Tips 27 – IP address episod 2
by waidakmy on April 25, 2008
in Tips-Tips Komputer
Jumpa lagi kita ya
,
Saya dah kongsi cara pertama untuk check IP address post lepas. Kali ni saya kongsi cara kedua untuk check IP address.
Macam mana nak check IP address
Cara 2 : Command prompt
- Klik butang "Start"
- Klik butang "Run"
- Taip "cmd.exe" dalam kotak Run yang muncul tu
- Taip "ipconfig" dalam kotak C:\WINDOWS\system32\cmd.exe
Boleh lihat IP address anda seperti di bawah ini

Mudah bukan? Dah tahu bagaimana nak tengok IP address komputer sendiri. Lepas ini, saya akan kongsikan bagaimana nak tukar IP address tersebut.
Jumpa lagi..
Tips 26 – Apa itu IP address?
by waidakmy on April 21, 2008
in Tips-Tips Komputer
Salam sayang semua
,
Menjawab pertanyaan seseorang di email semalam tentang cPanel, tersentuh pula tentang IP address. Terfikir dalam hati, boleh tulis pasal IP address kat blog Wanita & Komputer nih hehe. Jadi, cerita tentang IP address lah kita hari ni
Ok, IP address itu apa? IP address atau Internet Protocol address ni satu nombor unik yang disetkan pada setiap komputer yang bersambung ke internet. Lebih kurang macam alamat rumah, tapi ini untuk komputer. Contoh IP address macam ini, 125.76.87.60. 4 nombor unik yang diselang dengan titik antaranya.
Macam mana nak check IP address?
Cara 1 : Klik kanan ikon network
- Klik butang "Start"
- Pilih "Settings" dan klik "Network Connections"
atau jika Toolbar Setting anda jenis baru (bukan classic style)
- Klik butang "Start"
- Pilih "Connect to" dan klik "Show all connections"
Satu menu "Network Connections" akan muncul
- Klik kanan pada ikon network yang aktif dan pilih "Status"
- Pilih tab "Support"
- Boleh lihat apa IP address untuk komputer anda..

Saya akan share Cara 2 pula lain kali, gunakan command prompt 
Jumpa lagi…
Kerap online? Letaklah password di pc anda
Salam mesra semua
,
Saya kira semua orang tahu apa password atau kata laluan itu bukan?
Password atau kata laluan akan dipasang untuk lebih sekuriti, supaya hanya orang tertentu dibenarkan akses. Contohnya, untuk login email, login akaun Friendster
dan lain2 lagi. Pastikan anda meletak password yang betul2 bagus, iaitu ada ciri2 di bawah ini
1 – Panjang 5 – 8 perkataan. Panjang boleh juga, tapi yang penting anda boleh ingat
2 – Kombinasi huruf dan nombor
3 – Masukkan special character seperti @, #, %, ^ (bergantung kepada syarat)
Lebih kurang sebegini lah, ciri2 password yang bagus. Jangan lah pula letak nombor atau perkataan yang berkait rapat sangat dengan kita, contohnya tarikh harijadi. Jika saya kenal anda, sudah semestinya saya tahu bila harijadi anda, bukan? Senang lah saya cuba2 untuk teka password anda (Contoh saja ni, janganlah pula ingat betul2 ya hehe)
Dah cerita tentang ciri2 password, saya mahu ingatkan anda semua, pasanglah password untuk pc anda. Sekurang2nya, anda sudah membuat lapisan sekuriti pertama dari anasir2 luar. Tahu tak, senang aja untuk orang luar akses ke komputer anda, lebih2 lagi jika anda kerap online? Lebih teruk lagi jika anda hidupkan fungsi “Remote Assistance” pada pc.
Rujuk cara2 di bawah untuk pasang password atau matikan fungsi “Remote Assistance”
Buat Password Di PC
1 – Klik butang “Start” dan pilih butang “Settings”, kemudian diikuti butang “Control Panel”
2 – Klik 2 kali ikon “User Accounts”
3 – Jika anda tiada akaun lagi, buka satu akaun baru khas untuk anda dengan “Create a new account”.
4 – Letak nama untuk akaun anda, dan pilih “Computer Administrator” kerana komputer itu anda yang punya
. Satu akaun akan dibuka untuk anda dengan nama yang telah dipilih.
5 – JIka anda sudah ada akaun, pilih “Create a password”. Taip password yang anda mahu di ruang yang disediakan. Isikan juga hint (sebagai peringatan sekiranya anda terlupa password).
6 – Klik butang “Create a password”
7 – Selesai..
Matikan fungsi Remote Assistance
1 – Klik kanan ikon “My Computer”
2 – Satu menu akan terpapar, dan pilih tab “Remote”
3 – Buang tanda tick (/) pada kotak “Allow Remote Assistance invitations to be sent from this computer”
4 – Klik butang “Ok”.
5 – Selesai…
Mudah bukan? Ingat…Beringat sebelum terkena

