Delete Fail: Adakah betul-betul dipadam?
by waidakmy on March 31, 2010
in Asas Komputer
Assalamualaikum dan Apa khabar?
Terdetik untuk menulis di Wanita & Komputer setelah membaca emel daripada Cik Puan Sue.
Buang Fail ke Recycle Bin
Tekan sahaja butang ‘DEL‘, maka fail itu wujud di dalam ‘Recycle Bin’.
Jika malas mahu terima notis ‘Anda pasti mahu tongsampahkan fail ini*?”, tekan butang ‘SHIFT‘ bersama-sama butang ‘DEL‘.
*penafian – ini notis yang telah diubah suai, namun maksudnya sama.
Namun, adakah fail ini benar-benar hilang daripada harddisk?
Delete = Padam?
Ini persoalan yang ditanya Cik Puan Sue.
Hakikatnya, data itu masih ada. Masih wujud dalam harddisk. Apa yang berlaku, alamat* ke situ sahaja yang dipadam.
*dengan bahasa mudahnya
Bayangkan kita kehilangan alamat ke rumah seorang sahabat. Pasti tidak tiba bukan?
Tetapi, rumah sahabat kita itu tetap ada. Melainkan, datang jentolak merobohkan rumahnya, kemudian membina rumah lain di atas tapak yang sama.
Begitu juga dengan data di dalam harddisk. Ia cuma akan dipadam apabila ada data baru ditulis di atasnya.
Oleh itu, selagi tidak format, masih ada cara untuk mendapatkan semula fail itu dengan bantuan program khas.
PS: Tuan Puan boleh google ‘Restore My File’ jika berminat mencari program itu.
Jumpa lagi!
-WK-
Kegunaan Safe Mode
by waidakmy on March 27, 2010
in Troubleshooting PC
Assalamualaikum dan Apa khabar?
Pertamanya, maafkan saya jika ada antara emel dari Tuan Puan yang saya belum balas lagi. Saya akan usahakan untuk balas berperingkat-peringkat. Saya juga fobia melihat kotak emel saya sekarang dek banyaknya emel berwarna merah.
Nota: Saya label surat pembaca sebagai warna merah. Supaya saya tertekan melihatnya dan segera membalas! Hehe.
Membaca emel daripada Tuan Hermizi tentang laptop rakannya yang bermasalah, sukar juga untuk saya membalas. Masih kurang ilmu di dada untuk membalas tanpa mengetahui secara lengkap masalah yang terjadi.
(Itu juga salah satu sebab kenapa saya lambat membalas sesetengah emel. Tiada idea untuk balas apa. Perlu cari di Internet terlebih dahulu untuk cuba hipotesis pelik yang terlintas di kepala.)
Safe Mode
Di bawah adalah salah satu hipotesis pelik yang saya pegang. Amaran: Kesemua ini belum dibuktikan sepenuhnya.
Saya percaya,
1 – Jika sesebuah komputer itu berjaya masuk ke Safe Mode, komputer itu masih boleh diselamatkan.
2 – Jika boleh masuk ke Safe Mode, tetapi bukan mod normal (Windows), yang rosak itu adalah pada software, bukan hardware.
3 – Software yang rosak itu boleh jadi ‘application software’ atau Windows.
4 – Jika application software yang rosak, uninstall dan install semula.
5 – Selepas uninstall software yang disyaki menganggu sistem komputer, restart dan lihat sama ada berjaya masuk ke mod normal.
6 – Jika tidak berjaya, software lain yang menjadi ‘culprit’, bukan software yang kita uninstall sebelum itu.
7 – Kita tentukan software ‘culprit’ dengan memikirkan software apa kita pasang sebelum masalah terjadi.
8 – Jika Windows yang rosak, cuba mod ‘System Restore’ di Start >> Programs >> Accessories >> System Tools.
9 – Jika masih tidak berjaya, jalan senang tetapi leceh adalah format!
Nota: Application software adalah perisian / software yang kita install di komputer selepas Windows siap di-install.
Itulah 9 hipotesis berangkai yang boleh dicuba jika menghadapi masalah komputer, seperti yang dihadapi rakan Tuan Hermizi.
Jumpa lagi!
-WK-
PS: Saya sedang mempelbagaikan teknik penulisan. Hehe.
Internet dan WiFi di WK
by waidakmy on March 21, 2010
in Asas Internet
Assalamualaikum dan Apa khabar?
Sedikit mod diam ketika ini.
Juga sibuk membeli belah di Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC. (Buat pencinta buku, jangan lepaskan peluang untuk datang!)
Sedikit pesanan buat pembaca blog Wanita & Komputer, pastikan emel yang dimasukkan betul sebelum klik butang ‘send’ di page hubungi saya ya? Sayang benar jika balasan mesej saya tidak sampai kepada Tuan Puan kerana maklumat emelnya salah.
Buat Airin dan pembaca blog ini yang ingin mendapatkan kemudahan WiFi di mana-mana, artikel saya di bawah ini istimewa untuk Tuan Puan. Artikel lama yang pernah saya tulis dahulu, tetapi masih berguna!
1 – Apa beza WiFi dan Wimax?
Bunyi yang seakan-akan sama tetapi tidak serupa
http://waidakmy.com/teknologi/apa-itu-wifi-dan-wimax/
2 -WiFi-kan Streamyx
Bagaimana berkongsi Internet yang kita langgan? Contoh Streamyx. Aplikasi WiFi juga ada dikongsikan di sini.
http://waidakmy.com/teknologi/kisah-kirana-berkongsi-streamyx/
3 – Peralatan untuk WiFi-kan komputer kita
Ada yang bertanya apa yang diperlukan untuk detect WiFi di laptop atau desktop. Artikel ini khusus untuk Tuan Puan!
http://waidakmy.com/teknologi/apa-yang-kirana-perlu-untuk-wifi-kan-streamyx/
4 – Lindungi WiFi daripada di’curi’.
Jangan diabaikan aspek sekuriti WiFi kita. Salahkan diri kita sendiri, jika WiFi kita di’tumpangi’ orang
http://waidakmy.com/teknologi/bagaimana-melindungi-wifi-anda/
Oh ya, baca juga komen bernas rakan-rakan pada setiap artikel. Berguna dan memberi nilai tambah kepada Tuan Puan!
Semoga membantu apa yang saya kumpulkan ini.
Jumpa lagi (di Pesta Buku mungkin?)
-WK-
Surat Pembaca WK: Upgrade RAM
by waidakmy on March 15, 2010
in Masalah Pembaca WK
Assalamualaikum dan Apa khabar?
Surat Pembaca WK
Salam,
Saya menggunakan Notebook Compact Presario V2000. Laptop saya semakin perlahan, jadi saya ingin upgrade RAM saya. Tapi, saya tidak tahu bagaimana cara membeli RAM yang sesuai dengan notebook saya ini. Saya ingin tambah 1 Gig atau 2Gig.
Terima kasih.
Cik E (bukan nama sebenar)
++++++++++++++++++
Waalaikumussalam Cik E,
Terima kasih keranabertanya
Ada dua isu di sini.
Yang pertama, ada baiknya kita semak dulu apa punca laptop menjadi perlahan. Tentang ini, boleh rujuk artikel di bawah.
1 – Carian kata kunci ‘lajukan komputer’ di WaidaKmy.com
2 – 5 Cara Lajukan Windows XP di SembangKomputer.com
Jika boleh diselesaikan dengan cara software, ada baiknya kita selesaikan begini dahulu.
Yang kedua, tentang upgrade RAM, jom kita tonton video di bawah!
How to Buy RAM for a Laptop — powered by eHow.com
Klik link di bawah video jika bermasalah untuk tonton.
Antara intipati video,
1 – Tahu jenis / model RAM
2 – Pastikan had maksima RAM yang boleh diterima
Semoga perkongsian di atas membantu!
Jumpa lagi!
-WK-
Tutorial: Cari Lokasi Dengan Google Maps
by waidakmy on March 7, 2010
in Asas Internet
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera!
“Kita tetap boleh sampai, cuma cepat atau lambat sahaja.”
Ini kata-kata seorang sahabat ketika kami sedang ber’pusing-pusing’ (baca: sesat) dalam perjalanan dari Setapak ke Damansara.
Saya akuinya.
Di Kuala Lumpur ini, dengan papan tanda yang banyak (dan adakalanya mengelirukan), kita memang akan tiba ke destinasi akhirnya. Benar katanya, cepat atau lambat sahaja yang membezakannya.
Tambah saya kepada beliau, “Bayar tol pun banyak juga kalau sesat.”
Cara mengelak sesat cuma satu sahaja, iaitu baca PETA!
Baca Peta Dengan Google Maps
Kita boleh menggunakan kemudahan yang ada di Internet. Iaitu, Google Maps.

