Apa yang Kirana perlu untuk WiFi kan Streamyx?
Apa khabar?
Jom baca sambungan Kisah Kirana dari post lepas…
Sedutan episod lepas – Kirana perlu WiFi kan Streamyx nya supaya semua kawannya mendapat akses ke Internet. Baca kisah penuh di sini…
“Aku dah faham kena WiFi kan Streamyx ni, tapi camne nak buat sebenar2 nya? Apa yang perlu dibeli?” Kirana termangu2 sendirian…
“Oh ye tak ye..baik aku call WK tanya..mesti dia ada idea” Kirana terfikirkan kawan baiknya yang tahu banyak tentang komputer itu (ehem2)
Apa yang Kirana perlukan?

Sambungan WiFi
Seperti dalam gambar (gambar ihsan dari HowStuffWork), Kirana perlukan 2 benda iaitu, pemancar dan penerima.
Pemancar adalah modem dan penerima adalah wireless adaptor pada komputer atau telefon.
Maka, Kirana perlu memastikan modem yang dibelinya ada fungsi wireless router supaya kawan2 nya boleh sama2 mendapat akses ke Internet.
Selain itu, Kirana juga perlu check dengan kawan2 nya sama ada semua komputer kawan2 nya ada wireless adaptor.
“Laptop baru banyaknya dah ada built-in WiFi, jadi tak ada problem lah. Desktop yang susah sket ni, kena beli wireless adaptor. Nanti gi kedai, mintak Wireless LAN USB Adaptor“, WK memberitahu Kirana.
“Okay, aku dah faham. Nanti ko tolong teman aku pergi beli modem ngan wireless adaptor ya lepas ni..”
“Alahai..nak kena teman ke? Malas lah nak gi kedai. Beli online udah le?”
“Ada benda lain nak shopping skali nih. Jom la…”
“Ye lah…ye lah..tapi ko kene blanja aku lunch tau”
Kisah Kirana ini hanya rekaan semata2, tiada kaitan dengan yang hidup ataupun mati
-WK-
PS: Best pula tulis stail cerita ini..jadi saya ingat nak sambung lagi cerita ini
Kisah Kirana berkongsi Streamyx
Apa khabar semua?
Maaf sebab terlambat update blog kali ini. Saya tak perasan pula dah 8 hari berlalu dari entri lepas. Sekejap je masa berlalu kan?
Seperti kata Smartzul pada entri lepas, dia mahu WiFi kan WiMax (gambar ada di sini) nya..jadi saya terfikir untuk menulis tentang LAN dan WiFi
Apa itu LAN dan WiFi?
LAN adalah Local Area Network atau Rangkaian Kawasan Setempat. WiFi pula adalah Wireless Fidelity, satu teknologi akses Internet tanpa wayar. Okay, abaikan makna kedua-dua ini jika ia memeningkan anda. Jom kita lihat cerita di bawah, satu analogi mudah untuk menerangkan konsep LAN dan WiFi ini…
Al kisahnya begini..
Kirana menyewa dengan 4 orang kawannya di sebuah rumah teres 2 tingkat di Ampang. Kesemua kawan-kawannya termasuklah dia, ada sebuah komputer.
Pada suatu hari yang indah permai, tiba2 dia terfikir untuk memasang sambungan Internet di rumah sewa mereka. Maklumlah, ada Internet nanti, bolehlah berYM selalu dengan kawan special, tidakpun update Facebook. Setelah dipromosi Kirana, semua pun bersetujulah untuk melanggan Streamyx (WiMax pun boleh juga..) dan bayarannya juga dikongsi bersama.
Maka, keesokan harinya, dengan penuh semangat untuk berYM, Kirana pun ke TM untuk register Streamyx. Setel saja proses register, pulanglah dia ke rumah dengan gembiranya. Malangnya, sampai saja di rumah, Kirana tersedar sesuatu..
“Macam mana plak nak kongsi Streamyx ni? “
Bagaimana Kirana nak selesaikan masalah ini?
Untuk membolehkan Kirana dan kawan2 nya berkongsi Streamyx, Kirana perlu menghubungkan semua komputer dalam satu rangkaian (network). Memandangkan rangkaian ini cuma dalam sebuah rumah, jadi ia dipanggil “Local Area Network” atau LAN.
