Tips 30 – Elakkan fail hilang ketika format

by waidakmy on May 31, 2008
in Tips-Tips Komputer

Salam mesra dari Johor :D

Apa khabar? Anda semua sihat? Saya sihat2 saja di Johor ni :) Di pejabat yang dikelilingi oleh laut yang penuh dengan kapal termasuklah jack-up rig hoho dan hanya 7km dari Pulau Batu Putih :D (boleh teka saya di mana? hehe)

Saya tahu teknikal sikit tips minggu lepas itu, hoho. Kalau kurang faham, boleh tinggalkan komen dan saya akan cuba untuk fahamkan anda :)

Ok, tips komputer kali ini.

Dalam komputer kita ada harddisk (atau harddrive), yang bertugas untuk simpan kesemua data kita. Ada komputer yang ada 1 harddisk saja, ada juga yang lebih dari 1. Jangan risau, kita boleh pastikan berapa kuantiti harddisk kita.

Cara pastikan kuantiti harddisk dalam komputer kita

  1. Klik kanan “My Computer” dan pilih “Properties” dari menu yang keluar
  2. Pilih tab “Hardware” dari menu “System Properties”
  3. Klik “Device Manager”
  4. Pada menu “Device Manager”, expand (dengan klik simbol + ) pada “Disk Drive”

Update 20 Apr 09 11:38pm : Apa itu Device Manager?

Kalau ada 1 saja pada menu “Disk Drive” itu, 1 sajalah harddisk anda tu. Kebiasaannya, pada masa sekarang ini, komputer ada 1 harddisk saja. Melainkan anda punyai beratus2 Giga, itu ada kebarangkalian lebih dari 1 harddisk.

Panjang pula dah ni (ingat nak tulis pendek saja hoho, nak pergi JB la katakan :P )

Ok, tips yang sebenarnya, jika komputer anda ada 2 harddisk, pastikan anda guna 1 harddisk untuk install windows (selalunya drive C: lah), dan 1 lagi untuk simpan fail2 penting anda. (My Documents termasuk dalam drive C: )

Apa kepentingan buat sebegini?

Jika buat begini, lebih mudah untuk selamatkan fail2 penting anda, jika berlaku apa2 pada komputer anda. Selalunya, masalah sentiasa berlaku pada drive C: (atau drive yang ada windows) tak kiralah, diserang virus atau apa pun. Jadi, bila anda simpan dalam drive selain C:, bila ada keperluan untuk format windows, fail anda selamatlah dari menjadi mangsa format :)

Apa pun, untuk lebih selamat, sentiasa lah backup fail penting anda ke CD atau DVD.

Oh ya, saya tahu ramai yang hanya ada 1 harddisk saja. Jadi bagaimana? Dah terlebih panjang ni, jadi saya sambung dalam artikel seterusnya hehe :D

Apa “Press DEL to enter Setup” tu?

Salam mesra semua pembaca WK :)

Terubat hati membaca komen kalian semua :) (cewah). Kurang sikit rasa geram dengan diri sendiri hoho.

Lambat Update Blog?

Maafkan saya sekali lagi (saya tahu dah banyak kali ni huhu). Saya tahu, akhir2 ni, post di blog Wanita & Komputer dah jarang2. Saya harap anda semua masih setia membaca di sini :) . Apa kata anda langgan notis pemberitahuan di sebelah kiri blog ini, di bawah tajuk “Baca Blog Di Email”? Mudah la anda nak tahu bila saya tulis artikel baru, sebab ada notis pemberitahuan terus ke email anda.

Masalah Saya…

Sebenarnya, selain dari masalah monitor desktop saya tu, laptop saya (pejabat punya sebenarnya hehe) juga ditimpa masalah. OFF secara tiba2 (saya tengah menulis di blog ini lah, Tips yang ke-28), dan sampai sekarang ini tak boleh nak ON. Saya agak masalah BIOS, sebab nak boot (= start) pun tak boleh. Tapi, tak apalah, sebab pejabat punya, jadi pulangkan pada pejabat je. Tak perlu pening2 kepala hehe

Mesti anda pelik. Apa kaitan laptop saya rosak dengan saya jarang tulis posting di blog Wanita & Komputer ni. Hmm, sebenarnya, sejak hujung April sehingga la ke awal Jun nanti, saya banyak move around, dari Lumut hinggalah ke Johor. Jadi, susah sikit lah saya, bila laptop rosak ni. Saya boleh update blog ini hujung minggu je sebab balik rumah. Maafkan saya yeh ;)

Tips Komputer Kali ini?

Ok lah, alang2 saya sebut BIOS kat atas tu, biar lah saya cerita sedikit sebanyak pasal BIOS (cara sebut dia , ba-yos) kali ini.

Apa itu BIOS?

BIOS = Basic Input/Output System

BIOS adalah kod firmware yang mula2 running, bila kita ON PC kita. Pernah perhatikan apa yang muncul di monitor selepas ON PC? Biasa tengok seperti ini?

