Tips 21 – susah ke belajar komputer?

by on March 9, 2008
in Tips-Tips Komputer

Salam mesra semua ,

Anda belajar komputer mula2 dulu macam mana? Secara formal di dalam kelas atau anda cuba2 sendiri? Try and error lah lebih kurangnya. Rasa2 mana lagi baik? Macam mana kalau secara e-kursus dari emel?

Hoho, saya bukan nak buat e-kursus tentang komputer dari emel (tapi kalau akan datang boleh juga, mana tau kan ). Cuma nak kongsi banyak cara untuk belajar komputer ni, dan tak semestinya anda guna satu cara saja. Boleh juga pelbagai cara digabung2kan.

Antara teknik belajar komputer:-

  • Cuba Sampai Jaya (atau try and error)

Teknik ni selalunya saya guna untuk belajar perisian baru, contohnya Adobe Photoshop, eWriter Pro dan Macromedia Dreamweaver. Perlukan tahap kesabaran yang tinggi bila digunakan. Tidak digalakkan jika anda suka melepas perasaan pada komputer . Perlukan masa anda yang banyak, berbanding anda mendapat informasi secara berperingkat dari pakar. Untuk mahirkan diri anda, mesti buat praktikal sambil belajar. Selalunya digabungkan bersama bantuan dari "Help" di perisian terbabit hoho

  • Kelas Formal

Saya guna pakai teknik ini untuk belajar MS-DOS masa sekolah dulu. Hoho, jangan tak tahu. Sebelum wujudnya Windows yang penuh dengan Antara Muka Grafik, komputer guna sistem operasi DOS. Nak bayangkannya, cuba anda taip "cmd.exe" bila tekan butang "Run" di "Start". Konsep DOS, perlu taip arahan2 istimewa untuk laksanakan sesuatu kerja. Beruntunglah kita semua dan kanak2 sekarang, hanya klik ikon selepas wujud Windows, hehe.

Melalut pula, hehe. Saya lagi sukakan teknik kelas formal jika belajar sesuatu berkaitan operating system (saya juga belajar Linux di kelas). Nak try and error sendiri memang boleh. Tapi bila melibatkan operating system ni, kalau tersalah cuba, rosak pula komputer hoho. Pendek kata, belajar lah dari yang expert kalau anda memang clueless tentang sesuatu perkara tu

  • Pengajaran (Lesson Learnt) Dari Orang Lain

Haa, yang ni pula, jika anda seseorang yang suka melepak di forum. Apa kata anda melepak juga di forum komputer? Mesti ada forumer (orang di forum dipanggil forumer) yang bertanyakan masalahnya. Kemudian, ada yang akan memberi penyelesaiannya. Secara tak langsung, anda dah dapat info untuk selesaikan masalah anda, takpun sebagai pengajaran untuk anda tak ulang benda yang sama. Itu lah sebabnya, saya suka cari solution masalah saya di forum2, hehe. Satu tips untuk anda

  • Baca blog

Tak suka melepak di forum? Suka baca blog? Selain dari baca blog berkisarkan kisah2 artis Malaysia, cinta atau politik semasa, apa salahnya anda singgah di blog2 yang berunsurkan teknikal (macam blog WK ini ehem  )? Yang penting, anda dapat baca tips2 yang dikongsi dari blogger (penulis blog digelar blogger) secara santai. Baca blog orang lain tak sama macam dalam kelas kan? Lainlah kalau pengajar kelas anda tu hensem, wowo tu tak boleh lawan lah kan?

Anda rasa apa teknik2 yang anda guna lagi untuk belajar komputer? Boleh kongsi dengan saya?

Bagi saya, apa pun, nak belajar sesuatu perkara tu kena ada minat. Dah ada minat, baru lah seronok nak belajar sesuatu perkara kan? Bermakna pula. Jangan lupa pula mencari teknik yang anda boleh aplikasi kan secara mudah. Simple Made The Learning Process Easier

PS: Selamat Pengantin Baru Mazuin dan Azizi

————————————————————————————————————–

Nota Kaki

Tagline – "Simple yet Meaningful Learning"

Blog ini sedang menyertai cabaran SM Learning, penganjur kelas-kelas, bengkel dan seminar yang boleh membantu kehidupan anda. Sila ke laman web SM Learning di http://www.smlearning.net untuk maklumat lanjut.

