Apa converter avi kepada DVD yang bagus?
by waidakmy on August 16, 2009
in Asas Komputer
Salam dan Apa khabar?
Saya pernah berkongsi dengan anda, tutorial bagaimana copy DVD ke DVD lain sebelum ini. Ia memang mudah dilakukan dengan perisian Nero.
Namun, Shahrul ada bertanya saya,
Jika dari .avi kepada format DVD bagaimana pula?
Saya tiada pengalaman dalam hal ini, melainkan jika convert .avi kepada format CD player (DVD burner itu baru lagi, berbanding CD writer
)
Jadi, saya ingin bertanya pada rakan-rakan semua,
Apakah converter yang bagus untuk tukar .avi kepada format DVD?
Saya pasti rakan-rakan saya ini bijak belaka
Boleh bukan kita tolong rakan kita?
Jika ada, apa kata anda kongsikan di ruang komen di bawah?
-WK-
PS: Komputer saya tidak boleh ‘on’. Mujur ada komputer lain di rumah. Nanti saya akan kongsikan apa yang terjadi pada komputer saya apabila elok nanti.
[Video] Buang Program Masa Startup
by waidakmy on August 9, 2009
in Penyelenggaraan PC
Salam dan Apa khabar?
Salah satu cara melajukan komputer ketika startup, adalah dengan mengurangkan jumlah program yang ‘run’ secara automatik ketika startup. Jadi, saya sudah rakamkan satu video untuk anda iaitu
Bagaimana Membuang Program Semasa Startup
*Anda perlu ada perisian CCleaner untuk lakukan perkara yang saya tunjuk di video
Jika dilihat dari video, saya disable kan saja, kerana pada masa akan datang, saya mungkin akan enable kannya semula
Okay, jumpa lagi!
PS: Jika merasakan cara ini susah, saya pernah kongsikan cara lebih ‘susah’ sebelum ini, Tips 13 – Kurangkan program yang running masa startup
-WK-
Ikona Maps – Revolusi Antivirus Gaya Baru
Salam dan Apa khabar?
Saya keletihan…
Minggu ini amat memenatkan buat saya. Minda dan fizikal. Lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan suatu ‘perubahan’ setelah 1 tahun berada di takuk yang sama.
Justeru, saya memang tidak upaya langsung membalas emel-emel dan komen-komen yang mendatang, walaupun sudah dibaca. Saya hargai kesemuanya (walau ada di antaranya ditulis seolah-olah saya ini orang suruhan saja bunyinya). Saya akan balas apabila ada ruang masa nanti, Insya Allah.
Hormatilah masa yang saya curahkan untuk membalas kesemua emel itu. Saya tidak pernah minta pun dibayar, masa yang dihabiskan untuk membalas kesemua itu. Cuma, saya pinta, tulislah dengan berhemah, walaupun kita tidak pernah bersua muka.
Terima kasih!
Antivirus Dengan Teknologi Baru?
Apa yang buat saya tertarik dengan Ikona MAPS, adalah kelainannya daripada perisian antivirus sedia ada. Berdasarkan apa yang saya baca, 2 ciri yang menarik perhatian saya, adalah
- Tidak perlu dikemaskini selalu
- Perisian stand-alone seratus peratus
Baca lebih lanjut di Kosmo atau dapatkan penerangan lanjut dari website utamanya, Ikona MAPS.
Kalau Ikona seperti apa yang dia cakapkan, saya pun mungkin akan membelinya. Punca utamanya, saya ingin tahu sangat, cara perisian antivirus Ikona ini berfungsi
Kita tunggu dan lihat…
-WK-
PS: Namanya seperti Ikano saja hehe
PSS: Pihak Ikona MAPS tidak mahu beri peluang saya test drive ke?



