Apa itu Speed Test?
by waidakmy on May 23, 2010
in Asas Internet
Assalamualaikum dan Apa khabar?

Uji kelajuan Internet saudara sekarang!
Speed Test
Artikel ini bukan ditujukan kepada individu yang ingin tahu kenapa internet mereka perlahan. Sebaliknya, saya ingin berkongsi apa yang kita boleh ketahui selepas melakukan ujian ini.
Speed test ini kita lakukan apabila ingin menguji kelajuan Internet yang kita perolehi. Sekurang-kurangnya kita tahu adakah apa yang kita dapat itu sama seperti yang kita bayar. Andai kata hasil ujian itu kurang 50 – 70% dari kelajuan sepatutnya, kita boleh memaklumkan kepada penyedia Internet, baik Streamyx, Celcom, Maxis atau Digi Broadband dan lain-lain.
Hasil Ujian Speed Test
Mari kita lihat hasil ujian yang saya buat dalam gambar di atas.
Download: 0.82 Mb/s
Upload: 0.39 Mb/s
Ping: 42 ms
Dari keputusan di atas, didapati download speed adalah 0.82 Mega bit per second. Upload speed pula sekitar 0.39 Mega bit per second. Ping pula selama 42 mili second.
Download Speed
Ini adalah kelajuan yang diperolehi semasa download, iaitu 0.82 Mb/s. Maksudnya, sebanyak 0.82 mega bit atau 820 kilo bit data telah dihantar dalam masa satu saat.
(Nota: Satu saat ditunjukkan dengan /s atau ps dalam Mbps atau Mb/s)
Kelajuan Streamyx yang saya langgan adalah: 1Mb/s
Mari kita kira peratusan penurunan 1Mb ke 0.82Mb seperti di bawah.
Peratus = [(1 - 0.82) / 1 ] x 100 = 18%
Dari kiraan di atas, penurunan adalah sebanyak 18%, oleh itu, kelajuan yang saya perolehi cuma 82% dari kelajuan sepatutnya.
Ini adalah normal. Jika saya cuma mendapatnya separuh dan ke bawah, itu tidak normal.
Upload Speed
Ini adalah kelajuan ketika upload, iaitu 0.39 mega bit dalam sesaat.
Mengapa kelajuannya sangat kurang berbanding download, adalah kerana rata-rata kita semua lebih banyak download dari upload (seperti yang diceritakan di sini).
Artikel di situ juga menyebut, apa yang disediakan sudah memenuhi keperluan kita sebagai pengguna biasa. Lainlah, jika kita ini pengguna komersial atau bisnes.
Ping
Ping adalah sela masa yang diukur dari server di Internet ke komputer Tuan Puan.
Dari data di atas, kita boleh simpulkan, masa yang diambil dari server di Internet ke komputer saya adalah 42 mili second atau mili saat.
Apabila nombornya lebih besar, masa yang diambil untuk sampai ke komputer kita dari server adalah lebih lama. Dan, lebih banyak data hilang dalam perjalanan.
Maklumat lanjut boleh dibaca di sini.
Semoga apa yang saya kongsikan membantu Tuan Puan!
Wassalam dan jumpa lagi!
-WK-
Related posts:
- Hantar Fail Saiz Besar Pada Rakan
- Teknik ping untuk uji sambungan Internet
- Tips 8 – Gunakan free file hosting untuk upload fail dan hantar
- Tips 25 – Tak dapat sambung ke internet?
- Pentingnya Safe Mode jika komputer bermasalah
- Perisian Selenggara PC Menarik untuk Tatapan Anda!!
- Siri 3 – Panduan download youtube
- Tak Dapat Akses Internet: Apa Langkah Anda?



thx kak waida for the info.. betol2 bergune… takut jgk kalo kiter dpt speed lbh rendah dri pckge yg kiter langgan…
waidakmy Reply:
May 23rd, 2010 at 10:03 pm
Sama-sama
Ya, sekali sekala uji untuk lihat apa yang kelajuan Internet yang kita dapat. Kadang-kadang memang ada masalah, dan kita boleh ajukan kepada penyedia Internet. Mereka juga akan minta kita buat ujian ini apabila kita mengadu kepada mereka.
xSwitcheRx Reply:
June 6th, 2010 at 5:40 pm
@waidakmy, Kadang kala kelajuan sebenar tidak dapat dicapai semaksimumnya sekiranya terdapat masalah atau gangguan dari segi perisian dan hardware.. sy ada menulis berkenaan masalah yang melibatkan software di sini:
http://admin.xenosystm.com/2010/04/22/8-sebab-yang-sering-menyebabkan-internet-anda-perlahan-dari-sudut-perisian/
manakala hardware di sini:
http://admin.xenosystm.com/2008/11/30/masalah-streamyx-slow-lambat-punca-dan-cara-settlekannya/
Sekadar berkongsi.. kak waida jgn marah ek pasal linkin kat sini
waidakmy Reply:
June 6th, 2010 at 9:13 pm
@xSwitcheRx, tidak mengapa. Saya lebih suka jika link yang dikongsi membantu pembaca-pembaca di sini
macam mane nak adukan kat tlekom malaysia…kelajuan streamyx saye hanye 41 peratus
waidakmy Reply:
November 2nd, 2010 at 8:04 pm
Tuan Syafiq,
Tuan boleh telefon customer service untuk maklumkan perkara ini. Lebih baik sekiranya Tuan save screenshot gambar 41 peratus itu, dan hantarkan kepada mereka. Ia dapat menjadi bukti yang bagus.