————————————————————————————————————–

Tips 20 – jom berblogging~

by on March 4, 2008
in Tips-Tips Komputer

Salam semua ,

Akhir2 ni penat betul rasa2nya. Kerja di ofis, mula mendaki puncak sibuk. Kenapa saya cakap mula mendaki? Huhu, sebabnya puncak kesibukan saya, saya jangka mulai bulan 4 sampai lah hujung tahun. Hujung tahun, lagi tahap kritikal kesibukannya. Silap2 tak boleh beraya tahun ni, waa .

Dulu target nak update blog ni selang 2 hari sekali. Bila dah mula sibuk, nampak gayanya, memang tak mampu lah, huhu. Target baru yang saya set, nak update blog ni sekurang2nya 2 atau 3 dalam seminggu (7 hari). Praktikal sikitlah, lagi2 bila tak lama lagi, rasa2nya akan outstation ke Johor selama sebulan, Insya Allah.

Oh ya, rasa2nya ramai yang dah mula berkecimpung dengan dunia blog kan? Mungkin glamour di Malaysia bila Friendster wujudkan servis cipta blog (Ni saya agak2 aje lah). Kalau berminat nak join dunia blogging ni, boleh mulakan dengan Blogger. Versi yang baru ni lebih user friendly, tak macam saya guna dulu2. Nak design blog tu lagi mudah la, setakat drag and drop saja.

Kalau nak berblogging dengan serius, boleh juga membeli domain dan hosting anda sendiri. Nak tahu ciri2 apa yang saya perhatikan sebelum pilih hosting, boleh baca di sini. Tapi, baik anda mahirkan diri dengan penyedia2 blog percuma ni. Dah mahir selok belok blogging, boleh la anda blog secara serius cewah.

Oh ya, untuk pembaca2 Wanita & Komputer ni, yang juga pemblog "Blogger", boleh rujuk di sini tools2 yang anda boleh ummphh kan blog anda tu . Dalam bahasa inggeris la malangnya, tapi saya rasa bahasa yang digunakan mudah saja.

Mahu perisian percuma?

by on March 2, 2008
in Teknologi

Hai pembaca2 Wanita & Komputer,

Saya dah guna perisian Baku ni, hmm bagi saya, ok-ok lah . Boleh la untuk program percuma kan? Apa yang boleh saya minta kan? Melainkan saya bayar hoho.

Cakap pasal perisian percuma ni atau lebih dikenali sebagai freeware, ada juga perisian percuma yang dikenali sebagai opensource. Ini satu alternatif yang boleh digunakan lah. Jangan silap ya, opensource atau "sumber terbuka" ni lain dari freeware.

Perisian freeware ni, anda memang boleh gunakannya secara percuma, tetapi hak milik perisian ni tetap milik syarikat itu. Contohnya, perisian AVG antivirus tu freeware, dan hak milik nya oleh syarikat Grisoft, pencipta AVG.

Perisian opensource ni pula, percuma juga (setakat yang saya jumpa percuma lah ). Tapi, hak milik sesuatu perisian tu tak boleh dituntut oleh sesiapa pun. Pemilik nya adalah semua, orang2 awam macam saya dan anda semua. Antara contoh perisian ni, NVU, perisian untuk mereka website, sama seperti Microsoft Front Page.

Perisian NVU ni, akan disertakan sekali dengan source code. Source code ni kod programming yang ditulis dan akan membentuk perisian NVU ni. Apa kebaikannya peraturan ni? Kelebihannya, bila ada masalah atau orang IT panggil "bug", ada orang lain yang boleh perbaiki perisian NVU ni. Semakin lama, perisian NVU ni akan bertambah baik lah kan? Kita dan orang awam2 lain juga yang untung akhirnya hehe. Itu yang asyik ada versi baru saja.

Boleh juga rujuk site ni, untuk tahu apa lagi perisian yang boleh dikategorikan sebagai perisian sumber terbuka ni.

Ok lah, cukup setakat ni saja. Jumpa lagi~~

« Previous Page