“Lega..setel satu masalah. Tapi kan, desktop aku kat bilik. PC orang lain pun kat bilik masing2. Rozana tak apalah, ada laptop. Bole lah nak bawak turun dekat ngan telefon tu. Takkan aku nak angkut plak desktop aku ke bawah? Huu..leceh2..”, terfikir Kirana dalam hati..
Disebabkan semua komputer itu bukan berdekatan, di mana penggunaan kabel tidak berapa praktikal, jadi Kirana perlu WiFi kan Streamyx nya, supaya semua pun boleh akses ke Internet…
Inilah kegunaan WiFi, supaya akses ke Internet dapat dilakukan tanpa wayar. Moga anda dapat konsep WiFi dan LAN dari kisah Kirana ini
Yang suka bercerita,
-WK-
PS: Tunggu kisah sambungan Kisah Kirana ini pada entri akan datang, iaitu bagaimana nak merealitikan konsep WiFi kan Streamyx ini..
PSS: Pengguna Streamyx, jika anda rasa slow sangat nak buka blog ini, atau website2 lain..tengok di sini cara nak lajukan Streamyx anda..
Apa itu WiFi dan WiMax?
Salam dan Apa khabar semua?
Tak sangka planning saya untuk bercuti sekejap dipanjangkan lagi hehe gara2 terkena chicken pox. Tak pasal2 dapat cuti tambahan selama seminggu. Penat berjalan2 seharian di Geylang, Clarke Quay, dan China Town agaknya. Harap2 tiadalah orang dalam MRT yang terjangkit dari saya
Jadi, be careful for what you wish for!
Atas permintaan seorang pembaca setia WaidaKmy.com, saya akan sentuh tentang WiFi dan WiMax dalam post kali ini.
Apa itu WiFi dan WiMax?
WiFi dan WiMax adalah teknologi tanpa wayar (wireless) untuk akses ke Internet.
Apa beza WiFi dan WiMax?
Konsep asas WiFi dan WiMax adalah lebih kurang sama, namun apa yang berbeza adalah WiMax jauh lebih laju, lebih luas liputannya dan boleh digunakan oleh ramai orang.
Lihat gambarajah di bawah (Nota: Jarak yang ditulis adalah sebagai anggaran saja)

Aplikasi WiFi dan WiMax berbeza
Bluetooth adalah teknologi tanpa wayar untuk jarak yang pendek (PAN) contohnya telefon bimbit ke telefon bimbit lain, komputer ke kamera dan lain2.
WiFi selalu digunakan untuk menyambungkan komputer2 dalam LAN seperti di rumah, kafe, lapangan terbang dan lain2.
Manakala WiMax pula untuk menyambungkan komputer2 di kawasan yang luas seperti satu negeri malah negara.
Oleh itu, walaupun WiFi dan WiMax adalah teknologi tanpa wayar, kedua2nya adalah berbeza dari segi aplikasinya. Malah tak boleh dibandingkan secara terus sebab kegunaan kedua2nya berbeza.
Nota: Artikel di atas diolah semula dari HowStuffWorks
PS: Artikel ini sepatutnya ditulis semalam, tapi ada sedikit masalah teknikal. Maaf ya..
Jangan ambil kesempatan ke atas saya..
by waidakmy on February 6, 2009
in Coretan WK
1. Internet sangat perlahan sekarang, jadi saya buat post pendek saja.
2. Tak sihat sejak 4 hari sudah, jadi kepala tak larat untuk tulis perkara teknikal.
3. Saya perlukan cuti, jadi 3 hari bermula Sabtu, Ahad dan Isnin, saya akan bercuti dari Internet dan Komputer.
PS: Jika mahu promosi barang buatlah dengan etika. Tiada etika, ke SPAM box la emel kamu pertama kali dan juga seterusnya..
PSS: Saya pinta pada yang bertanyakan soalan, tulislah dengan lengkap. Sukar saya hendak bantu sekiranya soalan terlalu umum..
PSSS: Tajuk post ini? Tiada ditujukan kepada sesiapa pun, hanya sebagai peringatan buat kita semua
-WK yang demam selsema-
Jenis-jenis installer dan cara memasangnya
by waidakmy on February 1, 2009
in Coretan WK, Tips-Tips Komputer
Salam dan Apa khabar?
