Kurangkan SPAM ke inbox anda

by waidakmy on October 25, 2008
in Tips-Tips Komputer

Apa khabar semua? :)

Maaf ya saya tak dapat hadiri jemputan kenduri kahwin pada hujung minggu ini..terlalu penat..drive selama 5 jam dari KL ke Johor memang menduga saya. Dulu2 masih tahan, tapi sekarang, saya cepat lost attention. Mungkin sebab saya sudah bosan dengan pemandangan yang sama dek dah terlalu kerap berulang alik. Lagi2 lah cepat lost attention bila driving dalam musim hujan, almaklumlah suasana kan “blues” je :P

Ok, rasa2 dalam hidup kita sekarang, apa yang paling kerap kita buat? (Mungkin applicable untuk yang bekerja dan yang tahu guna Internet je)

Jawapannya – tulis emel, balas emel, forward emel..apa2 lah yang berkaitan dengan emel

Simptom ni lagi ketara lah untuk yang dah bekerja. Apa taknya, perkara pertama kita buat, mesti check emel bukan? Lepas tu, kalau ada benda menarik, mesti kita forward pada rakan2 :) Saya pun macam tu juga. Ada benda menarik pasti saya akan forward pada rakan2 saya.

Cuma satu saja yang saya tak berkenan pada chain mail atau forward mail sebegini, kerana ia mendorong SPAM. Ya lah, selepas saya forward pada rakan2 saya, sudah semestinya rakan2 saya akan forward pula kepada rakan2 mereka dan seterusnya berkembang kepada jaringan yang lebih besar.

Kenapa pula boleh SPAM?

Sebenarnya, wujud program yang menyedut emel orang lain seperti emel saya atau emel anda, kemudian menjualnya pula kepada orang ramai. Dari mana program ini sedut emel anda, sudah pastilah daripada chain mail sebegini. Sebabnya, bila anda forward, tertera emel dari penghantar2 sebelumnya bukan?

Cara saya kurangkan SPAM

Tak perlulah sampai tak forward emel pada orang lain. Itu melampaulah namanya kan. Saya pun tak berhenti forward emel, cuma pilih lah yang betul2 berkualiti saja. Tak perlu lah send chain mail tentang Skim Cepat Kaya ke, dapat duit atau iPod percuma ke, atau apa2 saja emel yang terang2 dah nampak ketidaklogikannya. (kalau dapat emel sebegini, delete saja terus, buang masa anda saja membacanya)

Selain dari pilih emel yang berkualiti, ada 2 lagi cara yang saya gunakan. Biasakan lah diri kita membuatnya sebelum forward emel pada orang lain.

Buang (delete) emel2 penghantar sebelum pada “body message”. Tinggalkan mesej utama yang hendak dihantar saja. Selain dari mengurangkan saiz emel, tak langsung kita membantu orang lain dari mendapat SPAM. Saya pun tak penat nak scroll ke bawah mencari mesej utamanya :P

Gunakan BCC. BCC ini singkatan untuk Blind Carbon Copy. Pentingnya BCC ni bila saya nak forward emel kepada rakan2, tapi tak mahu rakan2 saya tahu kepada siapa lagi, saya hantar emel tu juga. Dengan kata lain, penerima emel tak akan tahu, siapa lagi penerima emel selain mereka. Jadi, bila anda forward, tak akan tertera emel2 orang lain. Ini juga membendung gejala “reply-to-all” yang kadang2 agak men-tension-kan.

Cukup sampai di sini saja :) Mari kita praktis menulis dan menghantar emel dengan penuh etika..

PS: Umiasyuadah, dapat emel dari saya tentang screenshot? Saya takut masuk SPAM box je. Kalau tak dapat nak beri screenshot, mungkin umiasyuadah dapat re-phrase ayat. Saya rasa macam ada 2 masalah dalam tu je heh :)

PSS: Jangan segan2 untuk hantar masalah komputer anda pada saya. Jika saya boleh tolong, saya tolong Insya Allah. Anda selesai masalah, saya akan dapat ilmu baru. Win win situation :) Cuma saya rasa lebih baik jika anda dapat attach screenshot masalah anda, supaya saya lebih faham masalah anda. Secara tak langsung, saya dapat beri penyelesaian yang tepat pada anda :)

Pentingnya Safe Mode jika komputer bermasalah

Salam semua :)

Akhir2 ni selalu hujan kan? Hampir tiap hari saya tempuh hujan masa balik dari ofis. Masa tu juga lah ramai yang ambil kesempatan jual payung. Sekali tengok macam low quality (tahan sekali pakai je), tapi tak tahu lah. Kalau dah terdesak, pasti ada orang beli juga kan? Paling suka tengok muka orang jual payung RM5 kat Masjid Jamek tu bila saya keluarkan payung dari beg (Jahat betul saya ni kan? :P )

Malam2 yang sejuk ni, saya harap dapat menulis untuk anda sambil melayan lagu kegemaran saya. Sayangnya, komputerku masih belum baik. Terpaksa masuk Safe Mode, sebab tak dapat start dengan normalnya. Keluar skrin biru atau pun orang kata Blue-Screen-Of-Death (BSOD).

