah untuk download ebook ini
Ikuti arahan yang terpapar di page yang akan muncul ya. Caranya sama saja seperti anda download Panduan Shopping Online sebelum ini
PS: Saya hargai kalau anda dapat beritahu saya kalau2 ada link yang rosak di mana2 artikel saya. Beritahu dengan tinggalkan komen anda pun tak mengapa. Terima kasih
Ini bukanlah bermakna saya tak check semua link di artikel saya sebelum saya post hehe. (tak professional lah saya kalau begitu kan?
)
Panduan Download Software dan Movie
Apa khabar semua?
Download Software, Movie dan Lagu
Ada orang suruh saya ceritakan tempat2 download software, movie dan lagu. Software dan movie dengan senang hatinya saya boleh beritahu. TAPI kalau tanya saya tentang lagu, memang saya tak tahu (sori mawar eh). Koleksi lagu yang ada dalam PC ini pun hasil sumbangan kawan2 yang sentiasa bermurah hati ngeh3.
Sumber Free Software / Freeware
Ok, selalunya saya download freeware/shareware kat Download.com.
Sekarang anda dah tahu rahsia saya dapat freeware/shareware baru
Ada freeware yang bagus, ada yang tak berapa bagus, biasalah barang percuma kan. Oh ya, lihat2 juga shareware. Ada shareware yang bila di-install hadkan fungsi, bukan hadkan masa penggunaan. Kalau anda mahu lebih fungsi dari yang ditawarkan, anda boleh beli dan upgrade
Sumber Movie
Ini mesti ramai nak tahu hehe. Selain beli CD p****e (eheh), saya gunakan torrent nak download anime, korean drama, japan drama, english series dll. Torrent konsepnya Peer to Peer Sharing (P2P).
Download torrent client
Sebelum tu, anda kena download client ke PC anda dulu. Yang disyorkan – utorrent. Ada juga client yang lain, Bittorent, Bitcomet, Azureus. (Ikut pengalaman saya, saya tak berapa galakkan anda guna Azureus melainkan RAM PC anda besar)
Download fail torrent
Selepas dah download torrent client, anda perlu download fail torrent movie yang anda mahu. Fail tu nanti dalam jenis format torrent dan saiznya kecil saja. (Untuk dapatkan fail torrent, taip ‘torrent+namaMovieYangAndaMahu’ di google.)
Buka torrent client
Kemudian, buka torrent client yang dah di-install tadi. Masukkan fail torrent ke dalam client dan anda sudah boleh mula mendownload
Website fail torrent yang saya selalu download
Anime – Animesuki
Korean, Japan, Taiwan Drama – D-addicts Forum
AWAS – Oh ya, jangan gembira sangat dulu
Sebabkan torrent ini konsep P2P, pastikan fail torrent yang anda download tu sama ada UL & DL atau Peer & Seeds itu tinggi bilanganya untuk download dengan jayanya
Have fun downloading
PS: Jika boleh, pastikan anda save fail download anda di mana2 drive selain C:/ untuk kesihatan jangka panjang PC anda.
PPS: Untuk pengguna torrent yang kerap, jangan lupa langkah2 yang saya ajar sebelum ini.
PPPS: Selingan – apa maksud di sebalik waidakmy? waida tu nickname saya. kmy tu pula nama ayah campur datuk hehe jadilah waidakmy (glamour sikit hehe)
Surf internet di mana saja – celcom broadband
Salam hormat pembaca2 wanita & komputer,
Surf Internet Di Mana2 Sahaja!!
Seperti yang dijanjikan dalam artikel sebelum ini, artikel kali ini berkisar tentang celcom broadband. Saya layari internet di kampung gunakan celcom broadband inilah. (dengan ihsan ayah saya hehe
)
Awas, bukan promote celcom broadband ya. Anda bebas memilih apa2 pakej yang anda mahu dari syarikat lain.
Saya hanya nak beritahu pembaca2 sekalian bagaimana caranya untuk terus melayari internet di mana2 sahaja. Harapan saya dengan artikel ini, pembaca2 semua tahu bukan dengan Streamyx saja anda boleh melayari internet hehe.
Ada 3 pakej yang anda boleh pilih (Boleh rujuk website Celcom & Artikel di blog ini untuk lebih info)
1. Pay per use – 10sen / 10kb (Anda bayar untuk berapa kilobait yang anda guna)
2. Daily unlimited – RM8 / 24 jam tanpa had (Anda bayar RM8 untuk layari internet 1 hari tanpa had)
3. Monthly unlimited – RM68 / 1 bulan tanpa had (Anda bayar RM68 untuk layari internet sebulan tanpa had)
Nota – Syarikat2 lain seperti Maxis pun ada pakej2 masing. Boleh rujuk di website syarikat2 tersebut.
Murahlah Pakej Monthly Unlimited tu, Saya Nak Langganlah!
Sabar2. Untuk pengetahuan anda, untuk gunakan Celcom broadband, sekurang2nya anda perlukan
1. Komputer Desktop / Laptop / Notebook
2. Modem sama ada USB, Datacard atau GPRS/3G handphone
Checklist untuk diri anda sendiri sebelum langgan Celcom Broadband
Sebelum anda melanggan pakej2 Celcom Broadband, pastikan anda buat checklist di bawah ini terlebih dahulu
1. Tujuan/Kenapa nak langgan Celcom Broadband? – katakan anda memang perlukan internet di mana2 saja anda pergi, pastikan anda dah pun ada laptop terlebih dahulu hehe
2. Semak dengan Celcom adakah kawasan anda ada liputan 3G/GPRS? – membazir saja kan jika anda baru tahu kawasan anda tiada liputan 3G selepas langgan pakej ini.
3. Kemampuan bajet anda – katakan anda melanggan pakej monthly unlimited & gunakan Datacard sebagai modem seperti ayah saya, anda perlu keluarkan belanja sebanyak (RM 68/1 bulan) + (RM 900++ untuk Datacard)
Kesimpulannya, terpulang pada pembaca2 untuk buat keputusan sama ada langgan atau tidak. Ada juga macam2 masalah yang saya dengar. (Rujuk ruang komen di link artikel blog yang saya bagi di atas)
PS: Saya masih setia dengan Streamyx hehe
selamat hari raya aidil adha!!
salam sayang pembaca2 wanita & komputer,
saya nak ucapkan selamat hari raya aidil adha!!
semoga kedatangan aidil adha membawa seribu keberkatan untuk kita semua
oh ya, hari ini tiada tips. cuma nak beritahu blog ini akan diupdate selepas 23/12 ahad. saya tengah bercuti di kampung sekarang hehe, jadi akses internet ada kekangan sikitlah hehe. (ini pun saya curi2 tumpang akses celcom broadband ayah, nanti saya cerita sikit tentang ini)
nantikan kedatangan tips2 dalam artikel saya akan datang yeh hehe
ini pun ada planning besar ini heh, nanti saya akan beritahu hehe (insya allah bawa benefit untuk anda semua)


