Perisian Selenggara PC Menarik untuk Tatapan Anda!!

by waidakmy on February 28, 2008
in Penyelenggaraan PC

Salam mesra semua ,

Berguna rutin maintenance bulanan saya tu? Ok, kali ni saya nak share dengan anda program utility yang anda boleh guna. Saya mencari perisian percuma di Download.com. Biasalah, Download.com memang punca utama perisian saya ni.

1. Baku

Sekali tengok, macam menarik juga program ni. Percuma, ada editor’s review lagi hehe. Perisian ni, kalau ikutkan fungsinya yang ditulis, boleh kata macam sama dengan perisian XXXXX yang saya pakai tu. Sayang, nak install ni leceh sikit, sebab ia perlukan Microsoft NET Framework. Anda boleh download dari sini. Itu lah saya kata "macam sama" kat atas tadi. Masa saya tulis artikel ni, belum habis install lagi. Selepas anda download dari link yang saya bagi tu, bila anda klik, perlu download lagi dari internet dan ada ambil masa sedikit lah. Huhu

2. Abexo Free Registry Cleaner

Yang ni pula, nak install mudah. Suka sebab perisian ni ringan, tak memberatkan PC. Sayangnya, walaupun percuma, fungsi yang ada cuma dua. Cuci registry atau backup registry anda. Biasalah kan, perisian percuma, hehe. Yang lengkap adalah, tapi kena keluarkan duit sikitlah hoho.

Hmm, saya kena tengok perisian2 yang lain lagi. Paling penting, kena ada fungsi cuci temporary file. Bukan apa, PC rumah saya tu beribu2 temp file (entah apa lah adik saya buat haha), jenuh jawabnya nak buang secara manual

Adios~~ Jumpa lagi dengan tips akan datang

Tips 19 – tak sengaja tertutup browser?

by waidakmy on February 24, 2008
in Tips-Tips Komputer

Apa khabar semua  ,

Sihat? Saya pula selsema, dah terasa2 macam nak demam pun ada huhu. Jadi kali ini, saya tulis tips yang ringkas2 saja ye.

Pernah tak tertutup browser sedang anda syok2 surf internet? Kalau yang guna tabbed browser (macam firefox) macam saya, selalu juga tertekan "x" pada tab tu, hehe .

Tapi, tak ada lah saya menjerit tensen. Sebabnya? Saya tahu macam mana nak buka kembali, website yang tengah saya surf tu. (Saya hanya jerit kalau page yang tertutup tu ada benda2 yang saya tengah tulis hoho)

Caranya mudah saja. Untuk pengguna Firefox (saya galakkan anda guna firefox), klik "History" dan klik pada "Recently Closed Tabs". Kemudian, cari dan klik site yang anda tengah surf tadi. Tips ini menjadi, hanya jika anda tak buang lagi rekod history browser anda.

Untuk penggune IE pula, cari pilihan "History" dan pilih hari apa yang anda mahu buka kembali. Tapi, saya tak pasti, IE akan rekod atau tidak, page yang tertutup secara tiba2 (sebab saya pengguna firefox )

Adios~

Rutin selenggara laptop?

by waidakmy on February 22, 2008
in Penyelenggaraan PC

Salam mesra semua!

Kenduri Kahwin Sana Sini

Flickr: Wee Cute Treasures

Buat apa hujung minggu ni? Tak ada kenduri kahwin yang perlu anda pergi? Lately ni, saya banyak dapat jemputan pergi kenduri kahwin. Yang malangnya, kalau jatuh pada hari yang sama, tapi tempat yang sangat2 berbeza antara duanya. Kasihan pada pengantin la kan?

Bersih Habuk Di Laptop

Lanjutan dari artikel sebelum ni, tentang rutin maintenance PC saya, (boleh baca di sini), ada yang bertanya, bagaimana pula dengan laptop? Sama saja langkah-langkah yang boleh anda buat, cuma yang berbezanya, tak perlu lah anda buka casing tu kan? Void pula warranty anda nanti, kalau masih ada lagi la hehe.

Tahu tak anda, di pasaran ada vakum khas untuk sedut habuk2 di laptop? Kat rumah saya ada satu, jadi nak sedut habuk pada keyboard senang dan mudah la. Lagipun, kan mudah alih, senang nak bawa ke mana2. Saya guna untuk sedut keyboard saja, sebab saya pakai PC hehe.


Sumber gambar dari site ni

Yang saya ada bukan seperti di atas la, sebab yang ni gunakan kuasa USB. Hanya cucuk ke ruang USB dan anda boleh guna. Yang kami ada, gunakan 2 biji bateri bersaiz gemuk (saiz lupa haha, tapi sama macam bateri pada lampu suluh). Tapi, jangan la pula anda bandingkan vakum kecil ni dengan vakum rumah anda. Masing2 kuasa elektriknya jauh berbeza.

