Blog ini akan ditutup..
by waidakmy on September 29, 2008
in Tips-Tips Komputer
Apa khabar?
Haha..amacam tajuk tu? Saja buat gimik..Memang blog ini akan ditutup..tapi ditutup sempena cuti raya bermula dari hari Isnin ni (kejap lagi nak balik kampung dah) sehinggalah hari Jumaat, kerana saya akan pulang ke kampung di Perak. Sana tiada akses internet dan juga tiada PC (4ourth, ni saya tinggalkan PC ni
), jadi segala emel, komen2 daripada anda semua tak dapatlah saya baca dan balas.
Oklah, di kesempatan ini juga, dengan rasa rendah diri, saya ingin memohon ampun dan maaf dari semua yang mengenali saya, tak kiralah online atau offline, sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah kata dan ter..lain2 hehe. Selamatlah menyambut Aidilfitri dengan gembiranya tapi masih bersederhana. Jangan sampai terlebih2 makan pula
Kad raya ini khas untuk anda semua
(ihsan dari KadViral.com, ingatkan nak buat sendiri,tapi tak sempat pula)
Saya tahu agak lambat sebenarnya saya menulis ucapan selamat raya untuk anda semua, kerana ada yang dah balik ke kampung pun. Struggle nih, sebab PC saya rosak pula last minute huhu. Ni pun masuk Safe Mode
Jadi, hargailah ucapan selamat hari raya saya yang susah payah ni eh? cewah
Teknik Melukis dengan Mudah
by waidakmy on September 24, 2008
in Tips-Tips Komputer
Apa khabar
?
Sedang sibuk bekerja di Johor ni
Outstation kejap..
Kali ini, saya nak kongsikan teknik mudah untuk melukis. Setakat ini, program yang saya cuba teknik ini, semuanya menjadi, seperti di Paint, Word dan Power Point. Tapi, ini bukan untuk melukis yang complicated lah. Amat berguna untuk melukis contohnya, flow chart, carta organisasi dan seangkatannya.
Katakan anda nak lukis satu garis lurus dalam Word untuk menyambung “Text Box” carta organisasi. Anda rasa susah sangat nak dapatkan satu garis yang betul2 lurus. Ok, apa kata selepas ini, anda tekan kekunci “Shift” sambil anda melukis tu?
Nak buat bulat dengan segiempat lagi best dengan teknik ini..
Boleh tengok video yang saya buat untuk anda ni..Enjoy~~
6 benda WaidaKmy berhabis kerananya..
by waidakmy on September 20, 2008
in Coretan WK, Umum
Salam mesra semua
Makan apa berbuka tadi? Alhamdulillah dapat makan nasi, rasa macam dah lama tak jumpa.
Oh ya,sekarang anda boleh tahu cerita terkini saya (di bahagian kanan bawah ruang “About WaidaKmy”) melalui Twitter. Kadang2, saya tak dapat update blog ini, jadi ruangan ini macam update kecil dari saya. Jom ikut saya di Twitter
Setelah daftar, anda akan dapati di bawah gambar saya, ada butang “Follow”. Anda juga boleh cari sesiapa yang anda kenal dan “follow” mereka.
Ok lah, post pendek je kali ini. Saya nak menjawab “tag” yang telah sekian lamanya dari Catzer (maaflah).
Apa 6 pelaburan terbaik saya?
Pertamanya, sudah pastilah Desktop PC kesayangan saya yang telah setia menemani tuannya ini selama 7 tahun, walaupun isi dalamnya telah berubah. Perubahan terlalu banyak, tak terkira berapa kosnya. Casing dah berubah daripada biru ke hitam, penggantian motherboard yang entah ke berapa kali, monitor bertukar, penambahan harddisk, CD & DVD Burner. Saya rasa, komponen asal yang masih ada pun CD driver dan harddisk hoho. Harap ia masih setia, bila muncul adik baru (yang pastinya lebih lawa dan mobile) kelak
Keduanya, koleksi buku cerita, komik, CD dan DVD yang dah memeningkan saya untuk menyusunnya di rak. Rasa2nya cecah 200 ke 300 kesemuanya, yang dikumpul dari zaman saya sekolah menengah lagi. Pendek kata, boleh buat mini library, jika saya ada rumah sendiri nanti
Kalau dikira tentang kos, mungkin tak semahal mana, kerana kebanyakannnya saya borong di kedai 2nd hand. Walaupun begitu, ini antara harta yang saya sangat sayang.
Ketiganya, diri saya sendiri kot, haha. Pastilah kita melabur yang terbaik untuk diri sendiri. Tentulah pulangannya lumayan sekali…
Keempatnya, blog WaidaKmy.com atau Wanita & Komputer ini
Berkenalan dengan anda semua adalah pengalaman menarik saya. Moga ia menjadi pelaburan bermakna untuk saya pada masa hadapan nanti.