1. Taip ‘Google Maps’ di Google.
2. Pilih ‘Google Maps Malaysia’ pada keputusan carian yang tertera.

3. Taip alamat yang diingini, contoh ‘Menara Batu Kawan, Damansara’
4. Klik pada link yang paling relevan dengan tempat yang kita ingin pergi.

5. Klik ‘directions’ pada bubble seperti yang tertera di bawah.

6. Satu kotak baru akan muncul di sebelah kiri browser. Masukkan alamat destinasi yang kita berada sekarang, dalam kotak A. Dan klik ‘Get Directions’.

A – Destinasi asal
B – Destinasi tujuan
Mencari jalan pulang ke rumah? Terbalikkan saja destinasi A dan B dengan klik anak panah di sebelah kanan kotak.
7. Apabila saya memasukkan ‘Setapak’ pada kotak A, ada 3 pilihan yang diberikan Google Maps, iaitu melalui Lebuhraya Sprint, Jalan Kepong atau Jalan Lang Emas. Klik pada pilihan yang kita inginkan.

8. Di bahagian bawah 3 pilihan tadi, ada ditunjukkan langkah demi langkah apa jalan yang kita boleh lalui untuk tiba di Menara Batu Kawan, Damansara.

Boleh juga melihat peta di sebelah kanannya.

Selamat menggunakan Google Maps!
Selain daripada Google Maps, kita juga boleh menggunakan Wikimapia.
Jumpa lagi!
-WK-