(sumber gambar dari http://www.pcbuyerbeware.co.uk/BIOS.htm)

Selingan – Firmware lebih kurang sama macam perisian (software) juga, cuma bezanya, ia pada perkakasan (hardware). Firmware sudah di-install siap2 masa pembuatan barang2 elektronik tu lagi. Contohnya, pemain MP3 kita, apa yang membolehkan kita pilih dan play lagu, adalah disebabkan firmware.

Jadi sama macam pemain MP3 kita, komputer kita pun perlukan firmware untuk start up, iaitu BIOS. Itulah sebabnya, jika BIOS rosak atau corrupt, memang komputer tak dapat di ON langsung. Sama juga kesnya jika motherboard anda rosak, kerana motherboard adalah perkakasan untuk BIOS.

Setelah BIOS berjaya loading, baru lah Windows sebagai Operating System akan boot. BIOS lah yang sebenarnya boot Windows dari harddisk. Sekarang anda tahu kenapa logo Windows akan keluar selepas skrin hitam tu :)

Sekian cerita saya kali ini :)

PS: Baru saya tahu, ada kod bunyi jika BIOS ada masalah, hoho. Boleh rujuk di sini

Tips 29 – 4 kesilapan WaidaKmy..

Salam mesra semua :)

Maaf sebab post sebelum ini, mengambil masa yang lama (lebih seminggu tu, huhu). Banyak dugaan yang mendatang, semuanya dalam masa serentak. Memang menguji ketenangan saya sepenuhnya. Namun, banyak juga lah pengajaran yang saya dapat darinya. Yang penting, belajar dari kesilapan dan move on :)

Pengajaran paling berguna buat saya minggu ini. “Alah Membeli Menang Memakai” (Mahal pengajaran ini, sebab terbuang masa dan duit huu).

Anda kalau nak beli barang komputer, biarlah mahal sedikit asalkan elok, dan tidak buat hal di kemudian hari huhu. Jangan jadi seperti saya, sebab nak jimatkan RM200, rugi pula RM xxx + masa sekarang ini. (xxx sebab tak tahu berapa RM kena nanti hoho)

Sebenarnya, saya baru beli monitor LCD tahun lepas, dalam bulan 6. Jenama BenQ, dalam RM600++. Masa nak beli tu, sama ada beli BenQ Rm600++, atau Samsung RM800++. Biasalah kan, secara logiknya, mesti beli yang lebih murah, hoho.

Tapi, ini kesilapan saya yang pertama.

“Tak buat kajian, model apa yang nak dibeli terlebih dulu”

Nak beli barang yang mahal, cuba cari kat forum2 komputer, apa brand yang bagus, apa yang tidak. Selalu saya jumpa, pengguna yang menceritakan masalah dengan brand tertentu. Jadi, kalau banyak yang menghadapi masalah yang sama, elakkan la membeli brand tersebut (buat apa lah kita nak join sekali kan?) Ada juga kes yang terpencil. Jadi, pandai2 lah menggunakan kebijaksanaan kita ;) (saya tahu anda semua bijak2 belaka…)

Selepas 6 bulan guna LCD monitor baru (memang syok guna LCD berbanding CRT monitor gaban tu hehe), dah ada tanda2 mula nak rosak. Gambarnya mula distorted bila pakai lama sikit. Nak elokkkan gambar, saya perlu tutup monitor. Bagi ia cool down sikit. Tak syok la pula kalau gini.

Ini pula kesilapan saya yang kedua.

“Hilangkan resit pembelian”

Bila dah rosak, ingat nak hantar ke service center. Resit pula hilang, huhu. Nasib saya masih ingat bila saya beli, jadi boleh la agak2 monitor ni masih dalam warranty.

Tapi, saya cuba saja nasib bawa monitor ke service center. Sebabnya, belakang monitor ni ada tertulis Manufacturing Date (April 07), jadi agak kukuh alasan saya untuk hantar juga hehe. Pergi lah ke Lowyat, sebab situ saya beli monitor ni.

Kesilapan yang ketiga.

“Tak call service center terlebih dulu”

Sampai2 kat situ, tutup pula pada hari Ahad. Buka hari bekerja saja. Aduhai, penat saja mengusung monitor 17″ tu ke Lowyat. Mujur berkereta, bukan naik LRT. Terasa buang masa saja ke Lowyat, huhu.

Pulang semula ke rumah, pergi ke kedai komputer dekat dengan rumah saya. Senang cerita, hantar monitor tu kat situ, dan minta mereka bawa ke BenQ Service Center. Dengan bayaran sudah tentunya. Terpaksalah, nak buat macam mana. Hari bekerja, saya juga bekerja. Dah pastinya, tak sempat nak ke Lowyat. Takkan nak usung monitor ke pejabat, hoho :D

Kesilapan yang keempat.