Kelimanya, mungkin kereta Myvi saya yang selalu didera ke sana ke sini. Pernah dilanggar setelah baru 2 bulan dibeli huhu. Malang betul dapat tuan macam saya nih
Keenamnya, Nokia Classic 6120 yang dibeli kerana bosan memakai telefon biasa selama 7 tahun. Tapi, bila dah beli, terasa membazir pula, fungsi yang ada tak digunakan sangat gara2 sayangkan kredit. Tunggulah 3G Maxis murah sikit
Nota: Kelima dan Keenam tu hanyalah sebagai mengisi ruang saja hehe, dah tak ada idea
Oklah, tiba masanya saya “tag” pula orang lain hehe..Yang menjadi mangsa seterusnya adalah..
Hehe, cukuplah tu. Saja men’tag’ kenalan yang ada di Twitter.com
Terpulang pada kalian untuk menjawab atau tak, kerana ini hanya suka2.
Jumpa lagi…
by waidakmy on September 19, 2008
in Info Terkini
Cerita Terkini WaidaKmy…
Apa yang perlu difikirkan sebelum membeli laptop?
by waidakmy on September 13, 2008
in Tips-Tips Komputer
Apa khabar?
Memandangkan ada yang bertanya laptop bagaimana patut dibeli, jadi saya tuliskan post ini untuk anda
Pertamanya, saya tak akan terus sebut jenama apa yang patut anda beli untuk bajet sekian2. Saya hanya boleh beri pandangan saja (lainlah kalau anda tanya apa jenama pilihan saya
) dan terpulang pada anda untuk membuat kata putus sendiri. Saya bagi pendapat. Anda fikir dan ambil kata putus
Bagi saya, beli laptop ni sama saja macam beli baju. Tak boleh main beli saja bukan? Pasti kerana anda suka ciri2 yang ada pada baju tu sebelum setuju beli. Mungkin pada saiznya, warnanya, atau materialnya. Lain orang, lain ciri2 yang dipentingkan. Ada yang memilih kualiti material, ada yang tidak. Jadi, bergantung pada taste masing2.
Sama juga dengan laptop. Anda perlu tetapkan apa ciri2 yang dipentingkan pada sesebuah laptop tu. Baru anda survey dan bandingkan dengan bajet yang anda ada.
Antara ciri2 yang selalunya diambil perhatian:-
Kos/Bajet
Ini selalu jadi ciri utama dalam membeli laptop. Sedangkan, ia perlu gerak seiring dengan ciri2 lain. Jika anda inginkan laptop yang tiptop tapi murah, tak mungkin bukan?
Kegunaan
Fikirkan anda guna laptop ini untuk apa. Lain spesifikasi laptop untuk kegunaan berbeza. Katakan, anda hanya guna laptop untuk kegunaan menaip, lihat movie atau guna program2 yang mudah, cukup dengan beli laptop yang ada spesifikasi biasa. Lainlah, jika anda gunakannya untuk edit grafik, animasi 3D atau seumpamanya, anda perlukan RAM berkuasa tinggi.
Berat dan Saiz
Jika anda orang yang selalu bergerak ke mana2, jadi anda perlukan laptop yang ringan. Jadi carilah yang bersaiz kecil (skrin 12″ ke?) Walaupun umumnya laptop memang portable, tapi jika ianya berat, tentu menyusahkan anda untuk mengangkutnya ke mana2 saja. Boleh cuba deal untuk bateri spare hehe, jika memang selalu travel.
Tempoh Penggunaan
Katakan anda selalu on laptop 24 jam, anda perlukan laptop yang tahan lasak (dalam kes macam ni, anda lebih perlukan desktop dari laptop
) Jadi, cari yang sedikit mahal atau branded (seperti Fujitsu). Untuk pengetahuan anda, laptop tak boleh dibuka selama2 mana yang anda suka. Ia perlu direhatkan setelah 4 ke 5 jam dibuka jika mahu tahan lama.
Servis selepas jualan
Jika anda seorang yang sangat sibuk untuk hantar laptop yang rosak ke pusat servis yang jauh, pergi lah membeli di kedai komputer berhampiran. Kalau laptop tu rosak, telefon atau hantar saja ke kedai terbabit. Tak perlu la susah payah macam saya ni. Kedai tu yang akan bertanggungjawab hantar ke pusat servis. Anda hanya perlu relaks saja dan tunggu bil datang heh
Rupa Kosmetik
Rupa paras laptop. Ada yang pentingkan ciri2 ni
Jujurnya, saya tak kisah pun tentang ini. Janji best untuk digunakan
Begitulah lebih kurang ciri2 yang selalu diberi perhatian. Ada macam2 lagi ciri yang boleh difikirkan.
Konklusinya, fikir apa yang anda mahukan pada laptop tu. Senaraikan ciri2 tu ikut kepentingan seperti “wajib ada“, “ada atau tak sama je” dan “tak penting“. Baru lah anda mulakan survey untuk semua brand laptop. Kemudian, bandingkan dengan ciri yang anda ada. Pastikan ciri “wajib ada” tu dipenuhi oleh semua brand yang anda telah pilih. Kemudian, bandingkan harga
Ingat! Membeli laptop tu bukan pada brand-nya saja…
PS: Saya ada kerja part time sekarang..boleh lihat pada m/s 2 selepas download dari sini
Akhirnya terbit jua…




