7 perisian yang WAJIB ada!!
Salam mesra semua
,
Apa 7 perisian yang WAJIB ada dalam pc anda? Dengan kata lain, kalau tiada 7 perisian ni, tak ceria hidup ini tanpanya (cewah
)
Seronok tengok orang buat tag di blog, saya pun nak buat juga hehe. Saya nak kenakan tag pada 7 orang juga lah hehe, perisian ada 7 bukan?
. Ok, 7 orang tu MK, Kak Zawiah, Amzani, Shueqry, ShawnSharif, Kaorunamba dan Nash. Saja seronok2, saya tak kisah anda mahu buat atau tidak. Kalau buat lagi bagus
Ok, berikut 7 perisian yang WAJIB ada dalam pc saya. Senarai ini lebih kepada perisian main2 ehe. Kalau antivirus atau firewall tu tahap dia lebih dari wajib. Kedua2 ni saya akan install sebelum saya masuk internet lagi.
- Firefox
Browser wajib ada dalam pc saya. Wajib sebab suka surf internet ngeh2. Biasalah sejak2 ada streamyx kan? Kalau tak surf internet satu hari, macam hilang seri huhu. Ni kes addicted dah ni hoho.
- Winamp
Pemain muzik mp3 yang saya paling suka walaupun banyak pemain lain yang lagi canggih dan hebat. Itu tak penting bagi saya, yang penting cepat load bila start dan boleh main muzik hehe
- VLC player
Perisian ini untuk main video. Seronoknya, tak perlu install codec untuk mainkan video. Ringan, dan tak banyak kerenah. Paling utama, tak menggangu konsentrasi jika tersentuh keyboard / mouse. Jika anda selalu guna Windows Media Player, anda mungkin tahu maksud saya 
- utorrent
Klient torrent yang saya paling suka setakat ini. Ringan, dan tak perlu nak install. Memang sesuai dengan namanya. utorrent = microtorrent = torrent yang super kecil 
- Editor gambar, contoh macam ACDSee, Adobe Photoshop dll
Program editor gambar, mudah untuk saya edit gambar dengan pantas. Boleh juga jadi viewer untuk tengok gambar2 sedia ada dalam komputer.
- Perisian kompres fail contoh macam Winrar, atau Winzip
Susah kalau tak ada program ini, sebab installer saya banyak yang berakhir dengan .rar. Untuk extract, saya kena lah install winrar ke dalam komputer dulu.
- Games
Ini pun termasuk juga lah ye. Mesti ada beberapa game, untuk elakkan kebosanan dan kadang2 mengisi masa lapang 
Ok. cukuplah setakat itu je. Jumpa lagi. Harap saya dapat baca tag anda di blog anda 
Tips 24 – Bermasalah dengan saiz fail powerpoint yang besar?
by waidakmy on March 24, 2008
in Tips-Tips Komputer
Salam dan apa khabar semua
,
Rasa macam lama tak tulis kat sini, walaupun last artikel bertarikh 20/3. (Hoho, sebenarnya sebab tulis in advance
).
Tengah2 syok layan MalaysiaBloggers.com, datang idea nak tulis apa untuk entri kali ni
.
Biasa bukan pakai Power Point untuk buat presentation slide? Bila sebut Power Point, mesti tak sah kalau tak guna gambar untuk hias presentation slide tu. Selingan kejap – Jangan lupa untuk dapatkan stockphoto untuk slide anda, di sini. Entri kali ni bukanlah nak cerita tentang stock photo sebenarnya hehe.
Pernah anda bandingkan saiz fail powerpoint yang banyak gambar dengan yang tidak / kurang? Dari segi saiz fail? Kalau ikut secara logiknya, memang yang banyak gambar akan besar saiznya, selalu menghampiri MB. Apa yang membuatkan fail ni bersaiz besar adalah gambar2 yang terisi di dalamnya. Tension juga kalau fail ni besar sangat, susah untuk hantar attachment melalui emel.
Ok, apa yang saya buat selalunya? Gambar yang akan di-paste atau di-insert, saya akan kecilkan atau resize dulu guna program editor gambar. Kadang2 guna ACDSee, kadang2 GIMP. Mana2 editor gambar, fungsinya lebih kurang sama saja, jadi saya tak kisah sangat. Boleh tengok cara saya resize guna ACDSee di sini.
Bukan boleh resize dalam Power Point ke? Memang boleh, tapi apa yang anda buat tu bukan resize dalam erti kata sebenar. Apa yang terjadi, jika resize di Power Point, panjang atau lebar gambar akan berubah, tapi tidak bilangan pixel. (Pixel tu unit terkecil dalam gambar, macam sel dalam manusia
). Banyak pixelnya, makin besar saiznya.
Jika resize gunakan editor, anda ubah panjang dan lebar, dan juga bilangan pixel. Itulah resize yang sebenarnya. Sebab itulah, untuk kurangkan saiz fail Power Point anda, resize gambar2 yang mahu diletak terlebih dulu, sebelum paste pada slide.
Untuk lebih kurangkan saiz, gunakan gambar berformat .gif berbanding .jpg. Gambar JPG lebih berkualiti kerana bilangan pixelnya lebih banyak.
PS : Saya tak reti nak bubuh gambar untuk hias entri kali ini, huhu.
