4 format burn yang perlu difahami
by waidakmy on May 3, 2009
in Perisian, Tips-Tips Komputer
Salam dan Apa Khabar?
Ada pembaca yang bercerita dengan saya sebegini,
“nak burn CD tapi tak berapa reti. just masuk CD dan klik perkataan burn. tetapi tak boleh pula nak pasang di TV”
Jadi, saya ingin kongsikan dengan anda, yang sebenarnya ada 4 kategori utama format ‘burn’, iaitu
- Data CD
- Audio CD
- Videos/Pictures CD
- Image CD
dan seterusnya memahami bagaimana situasi di atas boleh terjadi.
Nota: Kategori ini ditulis berdasarkan perisian Nero
Apa itu Data CD?
Anda ingin burn fail ke dalam CD, yang akan digunakan di komputer sahaja. Contohnya, anda ingin backup fail-fail kerja anda seperti fail Word, Excel dan lain-lain.
Apa itu Audio CD?
Anda ingin burn CD untuk dimainkan pada pemain MP3 atau CD Audio, contohnya pada radio kereta anda. Juga boleh dibaca dengan komputer anda.
Apa itu Videos/Pictures CD?
Anda ingin burn movie atau gambar-gambar untuk dimainkan pada pemain VCD. Juga boleh dimainkan pada komputer anda.
Apa itu Image CD?
Anda ingin burn fail yang berformat .iso ke dalam CD. Fail ISO ini boleh jadi data CD, Audio CD atau Video/Pictures CD. Fail ISO atau Image fail adalah satu proses yang menukarkan keseluruhan isi CD kepada satu fail sahaja.
Begitulah 4 jenis kategori utama format burn CD atau DVD. Semoga anda memahami kenapa CD yang diburn tidak boleh dipasang pada pemain VCD. Anda perlu menggunakan format burn yang sesuai, walaupun fail yang anda burn itu adalah format video sekali pun.
Jika masih tidak faham, saya berikan anda jawapannya di bawah
Jumpa lagi!
-WK-
PS: Jika burn dengan cara masukkan CD dan klik ‘Burn’ (tanpa perisian, hanya guna Windows), ia akan burn CD tersebut sebagai Data CD
Bila animation melawan animator
by waidakmy on May 2, 2009
in Coretan WK
Salam dan Apa Khabar?
2,3 hari lepas hidup saya penuh dengan aktiviti. Terasa seperti bukan cuti saja
Ada emel anda yang belum sempat saya balas. Saya ambil masa sikit untuk balas supaya sesuai dengan apa yang anda tanya
Aktiviti WK
1 May 2008
Majalah IM Mei 2008 dengan tajuk “Buat Duit Dengan Blog” selamat diterbitkan. Jujurnya, ini antara isu yang saya gemar
(Ehem2 jangan lupa tengok Kata Editor
)
2 May 2008
Hadiri FaceBook Developer Garage Cyberjaya di Cyberjaya
- Kenali beberapa orang baru yang best!
- Ada rough ideas tentang FaceBook application
Ada juga aktiviti peribadi yang tak dapat ditulis di sini ehehe
Oklah, selamat nikmati hujung minggu anda yang masih berbaki dengan video di bawah!
PS: Post yang betul, Insya Allah saya tulis esok. Hari ini cuma teaser sementara menunggu saya download sesuatu