Jaga PC anda sebelum sakit

by waidakmy on February 20, 2008
in Penyelenggaraan PC

Salam pembaca2 Wanita & Komputer ,

Lama saya tak tulis tentang penyelenggaraan PC kan? Baiklah, kali ni saya akan ceritakan rutin maintenance yang saya buat, 1 atau 2 bulan sekali. Tengok pada kelapangan saya lah, takpun bila dah terasa PC tu dah slow semacam je hehe

Budak Kecil Yang Kuat

Flickr: JwlPhotography

1 – Bersihkan luar dalam

Sebelum on PC, vakum habuk2 di sekeliling PC (keyboard, mouse, CPU, termasuklah wayar2 kabel tu sekali). Monitor tu saya lap dengan tisu lembut. Kalau nak lagi bagus, boleh la beli cecair pencuci monitor. Tapi, jangan tanya apa yang bagus, sebab saya tak pernah guna hehe. Oh ya, casing CPU tu saya buka juga, vakum di dalamnya. Apa yang termampu saja lah, takut nak vakum lebih2, nanti benda lain pula yang tersedut ngeh3

2 – Update Antivirus

Dah on PC, pastikan program antivirus dan anti-spyware dah update. Kemudian putuskan sambungan Internet, mulakan proses scan virus dan spyware. Boleh rujuk di sini, program apa saya pakai untuk PC saya.

3 – Buang Temporary File, Baiki dan Susun Registry

Dah habis proses scan, saya akan run program XXX saya. (Tak boleh sebut, bahaya, sebab ni p***** hehe.) Program ni akan buang semua temporary fail, baiki registry dan susun kembali registry PC saya. Boleh cari di Download.com, program2 sebegini hehe, ada yang percuma, cuma setakat ni, saya tak jumpa yang best lagi la hehe

*update 8 May 2009 – saya dah beralih kepada program baru, iaitu CCleaner yang lebih senang digunakan dan free pula tu :)

4 – Scan Disk semua drive

Proses Scan Disk pulak untuk semua Drive. Untuk lebih info dan nak tahu bagaimana, boleh baca di sini.

5 – Defrag Hardisk

Dah habis buat Scan Disk, sambung pulak dengan proses Defragment. Ada juga saya sebut dengan lebih terperinci di sini. Saya buat langkah 4, sebelum langkah 5 ni, sebab saya rasa proses Defragment ni jadi lebih cepat, tak adalah asyik ulang semula je. Ni ikut pengalaman saya lah.

6 – ‘Spring Cleaning’ Komputer

Dah habis semua ni, saya kemas PC, buang mana2 program tak patut, masukkan fail di tempat yang sepatutnya. Kira tersusun sikit lah, senang nak cari kemudian nanti

Seingat saya, setakat itu saja lah. Nanti kalau ada, saya tambah lagi, hehe. Rutin ni memakan separuh hari juga. Jadi, selalunya saya on PC awal2 pagi, jadi akan habis awal lah hehe. Selepas makan tengah hari, dah boleh guna PC.

Kalau suka, praktikkan la ia sebagai rutin bulanan maintenance PC anda .. Cegah sebelum parah..cewah

Panduan Convert Fail Kepada PDF

by waidakmy on February 18, 2008
in Panduan

Salam semua ,

Huhu, lama saya tak update blog ini. Ada dekat 6 hari juga. Maaf banyak2. Komputer saya rosak dari hari Rabu lepas. Tak sempat nak repair, sebab saya kena ke Miri atas urusan kerja sampailah hari Jumaat lepas. Hujung minggu baru2 ni, barulah saya berpeluang untuk tengok apa masalahnya huhu. Susah pakai program percuma dari Internet ni, nasib baiklah masih boleh dibaiki. Masalah kecil juga lah. Kalau sampai kena format komputer, haru juga dibuatnya, huhu.

Seperti yang saya war-warkan sebelum ni, saya dah pun siapkan satu laporan untuk pembaca2 Wanita & Komputer ni. Panduan Convert Format Dokumen – MS Word Kepada PDF. Percuma sahaja untuk anda semua. Tapi, untuk dapatkannya, anda perlulah mengisi nama dan emel anda di sebelah kanan anda, bawah tajuk Produk Percuma Dari WK.

Kenapa Saya Buat Laporan Ini?

Saya perasan ramai juga yang tak tahu bagaimana nak convert format fail kepada PDF. Sebenarnya, saya kena berterima kasih kepada kawan saya, Eddy. Sebabnya dari dia lah saya tahu yang perisian P******F boleh digunakan untuk convert fail kepada PDF. Selama ini, saya ingat, saya perlu ada Adobe Professional saja untuk convert fail kepada PDF. Betapa ketinggalan zamannya saya hoho.

Kenapa Anda Perlu Baca Laporan Ini?

Jika anda tak tahu cara nak convert format fail kepada PDF, muat turun dan baca Panduan Convert Format Dokumen ini. Moga2 laporan ini dapat membantu anda.

Kalaupun anda dah tahu (manalah tahu anda lagi hebat dari saya ), dalam laporan ini, saya ceritakan beberapa perisian yang anda boleh gunakan untuk convert fail kepada PDF. Ada juga cara yang tidak memerlukan anda install di pc anda. Untuk tahu, baca seterusnya di laporan tersebut.

Oklah, jumpa lagi di lain kali.. dengan lebih tips komputer yang menarik

Next Page »