“Membeli komponen komputer yang besar (susah untuk dibawa ke mana2), lebih baik beli di kedai komputer berdekatan, mudah untuk apa2 ‘after sales service’. “

Memang membeli komputer di kedai biasa, harganya lagi mahal. Jika saya beli monitor di kedai tu tempoh hari, saya tak perlu bayar servis caj untuk hantar monitor saya ke ‘service center’, kerana dikira ‘after sales service’. Hanya perlu bayar, untuk kos pembaikan saja. (Bergantung pada kedai juga sebenarnya ni, kalau kedai tu pandai nak jaga hati pelanggan, buat begini lah hehe)

Itu 4 kesilapan yang saya dah pun buat. Janganlah anda ikut jejak langkah saya pula huhu. Masa terbuang, RM pun terbang huhu.

Ok, Jumpa lagi :)

PS : Mujur ada spare CRT monitor…

Tips 28 – Ceriakan folder anda dengan gambar baru :)

by waidakmy on May 16, 2008
in Tips-Tips Komputer

Apa khabar semua? :)

Lega rasanya dapat bercuti hari ini :) Banyak lah kerja tertunggak yang dapat dibuat hehe. Oh ya, cuti sekolah pun tak lama lagi. Bila cuti sekolah, musim k______ k_____ pun bermula, hoho. Ada kat Malaysia saja ni saya rasa. Apa lagi, kalau bukan musim kenduri kahwin. 2 orang kawan saya pun berkahwin cuti sekolah ini, jadi selamat bakal pengantin baru :D

Sempena cuti ni, saya pun mahu berehat2, jadi tips komputer kali ini relax dan sekadar suka2 :D . Saya ada buat video sekali ni, tapi tiada audio lah. Nanti lagi lambat saya tulis tips ni jika saya tambah audio hoho.

Mari Belajar Tukar Ikon Folder!!

Mahu folder dengan gambar sebegini?

berbanding ini…

Sekali sekala menarik bukan kalau tukar ikon sebegini :)

Cara Tukar Ikon Folder

  1. Pilih folder yang hendak ditukar ikonnya
  2. Klik kanan dan pilih “Properties”
  3. Cari dan klik “Change Icon”
  4. Pilih gambar baru yang anda mahu dan klik “Ok”
  5. Selesai :)

Nota: Jika mahu gambar ikon sendiri, boleh cari di internet atau buat sendiri. Hanya pastikan extension berakhir dengan .ico dan bersaiz 16 x 16 (kalau tidak silap sayalah). Pilih “Browse” dan cari di mana anda simpan fail tersebut.

Boleh tengok video di bawah jika anda seorang yang visual :D

Jumpa lagi lain kali~~~

Ber-etika-kah kita?

by waidakmy on May 8, 2008
in Panduan

Salam mesra semua :)

Maaf tiada tips komputer untuk anda. Kali ini, lebih kepada etika dalam dunia internet. Memandangkan dalam internet kita tidak bersua muka, kita selalu melupakan untuk berbudi bahasa lebih2 lagi orang yang kita tidak kenal. Tiada masalah kalau bercakap dengan orang yang kita memang sudah kenal.

Tak kiralah melalui chatting atau email, ada beberapa etika yang kita perlu patuhi, terutamanya jika ingin meminta tolong dari orang yang baru kita kenal. Tentu lebih seronok bukan, kalau yang meminta tolong tu menulis dengan penuh sopan santun? :) Kita yang membaca pun tentu lapang hati :)

Apa kata mulakan dengan ucapan selamat terlebih dahulu. Kemudian, boleh la ceritakan serba sedikit masalah yang dihadapi, baru lah masuk ke dalam soalan yang hendak ditanya. Intro la lebih kurang hehe. Jangan pula berjela-jela. Tips mudah ingat KISS (Keep It Short & Simple) :)

Sejak akhir2 ini, saya selalu dapat emel yang inginkan saya mengajar mereka. Masalahnya, apa yang diminta terlalu umum. Serba salah juga. Bagaimana saya nak tolong untuk sesuatu yang terlalu umum. Katakan, saya minta tolong anda ajar saya masak (contoh ni). Mesti anda terfikir, masak apa? Masakan melayu? Masakan cina? Masakan eropah? Hehe. Penat tu kalau anda nak ajar saya semua :D

Selain itu, saya juga punyai kekangan masa untuk mengajar seseorang dari A ke Z. 8 ke 5 saya bekerja di ofis. Malam pula saya menulis di blog (ada juga la kerja2 lain). Pada masa sekarang, “Masa” tu macam satu komoditi berharga (cewah). Mungkin, pada masa depan, saya mampu buat modul pengajaran untuk anda :) Insya Allah.

Oh ya, jangan la pula lepas ini, tak mahu beri komen yang membina untuk blog ini hehe…Ini sangat2 dialu-alukan :)

PS: Tahukah anda, menulis dengan huruf besar semua bermakna “flaming” atau marah. Jadi, berhati-hati ye kat mana guna :)

Next Page »