Lajukan pc anda – buang fail dalam temp folder
by waidakmy on January 19, 2008
in Penyelenggaraan PC
Salam mesra buat pembaca2 Wanita & Komputer
,
Buat apa cuti hujung minggu ni? Ada apa2 plan yang menarik? Ke berehat2 di rumah saja? Ye lah, dah penat bekerja untuk 5 hari kan
? Saya pula, kalau hari sabtu dan ahad ni, sibuk juga la, ada saja benda nak buat untuk blog kesayangan hehe 
Dah lama saya tak sentuh topik tentang selenggara komputer. Tips yang saya dah pernah kongsi, defrag komputer dan scan disk hard disk.
Jadi, kali ni saya sentuh sikit pasal topik ni. Mudah saja teknik kali ni, tapi ramai yang tahu, dan kalau tahu pun, jarang2 buat. Boleh juga guna teknik ni untuk lajukan komputer. Lagi bagus kesannya jika anda buat teknik ni secara konsisten.
Buang fail dalam temp folder
Cara2 nak buka Temp folder (untuk pengguna Windows XP)
1. Right klik butang "Start".
2. Pilih dan klik "Explore".
3. Satu menu akan keluar di skrin. Di sebelah kanan pilih dan klik C:\ drive.

4. Klik satu folder "Temp" di dalam C:\ drive.
5. Buang semua fail di dalam folder itu. (Mungkin anda sesetengah fail yang tak dapat dibuang, kalau berlaku, biarkan saja faill tersebut)
6. Klik pula fail Windows juga di dalam C:\ drive, (Sila berhati2 di sini kerana fail Windows adalah fail yang TERAMAT penting, sila ikut arahan dengan berhati2).
7. Cari satu fail "Temp" di dalam folder Windows.
8. Ulang langkah 5. Jika situasi yang sama berlaku, abaikan saja fail yang tak boleh dibuang itu.
NOTA – tidak perlu anda buang fail2 di dalam Temp folder ini selalu, saya syorkan hanya 2 bulan sekali.
Untuk pengetahuan anda, mana2 fail yang tak boleh dibuang tu, kemungkinan besar, komputer anda sedang menggunakan fail itu. Fail2 yang wujud dalam Temp folder, terhasil bila anda membuka dan menutup mana2 fail dalam mana2 aplikasi contohnya Microsoft Word.
PS: Dalam artikel akan datang, saya akan ajar tips bagaimana anda boleh gunakan fail dalam Temp folder untuk kebaikan anda
RSS dan fungsinya
Hai pembaca2 Wanita & Komputer
,
Pernah dengar pasal RSS? (Apa? RSS?)
Cuba tengok sidebar kanan blog saya. Kan ada logo tulis RSS tu
. Saya nak share la dengan anda, apa RSS tu kali ini. Siapa2 yang ada blog, mesti pernah dengar / nampak pasal RSS ni kan? Tapi mesti blur2 pasal ni kan? (Sama la macam saya dulu
)
RSS Itu Apa?
RSS tu singkatan untuk Really Simple Syndication atau Rich Site Summary. Kalau tengok maksud RSS tu mesti tak berapa faham sangat kan? Hehe, jangan risau, saya pun dulu hadapi masalah yang sama. Bila dah baca blog2 orang lain, baru la tau apa guna RSS ni.
Saya bagi contoh. Katakan anda langgan RSS mana2 blog (contohnya blog Wanita & Komputer), anda boleh baca artikel2 di blog ini tanpa pergi ke blog ini. Woo, hebatnya!!!
Sebabnya, penyedia RSS, Feedburner (sebagai contoh untuk blog Wanita & Komputer) akan hantar artikel2 yang ditulis, terus kepada anda.
Penting untuk anda tahu, untuk baca RSS ni, anda perlukan apa yang dikenali sebagai RSS reader. Boleh dikategorikan pada 2, jenis online atau offline. Jenis yang online, tak perlu install, hanya baca online seperti Bloglines atau Newsgator. Yang offline pula, perlu di-install dalam PC contohnya RSSOwl.org. Ataupun, pergi saja ke Google dan taip RSS Reader dan guna mana saja yang anda berkenan 
Yang menariknya, Feedburner ni, ada sediakan servis baca RSS melalui email. Saya pun suka fungsi ini, sebab kita memang hari2 buka email kan? (Itu saya lah
) Katakan anda langgan servis ini, Feedburner akan hantar artikel2 blog yang anda langgan, terus ke kotak email. Menarik kan? Hehe. Jadi, saya pun ada sediakan servis ni. Boleh tengok di sebelah kanan blog ini dan isi email anda. Mudah dan percuma saja pun.
Saya syorkan langgan RSS ni untuk orang yang jarang2 ada masa yang banyak untuk baca blog satu persatu. Jadi, bila anda ada masa, hanya buka RSS reader (atau email anda) untuk baca artikel2 yang dihantar. Jimatkan masa bukan? Tidaklah anda tertinggal artikel2 menarik di blog2 kegemaran anda.
Tips 11 – awas pengguna laptop!! mana anda selalu letak laptop?
by waidakmy on January 15, 2008
in Tips-Tips Komputer
Salam semua
,
Saya baru saja habis event (ada forum 3 hari di saujana subang). Seronok juga, biasalah, duduk hotel, internet free, makan pun sedap juga 
Tips kali ini fokus lebih pada pengguna laptop. Pernah tak anda semua perasan kipas di laptop kita? Kalau anda tak pasti yang mana satu, cuba rasa sekeliling laptop tu, yang mana ada rasa2 angin tu, di situlah kipasnya 