Apa itu Safe Mode?

Sering saya sebut Safe Mode bukan? Apa bendanya ni sebenarnya? Safe Mode adalah cara alternatif untuk masuk ke Windows. Selalunya berguna untuk anda troubleshoot (apa perkataan ni dalam BM? saya terlupa pula :P ) masalah yang berlaku dalam komputer anda. Contohnya masalah dengan grafik kad ataupun apa2 hardware lain. Mudah untuk troubleshoot kerana dalam Safe Mode, bilangan program yang digunakan (loaded) adalah minimum, seperti Windows dan driver untuk mouse, keyboard dan display sahaja.

Berbalik pada masalah komputer saya, saya dah habis ikhtiar. Jadi, jalan terbaik, serahkan pada yang pakar :P Tunggu masa je ni untuk ambulans jemput komputer saya ke hospital :P Kita pun kalau sakit mula2 makan ubat farmasi (beli sendiri) betul? Kalau tak baik2, baru jumpa doktor. Sama lah kesnya ni :D

Selingan – Permainan

Cara nak tingkatkan kelajuan anda menaip adalah dengan latihan. Practice makes perfect :) Nak praktis, senang saja. Apa kata lawan dengan saya di TypeRacer.com? hehe. Kagum betul ada orang speed sampai 140++ WPM. Ni memang gila laju nih huhu.

PS: Selidik punya selidik. Terperasan sesuatu. Tak ada lagi orang buat. Aha, jadi saya dalam proses untuk buat ________. Jadi, doakan saya berjaya selesaikan. Aminn. Yang pastinya, ia amat berguna untuk anda (cewah :P )

PSS: Saya dah tak keep track berapa tips yang saya dah tulis huhu..

Akses fail anda dengan cepat

by waidakmy on October 11, 2008
in Tips-Tips Komputer

Salam semua :)

Lambat pula kali ini nak update blog hehe. Momentum untuk tulis blog menurun sikit selepas cuti Raya yang panjang ni :P . Ingat nak tulis semalam, tapi tersangkut pula lepas tengok cerita “Ayat2 Cinta” kat TV3 semalam. Cerita ni dari seberang, tentang cinta dari pandangan Islam. Lagi seronok tengok bila pelakonnya cakap berselang bahasa Indonesia dan bahasa Arab. Apa2 pun, highly recommended :D

Saya terfikir nak tulis tips ni bila saya baca “Tanya Siber” dalam Kosmo. Saya rasa pembaca tu bertanyakan bagaimana nak sorokkan ikon2nya yang berlambak pada Desktop. Malu katanya, pada orang lain yang gunakan PC nya juga. Pembaca ni suka letak ikon2 program / fail yang selalu dia akses pada Desktop. Lalu, saya terfikir, kenapa tak simpan kesemuanya dalam folder dan akses dari Quick Launch. Saya perasan, ramai yang tak guna Quick Launch ni. Jadi, terhasillah tips ni untuk anda :)

Quick Launch tu apa?

Saya tak pasti apa definisinya yang tepat, tapi asasnya ia adalah tempat ‘quick’ akses yang terletak sebelah butang “Start”. (Oh ni pada Windows XP, tak tahu lah kalau Vista dah lain. Saya tak pernah pakai Vista). Kadang2, ada PC yang hide Quick Launch ni, jadi anda perlu nampakkannya terlebih dulu.

Nampakkan (Show) Quick Launch

  • Klik kanan pada Taksbar (baris yang ada butang “Start” tu) dan klik “Properties”
  • Satu menu “Taskbar and Start Menu Properties” akan muncul
  • Pada “Taskbar Appearance”, tanda (/) pada pilihan “Show Quick Launch”

Letak shortcut di Quick Launch

Buat shortcut macam yang biasa anda buat untuk letak di Desktop. Klik kanan pada fail /program yang hendak dibuat shortcut dan pilih “Send to Desktop (create shortcut)”. Kemudian tarik (drag) shortcut dari Desktop ke tempat Quick Launch.

Selesai :)

PS: Saya tulis secara laju2 ni. Nanti ada yang tak faham boleh tinggal di ruang komen ye hehe. Nak pergi beraya selepas ni. Jumpa lagi…