Opera – Browser Alternatif Anda
Berjumpa lagi kita
,
Tengah sibuk baca buku Wang, Anda Dan Islam oleh Zaharuddin atau lebih dikenali dengan Ustaz Zaharruddin / Zahar saya rasa. Personally tak pernah jumpa lagi la, hanya tengok di cover buku tu je la hoho. Beli buku ni pun sebab masa tu ada promosi diskaun di website Azizi Ali hehe. 20% diskaun kalau tak silap hehe. Bagus buku ni, sebab kadang2 kita terlupa kan duit yang kita dapat tu dari sumber yang halal atau tidak. Saja sebagai rujukan tambahan, tapi buku ni lebih ke arah fakta bukan bercerita la. Cepat ngantuk bila baca fakta 
Kenapa tiba2 saya cerita pasal buku ni sebab salah satu hobi selain dari mengadap PC adalah baca buku. Kawan2 saya memang tahu saya ulat buku hoho. Hmm, patutnya saya letak gambar koleksi buku dan komik saya di sini
. Uhu, saya kena kemas dulu ni
Ok, dulu saya pernah syorkan anda guna Firefox bukan? Ini saya kenalkan satu lagi program browser untuk tatapan anda. Jeng Jeng perkenalkan Opera – browser alternatif anda.

Bagi saya lebih kurang macam Firefox la Opera ni. Hati dah suka guna Firefox kan, hehe. Nak buat macam mana, saya kenal Firefox sebelum kenal Opera. Saja saya kenalkan anda dengan pilihan browser untuk anda, selain Firefox. Yang penting katakan TAK kepada Internet Explorer hoho.
Kalau ikut Khairul, dia ada sebab kenapa dia memilih Opera. Boleh baca di sini, 5 sebab dia yeh. Yang saya boleh akui, satu kelebihan Opera ni, anda boleh baca email di Opera. Jika berminat, boleh baca langkah2 yang ditulis oleh Khairul di sini.
Di Firefox, belum ada lagi fungsi ni, mungkin boleh dicapai kalau anda tambah extensions. Oh ya, Firefox perlukan extensions untuk tambah kebolehannya. Nak cari extensionnya, bak kata Kaorunamba, tanya Pakcik Google
. Atau lebih mudah, hanya klik "Tools" dan pilih "Add-On". Nanti satu kotak akan keluar, cari tulisan kecil di bawah sebelah kanan "Get Extensions". Klik situ, nanti anda akan dibawa ke satu website Firefox.
PS: Nak emoticon yang comel (sebenarnya lebih kepada sinis haha)? Boleh cuba tengok kat sini hoho 
Tips 23 – Bagaimana guna keyboard tanpa keyboard?
by waidakmy on March 17, 2008
in Tips-Tips Komputer
Salam Mesra Pembaca2 WK
,
Seronok pula baca blog SembangKomputer.com ni semalam. Oklah, sebab SembangKomputer.com buat entri bagaimana nak guna mouse tanpa mouse (hoho macam mana tu
), saya pula nak buat entri bagaimana nak guna keyboard tanpa keyboard 

Guna Keyboard Tanpa Keyboard
- Klik Butang "Start"
- Pilih "Programs"
- Pilih "Accessories"
- Pilih "Acessibility"
- Klik "On-Screen Keyboard"
Ta-daa. Menarik bukan?
Untuk gunakannya, klik page mana yang anda nak taip, kemudian klik huruf di keyboard dengan mouse anda. Selamat explore!!
Boleh la guna, jika anda malas mahu gunakan keyboard sebenar anda hohoho
PS : Saya sedang dalam perjalanan ke Teluk Ramunia, Johor sebenarnya jika anda baca entri ni di hari Isnin
Tips 22 – Teknik menaip laju
by waidakmy on March 14, 2008
in Tips-Tips Komputer
Salam semua
,
Pernah ukur berapa laju kita menaip?
Saya cuba kat TypingTest.com tadi. Berapa keputusannya? Secara kasarnya, purata 39 perkataan seminit. Tak tahu lah itu kira laju ke macam mana hehe. Anda cubalah 
Untuk bolehkan kita menaip laju, ada tekniknya kalau mengikut Dana H di http://www.buzzle.com/articles/learn-to-type-fast.html.
3 Tips dari Dana H
- Kedudukan Jari di Keyboard
Kelapan-lapan jari kita mesti ada di bahagian ASDF, maknanya di tengah2 keyboard. Jari kanan akan picit huruf di sebelah kanan, jari kiri picit huruf di sebelah kiri. Untuk tekan spacebar (butang keyboard yang kita guna untuk buat space kalau dalam word tu) gunakan mana2 ibu jari kita. Teknik dari Dana H, selepas tekan mana2 butang di bahagian atas atau bawah, kembalikan jari anda semua ke bahagian tengah. Mengikut Dana H, lebih cepat 
- Fokus
Mulakan menaip dengan perlahan-lahan sambil itu hafal kedudukan huruf di keyboard. Biasakan juga menaip tanpa melihat huruf di keyboard. Mula2 memang susah, tapi lama-kelamaan anda akan biasa. Cuba anda sambil menaip sambil fikir kedudukan huruf tersebut.
- Prektis dan Prektis
Dah amalkan kedua2 teknik kat atas tu, prektis berulang kali. Lama kelamaan anda akan biasa menaip tanpa melihat keyboard (masa ini anda dah pun hafal huruf di keyboard anda). Untuk mudahkan sesi prektis anda, banyak program atau game yang boleh bantu anda menaip. Anda boleh cuba program di sini. Pilih keyboard jenis QWERTY
PS: Keyboard yang kita selalu gunakan adalah jenis QWERTY. Kenapa dinamakan QWERTY? Cuba anda tengok huruf di bahagian atas keyboard. Huruf Q, W, E, R, T dan Y duduk bersebelahan bukan? 