Contoh gambar kipas kat laptop saya.
Bila dah kenal pasti kipas kat laptop tu. Cuba pula anda tengok kedudukan kipas tu. Di mana kedudukannya? Belakang? Tepi? Atau Bawah? Masalah timbul bila kedudukan kipas anda di bahagian bawah laptop. Eh, kenapa pulak?
Untuk pengguna laptop yang kipasnya di bawah, mana anda selalu letak laptop tu? Ada letak kat karpet? Haa saya rasa ramai yang baru tersedar kan? Mungkin selama ni, kita kurang berkira, mana kita letak laptop kita.
Sebenarnya, elakkan la letak laptop (untuk yang kipasnya di bawah) di tempat2 yang ada possibility untuk apa2 bendasing tersedut dalam kipas anda. Contoh tempat – karpet, kain yang berbulu2 dan lain2 la
Saya tahu tips ni pun sebab pernah jadi kat laptop famili saya (
). Bila dah banyak sangat tersedut bendasing tu, mula la kipas tu tersangkut2, lepas tu, laptop panas, dan rosak. Huhu, terbang juga la duit ayah nak repair laptop tu balik.
Saya tak mahulah benda yang sama terjadi kat anda semua kan?
Jadi berjaga2 lah ye!! Lepas ni kena la beringat2 (untuk saya juga
) kat mana nak letak laptop tu.
Tutorial Asas Edit Gambar – siri akhir!!
Pembaca2 Wanita & Komputer sekalian,
Kita sambung balik Tutorial Asas Edit Gambar siri yang terakhir
(Klik untuk baca Siri 1 atau Siri 2)
Siri yang terakhir ini, saya akan tunjukkan gabungan beberapa tools yang pernah saya ceritakan dalam siri2 sebelumnya. Oh ya, sebelum saya lupa, software yang saya guna ni ACDSee versi 5. Program2 lain pun boleh juga, sebab tools yang ada lebih kurang serupa.

GAMBAR ASAL

HASIL AKHIR
Macam mana? Tertarik untuk tahu bagaimana nak dapat hasil sebegini?
Boleh rujuk video di bawah ini ye. (Video ini hasil usaha saya yang pertama hehe, jadi maafkan la kekurangannya eh
)
Jangan lupa untuk mencuba.
PS: Boleh rujuk Panduan Video Youtube Han yang pernah saya post sebelum ini, untuk download video ini. Boleh juga anda email saya untuk dapatkan video ini 
Template baru mesra Internet Explorer (Firefox sudah tentu!!)
Pembaca2 Yang Dikasihi Sekalian
,
Pengumuman dari saya (pendek saja sebab dah guruh2 ni
)
Kepada @sp@, terima kasih untuk komen anda (klik di sini untuk lihat komen)
Sebenarnya, saya terlepas pandang benda ini
. Saya terlupa pulak, rata-rata orang kat Malaysia masih guna Internet Explorer (IE). IE versi 6 untuk lebih tepat. (Saya memang dah lama tak guna IE, klik di sini untuk tahu apa sebabnya, lihat ciri yang ke 4)
Mula2, saya ingat nak cuba betulkan coding2 untuk theme sedia ada tu. Hmm, susah juga, sebab saya kurang biasa dengan PHP coding ni. Rujuk Internet sana sini 2,3 hari juga, tapi last2 saya surrender
.
Bukan apa, terasa buang masa juga, cuba macam2 tapi hasil tak dapat juga. Senang cerita saya tukar saja theme lain..hehe
Tapi kali ini, saya pastikan apa yang dilihat di Firefox, sama juga dengan IE. Takpun, lebih kurang sama. Yang penting, tak memeningkan sesiapa 
PS: Saya akan sambung balik tutorial edit gambar untuk artikel akan datang


