Tips 8 – Gunakan free file hosting untuk upload fail dan hantar
by waidakmy on December 17, 2007
in Tips-Tips Komputer
Salam hormat pembaca2 wanita & komputer
,
Selalu anda hantar fail bagaimana? Attach dalam email?
Cara ini memang selalu digunakan. Kalau yang saiz failnya kecil saja, tak apalah. Bagaimana kalau saiz failnya mencecah lebih 10MB? Hmmm…
Saiz attachment dalam email pun paling banyak 10MB. Walaupun boleh, jenuh juga la nak menunggu fail tu diattach. Mesti anda pernah rasa kan? Tak perlu sampai 10MB pun, 7MB pun dah tak larat nak tunggu.
Jadi, kali ini, Tips 8 – gunakan “free file hosting” untuk upload fail & hantar
Katakan anda mahu menghantar gambar2 semasa anda bercuti di sabah kepada rakan2. Saiznya semua lebih kurang 30MB. Banyak tu. Bayangkan anda perlu attach & hantar 3 emel yang berbeza. (1 email – 10MB attachment)
Lebih mudah kalau anda gunakan servis file hosting percuma yang tersedia di internet contoh rapidshare, mediafire, savefile, fileden dan macam2 lagi.
NOTA – walaupun free, PENTING untuk anda tahu, lain provider lain ciri2 yang tersedia. Ada yang unlimited space, ada yang hadkan space sehingga 1G sahaja. PENTING juga untuk anda tahu, ada sesetengah provider akan membuang/padam link anda bila tidak aktif lebih dari sekian2 masa (contoh seminggu)
Ikut sahaja arahan yang tersedia di website provider servis. Selepas anda upload fail, satu link akan diberikan kepada anda. Save/Copy link yang diberikan.
Selepas itu, pastekan link dalam email dan hantar kepada kawan anda. Bila kawan anda klik link tadi, satu page akan terbuka dan arahan untuk mendownload fail akan diberikan.
PS: Saya ni suka download manga (komik jepun) dari internet. Tu yang tau hehe
Selalunya site2 yang provide manga upload fail kat free file hosting servis. Jimatkan bandwidth mereka. Fail manga kan banyak hehe
Tips 7 – Scroll document cara mudah, tak sakitkan tangan
by waidakmy on December 15, 2007
in Tips-Tips Komputer
Tajuk artikel kali ini, datang idea nak tulis bila tengok kawan sekerja struggle nak scroll dokumen dia ke bawah. Penat jugak kan tangan, kalau dokumen tu beratus-ratus muka surat hoho. Saya sendiri pun tak larat
Kalau anda nak tahu, saya jumpa tips ini pun secara tak sengaja. Tapi baguslah, sebabnya sekarang saya ada cara singkat untuk scroll document yang panjang. Tangan pun tak sakit ngeh3
Tips ke 7 – Scroll Document Cara Mudah, Tak Sakit Tangan
Nota – Tips ini hanya boleh diguna untuk mouse yang ada roller saja

1 – Jangan gunakan roller macam biasa
2 – Tekan roller ke bawah (buat macam anda tekan butang mouse biasa)
3 – Simbol2 anak panah akan keluar
4 – Gerakkan mouse anda ke bawah untuk ke bawah dan sebaliknya untuk ke atas
5 – Untuk kembali ke situasi normal, tekan kembali roller mouse anda
Tips 6 – Pindah program ke program lain, tak klik taskbar
by waidakmy on December 13, 2007
in Tips-Tips Komputer
Hai pembaca2 sekalian
Terharu bila baca komen2 anda. Thank you!! Rajin2 singgah di sini lagi
Antara komen2, ada yang suruh sentuh tentang shortcut key. Nantilah saya kumpulkan seberapa banyak shortcut yang biasa saya guna.
Cakap pasal shortcut key ini, tips hari ini tentang simple shortcut key dalam komputer.
Apa bagusnya shortcut key ini?
1 – Lagi cepat dari guna mouse
2 -Kalau mouse tiba2 hang, masih boleh guna keyboard. (tidaklah mati akal sangat kan?)
Macam mana pindah program ke program lain tanpa klik taskbar?
Mudah!! Gunakan kekunci ALT + TAB di keyboard anda
1 – Tekan “ALT” serentak dengan “TAB”
2 – Satu menu akan keluar di tengah skrin komputer. Menu ini akan tunjuk semua program2 yang dah dibuka
3 – Tanpa lepaskan “ALT”, tekan “TAB” beberapa kali. Ketika ini, penunjuk dalam menu akan berubah ke program seterusnya. Jadi, tekan “TAB” beberapa kali untuk sampai ke program yang kita mahu.
Cth :-
3 program dah dibuka di taskbar. Menu akan tunjuk Program A, B & C. Katakan anda mahu ke Program C, tekan “TAB” 2 kali untuk sampai ke Program C. Begitulah seterusnya.
PS: Maaflah, tiada gambar. Tak boleh nak buat print screen huhu. Nanti bila saya buat video how-to untuk panduan anda, sesiapa yang berminat boleh la emel saya
PPS: Hari ni happy sebab boleh balik awal dari kerja hehe
Panduan Shopping di Internet
Hai pembaca2 wanita & komputer
Bagaimana membeli-belah di Internet?
Saya mahu kongsi sesuatu yang menarik dengan anda2 semua hehe
Sesuai untuk yang mahu membeli – belah secara online tapi tak tahu. Sesuai juga untuk yang sebelum ini berpendapat membeli belah online ini tak selamat. Fikiran anda pasti berubah selepas ini.
Oleh itu, panduan membeli – belah secara online ada dihasilkan. Yang menariknya, khusus untuk pasaran Malaysia dan dalam bahasa malaysia lagi
Untuk mendownload dan simpan dalam komputer anda, klik pada gambar di atas. Satu page baru akan terbuka dari MediaFire. Tunggu sehingga arahan download muncul dalam seketika.
Nota – Anda perlu ada Adobe Acrobat Reader untuk membuka fail iniSila dapatkan di http://www.adobe.com/products/acrobat/readstep2.html
Selamat membaca!! Jangan lupa praktikkan nanti
Tips 5 – Dapatkan pertolongan di saat kritikal
by waidakmy on December 9, 2007
in Tips-Tips Komputer
Tips yg ke-5 khas dari saya
Mudah & ringkas saja artikel kali ini (saya tak sihat sangat ni, jadi tak boleh tulis panjang2)
Stuck bila tengah gunakan Word? Tak tahu nak tanya pada siapa?
Mesti pernah alami situasi tak tahu/tak dapat/tak jumpa apa yang dikehendaki. Nak tanya orang, dia pun tak tahu.
Tips mudah dari saya, gunakan fungsi Help dalam Word
1. Klik menu Help (paling kanan)
2. Pilih Microsoft Office Word Help / Tekan F1
3. Dalam kotak Search / Search Index, taip apa2 perkataan yang nak dicari
4. Search result akan menyenaraikan apa2 saja yang berkaitan. Carilah yang relevan dengan apa yang anda mahu
Nota : Kadang2, search result tidak menyenaraikan dengan tepat. Jadi, pentingnya kata kunci yang tepat untuk mendapat jawapan yang tepat