Terfikir untuk menulis post ini buat anda semua, setelah seorang kawan meminta bantuan saya memasang (install) program MS Project 2003. Bagi mereka yang tahu perkara ini mungkin menganggap ianya remeh, tetapi bagi saya, sesetengah perkara yang kita anggap remeh itu (take for granted), tak semua orang tahu mengenainya. Jadi, perkongsian berikut khas untuk anda
Sepanjang pemerhatian saya, ada 3 jenis installer perisian yang selalu disediakan penyedia perisian. Cara memasang (install) berbeza2 mengikut jenisnya. (Nota – installer adalah program khas untuk memasang (install) program ke dalam komputer secara automatik)
3 jenis installer itu adalah,
1. Format .exe

Ini antara format yang biasa kita jumpa atau download dari Internet
Installer jenis ini, paling mudah proses pemasangannya. Apa yang anda dan saya perlu buat hanya klik 2 kali pada ikon program tersebut. Kemudian ikut arahan yang tertera pada menu. (Selalunya, klik Next dan Next saja
)
Contoh sebegini:-
YahooMessenger, AVG, DoPDF
2. Dalam format .exe (Self-extracting archive)
Apa yang berbeza dengan jenis pertama, installer jenis kedua ini, adalah self-extracting archive. Ringkas kata, ia sebenarnya fail .zip yang telah dipakejkan menjadi fail .exe menggunakan program khas seperti 7-zip. Sama juga seperti jenis pertama, untuk memasangnya, hanya perlu klik 2 kali pada ikon tersebut.
Namun begitu, ia akan mula mengekstrak (mengeluarkan) fail2 yang terkandung dalam program .exe asal, dan bukan terpampang menu seperti biasa. Apa yang perlu anda buat, adalah membuka folder atau drive, di mana tempat pengekstrakan fail2 tadi telah berlaku.
Ada sesetengahnya yang membenarkan anda menetapkan folder, ada yang tidak. Jika ini berlaku (tidak boleh menetapkan folder), besar kemungkinan fail2 itu berada di 2 tempat ini, iaitu My Documents dan Temporary Folder dalam C drive.
Untuk mula memasang program tersebut, mulakan dengan mencari 2 fail ini (abaikan saja fail2 lain), iaitu Readme.txt dan Setup.exe. Fail Readme, selalunya akan mempunyai arahan2 yang dapat membantu anda memasang program itu. Kadang2, ada juga disertakan bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah ketika proses pemasangan.

Setelah membaca Readme.txt, klik 2 kali pada fail Setup.exe, barulah menu Setup seperti biasa akan terpapar. Kemudian ikut arahan yang tertera pada menu Setup.
3. Dalam format zip, gzip, rar dan lain2 format archive
Untuk jenis yang ketiga ini, anda perlu memiliki program2 seperti WinZip, WinRar, atau IZArc yang boleh mengekstrak format sebegini. WinZip untuk format .zip. WinRar untuk format .rar dan .zip. IZArc boleh format pelbagai jenis format selain dari .zip dan .rar
Fail2 perlu diekstrak terlebih dulu sebelum kita boleh mengakses kandungannya (Dalam sesetengah kes, fail boleh diakses tanpa mengekstrak terlebih dahulu). Selepas itu, sama seperti di atas, ikut cara pemasangan bergantung pada fail yang ada, sama ada jenis pertama atau jenis kedua.
PS: Tiap kali tulis perkataan ekstrak ini, saya asyik fikirkan proses pengekstrakan bahan mentah je
Sedikit update WK:
1. Sibuk mengerjakan tempahan pelanggan untuk setup blog. Berminat? Dapatkan sebut harga di sini
2. Asyik terkena denda (huhu) – Khamis hilang tiket parking, Jumaat kena saman parking pula (tak aci sungguh DBKL, papan tanda letak hujung jalan sebelah sana)
3. Berjumpa dengan krew MajalahIM (Mal, Adly dan Zhafran) buat pertama kali di ofis mereka. Tak lupa juga Richie yang baru menyertai kami
Yang Sibuk Berkerja,
-WK-



