Tutorial Asas Edit Gambar – siri 2
Oklah, sambungan Tutorial Asas Edit Gambar artikel lepas (Klik di sini untuk baca Siri 1)
4. FLIP – Mirrorkan gambar sama ada ke kanan atau ke bawah

Gambar Asal
Selepas di-mirror ke kanan

Selepas di-mirror ke bawah
5. BRIGHTNESS DAN CONTRAST – Untuk mengubah kecerahan sesuatu gambar. Selalunya digunakan bersama2 untuk dapat hasil akhir yang best. Katakan anda tinggikan kadar brightness, anda perlu kurangkan kadar contrast untuk hasil gambar yang sempurna.

Gambar Asal

Selepas kadar Brightness dinaikkan lebih dari +50 (Contrast tetap di 0)

Selepas kadar Contrast diletak pada -100 (Brightness tetap di 0)
Kita sambung di artikel seterusnya
Saya akan tunjuk langkah demi langkah untuk edit gambar secara mudah.
Tutorial Asas Edit Gambar – siri 1
Salam pembaca2 wanita & komputer 
Macam mana layout baru ini? Terasa kurang warna sikit, tapi nampak kemas
Tu yang penting, senang sikit anda semua nak baca nanti. Penat juga mengerjakan projek hujung minggu tu hohoho, but it’s worth the hassle 
Lama dah plan nak tulis entri pasal Tutorial Asas Edit Gambar (sori mawar
) Baru kali ini, hajat tercapai hohoho. Sebelum tutorial asas edit gambar ini, saya nak sentuh dulu tools2 asas yang akan selalu kita jumpa dalam mana2 program edit gambar, macam ACDSee ke, Adobe Photoshop ke dll
1. RESIZE – Kecilkan saiz gambar, atau kurangkan saiz pixel. Macam2 cara nak resize, sama ada kecilkan ikut % atau pixel. Untuk pixel, anda tentukan tinggi & lebar gambar akhir yang anda mahu.

Saiz asal (100%)

Saiz 50%
BONUS TIPS – Semasa cuba tools resize ini, jika anda tak berpuas hati dengan hasil yang didapati, undo sahaja langkah sebelum itu, dan cuba langkah lain pula. Katakan saiz 50% tak tepati apa yang anda nak, klik undo untuk kembalikan gambar ke saiz asal. Selepas itu, barulah teruskan dengan resize ke 30%. Begitulah.
2. ROTATE – Pusingkan gambar sama ada 90o, 180o , 270o malah 45o pun boleh.

Gambar Asal

Gambar Selepas Pusingan 180o
3. CROP – Potong gambar, atau buang sebahagian gambar.

