Susah ke buat website?

by waidakmy on July 23, 2009
in Asas Internet

Salam dan Apa khabar? :)

“Ada website sendiri cool lah!”

Tak sangka pula saya. Ramai yang berminat untuk ada website sendiri rupa-rupanya (hasil pertanyaan tak rasmi pada pembaca setia WK). Namun, bila diimbas kembali, saya juga pasang impian untuk ada website sendiri sejak sekolah menengah lagi.

Ia tak pernah tertunai…

Hasil akhirnya tidak pernah melangkaui muka pertama pun. Tidak sepadan pun dengan usaha meng’khatam’kan kitab HTML setebal buku universiti lagaknya. Di kala budak Tingkatan 2 lain sibuk membaca novel, saya ke sana ke mari mengusung kitab HTML kepunyaan ayah. Semua gara-gara impian memiliki website sendiri.

Hasilnya tetap terhenti setakat index.html, seperti dulu. Bukan sukar isunya. MS Front Page seperti menggunakan MS Word saja. Apa yang mahu diletakkan di website yang lebih membingungkan saya. Kekal begitulah index.html yang separa siap itu, sehingga saya juga sudah terlupa akannya.

2007 Permulaan Segalanya

Semangat itu kembali semula dalam diri saya. Apabila saya diajak membuat website bersama rakan sepejabat. “Biar maklumat-maklumat projek ini disimpan setempat. Senang untuk orang tengok, “ kata orang atasan.

Sekali lagi, ia tidak menjadi. Dek kerana masalah polisi IT pejabat. Hasil yang tiga suku masak itu, cuma sekadar tersimpan dalam laptop. Sayang mengenangkan design sendiri yang telah dibuat dengan gigihnya (baca: kreativiti melukis saya datang jarang-jarang).

Sehingga Akhir Tahun 2007

Rupa-rupanya ia bukan terhenti setakat itu saja. Kekerapan melayari Internet bagi memahami bagaimana sesuatu website boleh diletakkan (publish) di Internet, membuka sesuatu yang tidak pernah saya ketahui sebelum ini.

”Rupa-rupanya ada cara lebih senang membuat website”

Ah-ha!

Ah-ha!

Tidak pernah terlintas di fikiran saya, blog itu juga suatu bentuk website. Apa yang berbeza, ia dalam bentuk jurnal. Lebih mudah lagi, dengan adanya platform blog yang diberi percuma seperti WordPress (baca: WordPress.org, bukan WordPress.com). Apa yang perlu dilunaskan adalah kos menyewa domain dan hosting saja.

Bukannya sukar untuk menyiapkan satu website biasa berformat HTML. Gunalah apa perisian pun, NVU, Kompozer atau Macromedia Dreamweaver. Ia tetap boleh disiapkan.

Sumber gambar : Caveman

Apa yang sukar, adalah mengemaskininya. Satu saja perubahan pada satu muka, harus dibetulkan kembali, mana yang berkait pada muka surat lain. Itulah sebabnya, saya hanya membuat minisite* saja dalam format HTML.

*Minisite – jenis website versi ringkas. Contoh (KitBlogging.com)

Sangat berbeza dengan WordPress. Ia sangat mudah diuruskan. Walau pada awalnya, ia mengambil masa untuk memahaminya. Namun, suka saya pada konsep website sebegini. Ia CMS, iaitu Content Management System, satu perisian mengurus isi kandungan.

Hasilnya?

Dan terciptalah satu website, juga blog bernama Wanita & Komputer di www.WaidaKmy.com

Okay. Masa untuk kuiz :D

  1. Berapa jenis website yang telah saya sebut dalam cerita di atas? Apakah dia?
  2. Apakah perisian untuk membuat website yang telah saya sebut?
  3. Apa nama fail untuk muka depan website?
  4. Apa 3 proses dalam membina dan mengurus website?

Semua jawapan ada dalam artikel di atas ;) Nantikan jawapannya dalam artikel seterusnya. Selang 1 hari dari sekarang!

  • Blogger Post
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Messenger
  • Twitter
  • Hotmail
  • Facebook
  • Digg
  • LiveJournal
  • Technorati Favorites
  • Tumblr
  • Windows Live Favorites
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Asas Website Siri 2
  2. Asas Website Siri 1
  3. Tips 21 – susah ke belajar komputer?
  4. Tips 14 – buat restore point dalam pc anda
  5. Tips 35 – Apa yang anda boleh buat bila dijangkiti virus?
  6. Ikona Maps – Revolusi Antivirus Gaya Baru
  7. Tips 31 – kepentingan buat partition harddisk
  8. Opera – Browser Alternatif Anda

Comments

10 Responses to “Susah ke buat website?”
  1. faz says:

    susahnya, adeh pecah pale

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    dah cuba buat guna wordpress?

    Balas Komen Ini

  2. TMUkmkd says:

    p/s: my first website.. in geocities ^^
    dah tutup dah kot.. lupa dah alamatnya
    memang guna direct HTML, tulis dalam notepad. run ke browser
    fuh.. seksa !
    tu tahun bila tak ingat dah.. awal tingkatan rasanya

    Balas Komen Ini

    Amin007 Reply:

    @TMUkmkd, aku masih ingat lagi masa tahun 1998. masa tu baru tamat kursus buat website. bersemangat waja nak upload hasil kerja tu. tanya pensyarah dia tak tahu apa-apa.

    akhirnya daftar kat geocities.com tapi sekarang dah tutup. namun aku dah ada 3 website sekarang. tapi yang aktif cuma 2 aje. satu biar aje sebab projek tertangguh, boss tak bagi huhuhu

    tapi apa pun bentuk website yang nak buat, biasanya aku akan tanya kat orang yang pertama kali nak buat. anda nak buat pasal apa??? kandungan apa yang anda nak letak???

    konsep asas kena tahu juga macam nak buat rumah, bentuk macam mana
    betul tak???

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @Amin007, yup. kena la ada idea asal. kalau tidak, jawabnya memang tak siap-siap hehe

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @TMUkmkd, sekarang untung. software buat website dah makin mudah :)

    Balas Komen Ini

    TMUkmkd Reply:

    @waidakmy, yup betul…. kini makin mudah semua dah ada tools ^^
    memori tu semua, guna notepad.. hehe

    @Amin007, yup.. memang.. kene ada plannya.. kalau tak.. mesti tak jadi. buka website je.. blog pun sudah ^^

    Balas Komen Ini

  3. Ardzham says:

    Apa benda pun kalau kita tak tau memang susah, kalau dah tau barulah rasa senang. alau nak dikira, banyak dah laman web peribadi saya bina. Bermula dengan free hosting seperti geocities, bravenet, web1000 dan netfirms.

    Sekarang dah guna hosting berbayar, tapi dah semakin kesuntukkan masa untuk update. Nak update blog pun selalu tak sempat walhal bukan kerja susah sangat pun. Update laman web lagi cerewet dari update blog.

    Mula-mula berblog dengan blogdrive [http://familiazam.blogdrive.com/] kemudian multiply, blogspot [http://ardzham.blogspot.com], wordpress.com [http://familiazam.wordpress.com]dan akhirnya wordpress.org

    Balas Komen Ini

Kongsikan Pendapat Anda