Salam Maulidur Rasul!
by waidakmy on February 26, 2010
in Coretan WK
Assalamualaikum dan Apa khabar?
Salam Maulidur Rasul buat sahabat-sahabat yang beragama islam. Dalam diam diam sudah sampai ke penghujung Februari. Jujurnya saya merasakan tidak sangka kita baru berada di bulan kedua dalam tahun Masihi ini kerana banyaknya aktiviti pada awal tahun 2010 ini.
Doa saya kita semua berjaya dalam apa jua yang kita rancangkan. Seandainya ia bukan seperti yang kita rancangkan, lapangkan dada. Mungkin apa yang kita idam-idamkan itu tidak semestinya yang terbaik untuk kita. Dan, apa yang kita bencikan itulah ubat paling mujarab buat kita.
Kisah Muhammad Bin Abdullah
Sedikit kisah Muhammad Bin Abdullah yang dipetik dari FB sahabat saya, Azzah,
Muhammad bin Abdullah | Seorang pengemis Yahudi buta sering memaki Muhammad. Namun Muhammad menyuapkan makanan kepadanya setiap hari. Selepas Muhammad meninggal dunia, Abu Bakar menggantikan tempatnya. Yahudi itu menyedari orang yang menyuapkannya itu berbeza. Abu Bakar memberitahu bahawa yang selalu menyuapkannya itu adalah Muhammad, dan Beliau sudah tiada. Yahudi itu menangis lantas masuk Islam.
Pertanyaan
Atas rasa sedar (dan malu kerana lama tidak update blog), saya ingin bertanya.
Mana yang Tuan Puan lebih suka?
A) Menulis dengan lebih kerap, tetapi pendek-pendek.
B) Menulis jarak-jarak, tetapi panjang.
Terima kasih! Dan, salam Maulidur Rasul.
-WK-
Sekitar Aktiviti WK Awal 2010
by waidakmy on February 15, 2010
in Coretan WK
Assalamualaikum dan Apa khabar?
Kata-kata seorang rakan FB di wall, “Cik Waida, apa artikel terbaru?”
Ringkas. Namun, menusuk kalbu. Tajam.
Tidak pernah terlintas di hati ini untuk mengabaikan blog ini. Ia tetap kesayangan di hati. Permata yang saya gilap dari 2007. Dan, tidak mungkin saya abaikan begitu saja.
Dan, kerana itulah saya cuba mengemaskini blog sebaik mungkin. Jika tidak menulisnya sendiri, saya usahakan juga menjawab soalan dari emel pembaca di blog. Kekangan masa waktu ini menuntut saya lebih selektif. Ia lebih bermanfaat jika saya membuat kerja 2 dalam 1.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa saya sibukkan akhir-akhir ini. Maka, saya kongsikan aktiviti-aktiviti saya sekitar bulan Januari dan Februari 2010
Januari 2010
1. Baca@LRT – Gelombang Pertama 16 Januari 2010

(Kredit kepada Nusantara Photography)
Membaca itu cool!
Gerakan rakyat (bukan kempen membaca) yang dipelopori 3 jejaka. Bermula dari angan-angan kosong, kini menjadi realiti. Kami merealisasikannya beramai-ramai pada 16 Januari lepas. Dan, akan melakukannya dengan skala besar pada 20 Februari ini.
Maklumat lanjut di Fan Page FB Baca@LRT.
2. Pra Secret Story (SS) di Learning Station – 17 Januari 2010

“Orang yang luar biasa akan sampai ke tempat yang luar biasa.”
Kurang 7 hari sebelum program Secret Story pertama, saya dan tim SS berjumpa Tuan Shamsuddin Kadir di Learning Station, Wangsa Melawati.
Learning Station, impian Tn SK supaya ia menjadi Learning Annex Malaysia. Dan, SS bakal menghiasi program di Learning Station. Khusus untuk orang dewasa belajar ilmu perlu dengan seronok!
3. Secret Story (SS) Rahsia Pertama – 23 Januari 2010

Ahli – ahli tim SS yang saya sayangi.
Dengan tagline ‘Seronok & Santai’, speaker jemputan, Cik Puan Azzah memilih untuk berkongsi tentang pilihan. Kata beliau, “Kita semua boleh memilih apa sahaja perasaan kita!”

Peserta Secret Story Pertama yang seronok dan santai!
Ketika entri ini ditulis, kami sibuk menguruskan SS Bulan Februari khusus untuk wanita, dengan topik “Rahsia Mengenalpasti Pasangan Ideal” dibongkar oleh Tuan Imran Yusuf, penulis buku cinta ‘Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah’. Maklumat lanjut di Fan Page FB Secret Story.
4. Bengkel KJ Metod – 24 Januari 2010

Pertama kali duduk di baris depan ketika bengkel.
Usai berkongsi rahsia di SS, esoknya saya ke bengkel penulisan kelolaan Puan Ainon pula. Berguru dengan sifu penulisan satu peluang keemasan. Tidak boleh dilepaskan. Ini cara menulis 2,3 buku serentak untuk buku non-fiksyen
5. Perjumpaan Penulis Editor – 30 Januari 2010

Semua khusyuk mendengar penjelasan editor PTS Pro, Tuan Irfan.
Berpeluang bertemu dengan staf PTS Profesional dan rakan penulis, satu perkara yang hebat! Apatah lagi menerima buku percuma terbitan PTS Pro, iaitu Siri Usahawan Cilik: Biskut Ajaib.
Februari 2010
6. Secret Story pagi, PTS Dolomite petang – 1 Februari 2010

Berbincang perjalanan Secret Story sepanjang tahun 2010.
Usai berbincang perjalanan setahun Secret Story, kami langsung ke PTS di Dolomite Business Park, Batu Caves. Berdiskusi beramai-ramai bersama editor, Tuan Irfan sesuatu yang tidak dapat dijual beli. Semoga buku kita semua juga akan ada dijual di situ tidak lama lagi. (Amin kepada saya dan Tuan Zulfadli, Cik Puan Norakmal dan Cik Puan Nazrah.)

Buku-buku di Galeri Jualan PTS, Batu Caves.
7. Kursus Pengucapan Awam Kreatif – 6 Februari 2010

Bakal pengucap-pengucap awam hebat!
Sejak dulu, saya berazam untuk membaiki stail pengucapan awam. Tidak lagi mahu diserang darah G (baca: gemuruh), saya datang ke kursus kelolaan Cik Puan Azzah. Satu kejayaan kecil saya pada hari itu, berjaya fikir topik dan isi on the spot.
Sesuai dengan kata seorang sahabat dalam bukunya, “Cipta kejayaan-kejayaan kecil sebelum menuju kejayaan besar.”
Dan, saya menulis entri ini dalam keadaan baru sahaja sampai dari menghadiri 2 kenduri di Johor.
Doa saya, “Biarlah Tuhan datangkan segala kesibukan daripada lapang tanpa arah. Amin.”
Bagaimana pula dengan aktiviti bulan Januari dan Februari Tuan Puan?
-WK-