Gambar Asal
Gambar Selepas Crop
Cukup setakat ini
, kita sambung lain kali
Jangan lupa cuba ye!!
PS: Jangan pula save ke atas fail yang asal bila anda nak cuba2 tools di atas. Save As dengan nama lain terlebih dulu
Tips 10 – AWAS – berhati2 bila delete fail
by waidakmy on January 3, 2008
in Tips-Tips Komputer
Salam sayang pembaca2 semua
,
Apa Azam 2008 Anda?
Pejam celik pejam celik, dah 2 bulan lebih blog Wanita & Komputer ni. Tup2 dah pun sampai tips yang ke 10. Sekejap je kan? Ini pun dah masuk tahun 2008. Apa azam tahun baru semua? Tak kira la banyak ke sikit azam yang nak dicapai, yang penting biar sikit tapi terlaksana. Banyak2 azam tapi kalau setakat catatan di kertas, tak guna kan?
Macam mana dengan azam saya sendiri? Tak boleh la cakap pasal orang saja kan
Banyak yang saya nak capai semasa masih hidup bujang ni
(antaranya berjalan merata2 dunia insya allah
) Target saya untuk blog Wanita & Komputer ini, untuk capai bilangan 200 artikel dalam tahun 2008 ini, insya allah. Ini dah kira commit dengan pembaca2 ini, habislah kalau tak dapat capai hehe. Kalau dikira2 boleh sebenarnya, dengan syarat saya kekalkan momentum update blog ini selang sehari. Tapi, yelah, masa depan, siapa tau apa terjadi. Jadi bantu saya ye, support saya untuk capai target 200 ini
Pengumuman Penting
Ok, nak buat pengumuman juga. Hujung minggu ini, kalau tiada apa2 aral melintang, akan ada perubahan besar kepada blog ini. Tahun baru la katakan, hehe. Jadi, untuk makluman, tiada artikel baru akan ditulis, sebab saya nak fokus betul2 untuk projek hujung minggu
Jangan pula pelik, jika blog ini tak dapat dimasuk. Kira2, under maintenance la, hujung minggu ni.
Enjoy tips mudah ke 10 dari saya
Tips 10 – AWAS – berhati2 bila delete fail!!
Apa akan jadi bila butang “SHIFT” ditekan serentak dengan butang”DELETE“??
Hoho, fail yang anda hendak buang akan hilang terus. TAK AKAN masuk langsung dalam recycle bin. TAPI berhati2, jangan pula TERbuang fail anda yang penting. Jangan kata saya tak beri amaran pada anda
(Tengok ruang komen di sini
)
Tips 9 – install microsoft equation dalam word
by waidakmy on January 1, 2008
in Tips-Tips Komputer
Salam pembaca semua
Ada orang yang bertanya, macam mana nak masukkan equation dalam Word?
Sebelum itu, untuk pengetahuan ramai, lebih baik saya terangkan. Ada satu program, iaitu Microsoft Equation yang dicipta untuk masukkan formula2 matematik ke dalam Microsoft Office. Memang mudah sangat, hanya pilih saja mana2 formula yang kita kehendaki.
Ok, kita teruskan dengan Langkah2 untuk install microsoft equation 3.0.
(Nota – Jika sudah install Microsoft Equation, skrol terus ke bawah untuk baca langkah2 guna microsoft equation dalam word.)
Pastikan bersama2 anda, CD Installer Microsoft Office yang anda guna dulu untuk install Microsoft Word. (ATAU, sekiranya anda install dari folder di network, pastikan ada dapat akses ke folder tersebut semasa proses ini berjalan)
1. Tutup semua program untuk mula install.
2. Klik “Start” dan pilih “Settings“. Kemudian, pilih ” Control Panel“. (Atau, Klik “Start” dan klik terus “Control Panel“).
3. Buka “Add/Remove Program“.
4. Dalam senarai “Currently Installed Program“, cari “Microsoft Office” atau “Microsoft Word“.
5. Klik program “Microsoft Office” atau “Microsoft Word” tersebut.
6. Di hujung, anda akan jumpa butang “Change” dan “Remove“. Klik butang “Change“.
7. Satu menu Setup akan keluar di skrin. Pilih “Add /remove features” dan tekan butang “Next“.
8. Pastikan ada tanda ( / ) pada Microsoft Word.
9. Tanda ( / ) “Advanced customization of applications” sebelum tekan butang “Next“.
10. Skrol ke bawah dan cari “office tools“. Klik (+) di sebelah “office tools” untuk expand “office tools“.
11. Skrol ke bawah dan cari “equation editor“. (Sekiranya bertanda (X), sahlah anda belum install lagi program ini)
12. Klik anak panah kecil di sebelah (X) tu dan pilih “Run from my computer“.
13. Tekan butang “update” dan proses update akan bermula.
Nota – Sekiranya, semasa proses update, ada arahan meminta CD dimasukkan. Sila masukkan CD Microsoft Office anda dan pilih CD drive yang betul dan tekan butang “OK”. ATAU, cari “Shared Folder yang ada installer Microsoft Office” sekiranya anda install Microsoft Office dari network.
Selesai langkah2 di atas. Sambung pula dengan Langkah2 untuk masukkan equation dalam Word.
1. Buka program Microsoft Word
2. Klik tab “Insert ” dan pilih “Object“. Satu menu akan keluar di skrin.
3. Di bawah tab “Create New“, skrol ke bawah dan cari Microsoft Equation 3.0. Klik butang “ok“.
4. Jika anda sudah lakukan langkah2 di atas, satu kotak beserta satu menu yang terkandung2 formula matematik akan muncul di dalam Word.
Tahniah!! Anda dah berjaya masukkan equation dalam Word.
PS: Ada apa2 masalah, tinggalkan saja komen anda. Saya akan cuba membantu