Jimatkan elektrik dengan setting ini..
by waidakmy on April 13, 2008
in Tips-Tips Komputer
Apa khabar semua
?
Maaf lambat sikit artikel kali ini. Ada masalah dengan komputer huhu. Jadi sibuk dengan proses troubleshooting la kiranya. Harap2 dapat setelkan dalam secepat mungkin.
Ok, biasa tak tinggalkan komputer dalam keadaan idle? Idle ni bermakna anda tinggalkan komputer tu on tanpa anda buat apa2 kat pc tersebut. Selalunya dalam jangka masa yang lama. Mungkin anda sedang download sesuatu. Tidakpun, sedang anda sibuk menaip di Word, anda perlu tinggalkan pc sebentar untuk pergi memasak.
Apa kata, ketika keadaan idle tu, anda tutup monitor (untuk pengguna desktop pc lah). Secara tak langsung, anda dah jimatkan sedikit tenaga elektrik. Berdasarkan apa yang saya pernah baca, monitor pc yang consume paling banyak tenaga elektrik berbanding komponen2 lain.
Untuk pengguna laptop pula, hibernate kan laptop anda dengan rapatkan skrin laptop ke keyboard. Dalam keadaan hibernate, kita bagaikan tidurkan laptop kita sebentar. Semua program yang kita buka akan disave. Untuk kembalikan ke keadaan asal, hanya gerakkan mouse pad atau pun tekan butang power.
Untuk pengetahuan anda semua, perkara yang saya kongsi di atas, boleh diautomasikan. Apa yang anda perlu buat
- Buka menu Control Panel dari butang "Start"
- Pilih ikon "Power Options"
- Pada tab "Power Schemes", tentukan masa yang anda mahu sebelum monitor off atau system hibernates.
Contohnya: kita mahu 25 minit selepas idle, monitor akan tutup dengan sendirinya. Jadi setkan "After 25 minutes" pada pilihan "Turn Off Monitor". Lebih kurang begitulah.
Selamat mencuba…
Coretan waidakmy
Apa khabar semua
,
Opps, 5 hari lamanya saya tak tulis post baru (huhuh). Maafkan saya
. Sibuk mengerjakan blog ini, sampai satu hari tu saya berjaga sampai ke tengah malam (nak setelkan masalah tu juga, kalau tak, rasa tak puas hati, hoho)
Selain dari proses upgrade blog ini ke versi yang lebih baru, saya juga ada buat beberapa perubahan. Antaranya, anda semua boleh lihat, iaitu template. Bukan saja2 nak tukar ni, tapi saya perlukan space penulisan yang lebih besar sebab mudah letak gambar. Mesra mata sikit lah harapnya gambar2 tu lepas ni hoho
Malangnya, template baru ini, tak boleh letak fungsi yang saya selalu buat, huhu. (Ada nak kena cari template baru lagi ni huhuh). Jika dulu anda perasan, ada senarai post2 lain yang berkaitan untuk setiap post yang saya buat. Nampaknya, selepas ini, untuk pergi ke post2 lain, anda perlu gunakan link di sebelah kanan.
Saya juga nak buat senarai post2 yang pernah saya tulis dalam satu page. Sama juga, tak berjaya lagi sampai sekarang. Huhu, kena ambil masa bertanya pakcik Google ni
. Masalah paling besar saya rasa, kurang mahir dengan php coding. Kalau tak, mudah saja saya rasa (cewah).
Sebenarnya, jika anda nak tahu, saya dah pun beli pakej template untuk blog2 saya. Malangya, bila nak guna template ni, huhu, tak boleh nak ubah sesenang itu saja. Saya terlupa pula nak cek ada widget atau tidak. Membazir begitu saja la jawabnya hohoho. Ada sesiapa nak tawarkan khidmat buat template untuk saya? Ngeh3
Saya membebel saja hari ini. Maaflah baca luahan perasaan tak seberapa ni hua hua hua. Post akan datang, saya akan sertakan tips2 
PS: Jangan lupa berkunjung ke PC Fair di KL Convention Centre 11 -13 April ini
. Jika anda bukan seorang yang sukakan kesesakan (seperti saya), tak perlu pergi ke PC Fair. Sebaliknya, pergi ke Low Yat saja sudah cukup. Anda akan dapat harga promotion yang lebih kurang sama…
PPS: Book Fair juga berakhir hujung minggu ini (kalau tak silap)..di PWTC ye..kedua2 nya pun saya ingin pergi…huu..



