Skrin komputer tidak menyala

by on September 29, 2009
in Troubleshooting PC

Salam dan Apa khabar? :)

Ya. Blog ini masih hidup lagi. Saya terasa diperli pula oleh Safar.

Serasa berat sekali mahu merealitikan apa yang saya fikir, walaupun banyak sebenarnya yang terlintas di fikiran. Alangkah bahagianya hidup, kalau apa yang saya fikirkan, boleh terus menjadi tulisan di sini.

Masalah Komputer?

Sejak akhir-akhir ini, kadang-kadang komputer saya tidak boleh dihidupkan. Walaupun lampu pada CPU menyala, skrin langsung gelap. Tiada apa-apa. Yang peliknya, seingat saya, hanya berlaku di waktu malam. Tapi, saya tahu, masalah ini wujud bukan berpunca dari monitor.

Kenapa?

Punca utama sebab bunyi. Lain bunyinya, jika komputer berjaya hidup dengan sempurna dan tidak. Ada bunyi kipasnya, dan bunyi entah apa. Untuk masuk ke Windows pun ada bunyi bukan? (Emm..lain komputer, lain bunyinya. Komputer saya komputer lama, jadi lebih sedikit bunyinya :P ) Jadi, bukan lampu sahaja penanda aras ada sesuatu tidak kena dengan komputer anda. Bunyi juga memainkan peranan.

Jadi, jika skrin komputer anda tidak menyala, cuba dengarkan bunyi komputer anda semasa dihidupkan. Adakah ia lain dari kebiasaan? Jika bunyinya normal, mungkin masalah terletak pada monitor anda.

Apa pendapat anda tentang teori saya ini? :)

Jumpa lagi!

-WK-

PS: Saya tulis artikel pendek dulu. Buat penggerak enjin berblog kembali :D

Salam Aidilfitri

by on September 16, 2009
in Coretan WK

Salam dan Apa khabar? :)

Terima kasih pada yang telah mengucapkan ‘selamat berpuasa’ pada saya tempoh hari. Saya suka! Secebis ingatan tuan puan untuk saya, amat saya hargai :)

Dengan pemergian Ramadhan dan kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi, saya ingin memohon maaf andai ada tersalah kata dan terkasar bicara sepanjang tempoh perkenalan kita di alam maya ini.

Terimalah kad raya yang saya titipkan khas ini,

Kad Raya Pengganti Diri

Kad Raya Pengganti Diri

Selamat Hari Raya! Maaf Zahir Batin :)

Jumpa lagi!

-WK-

Coretan Bulan Ramadhan

by on September 2, 2009
in Coretan WK

Salam dan Apa khabar? :)

*sambil mengelap habuk-habuk digital yang memenuhi blog

Walaupun blog ini sudah berhabuk digital, saya masih hidup lagi (Alhamdulillah). Cuma ingin mengurangkan aktiviti mengadap depan komputer di bulan Ramadhan yang mulia ini (malas pun ada juga rasanya :P ). Jadi, memang akan berkuranglah kekerapan saya menulis artikel-artikelĀ  komputer di blog Wanita & Komputer ini (dia pun puasa juga :D ).

Lagipun, andai anda juga seperti saya, yang bangun sebelum subuh, bergerak ke tengah KL seawal pagi (baca: sebelum pukul 7 pagi) untuk bekerja, mungkin anda merasakan masa dalam bulan Ramadhan ini memang cepat berlalu. Maka, seeloknya kita manfaatkan masa yang ada sebaiknya. Mana tahu, ini Ramadhan terakhir kita kan?

Di sini, saya juga ingin memohon maaf daripada semua pengunjung blog ini, andai ada kesilapan saya yang disengajakan atau tidak. Maafkanlah saya. Rasa-rasanya, saya antara yang terakhir ucap ‘Selamat Berpuasa’ agaknya. Tetapi, kita masih dalam bulan Ramadhan bukan? Jadi, saya tetap ingin ucapkan

Selamat Berpuasa!!

Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu kebaikan dan keberkatan untuk kita. Semoga apa saja amalan kita pada bulan ini berkekalan sehingga ke bulan seterusnya. Aminn..

Jumpa lagi! Wassalam

Terlupa pula,

“Selamat Berbuka!”

-WK-

PS: Emosi sikit. Biasalah, memang biasa berlaku pada hari-hari sebelum 3/9 :)

PSS: Kot-kotlah ada yang ingin menghantar kad raya kepada saya