Pengumuman overhaul :D

by on April 4, 2008
in Umum

Apa khabar semua ,

Post kali ini, tiada tips untuk anda semua, lain kali saja hoho.

Cuma nak beritahu, saya nak buat major overhaul (cewah) pada blog Wanita & Komputer pada hujung minggu ni. (Overhaul tu maknanya lebih kurang maintenance aje ngeh3, saje je pakai perkataan yang engineer selalu pakai )

Harap2nya dapat selesaikan hujung minggu ni, sebabnya dalam hujung minggu ni juga, cousin saya kahwin. Jadi,ada sibuk sikit.

Nantikan la apa perubahannya nanti, hohoho.

Sekali sekala kena berubah angin ye tak? Nanti mendak pula

Jumpa lagi dengan tips lain akan datang, harapnya dengan perubahan yang bagus lah hehe dan sempat disiapkan dengan cepat

Tips 25 – Tak dapat sambung ke internet?

by on April 1, 2008
in Tips-Tips Komputer

Salam mesra semua ,

Apa yang kita nak buat kalau tak dapat masuk internet? Katakan saya nak masuk Google.com untuk cari sesuatu info. Klik berkali2 tak keluar juga website Google.com

Jadi, saya perlu cek ada atau tidak sambungan internet. Apa yang saya buat, ialah

1. Klik “Run”

2. Taip “cmd.exe” dalam kotak “Run”

3.Taip “ping www.google.com” pada kotak cmd.exe dan tekan “Enter”

Jika berjaya ujian “ping”, akan keluar statistik sebegini. Perhatikan kadar peratusan data hilang (0% loss), bermakna ada sambungan internet dari PC ke server dan seterusnya ke Internet.

Jika ujian “ping” tidak berjaya, seharusnya yang keluar adalah begini. Ini bermakna tiada sambungan internet. Ada juga kes, bila ujian ping dibuat, keputusannya statistik seperti di atas. Namun, peratusan kehilangan data nya tinggi, sama ada 75% atau 100%.

Beginilah untuk test sama ada PC anda bersambung ke internet atau tidak

PS: Maaf kalau kualiti gambar kurang elok. Terpaksa kecilkan sebab tak muat nak letak dalam main layout. Tengah dalam proses cari template yang lebih besar..

« Previous Page