Asas Website Siri 1
by waidakmy on July 25, 2009
in Asas Internet
Salam dan Apa khabar?
Seperti yang dijanjikan dalam kuiz artikel lepas,
1. Berapa jenis website yang telah saya sebut dalam cerita di atas? Apakah dia?
Dua. Blog dan Minisite.
Sebenarnya, tidak terhad pada 2 jenis ini saja. Malah banyak lagi, selain dari yang sudah saya sebutkan. Contohnya, forum juga salah satu jenis website, seperti WanitaMelayu dan WangCyber.
Selain itu, ada juga kedai online seperti GetGorgeous dan BookCafe. (Psst, yang berniaga melalui blogspot.com bukan kedai online ya, itu adalah blog
)
Laman lelongan seperti eBay dan Lelong juga salah satu contoh website.
Selain daripada blog, ada juga website yang berkonsepkan portal seperti Sifoo.com
Setiap dari jenis-jenis website yang saya sudah sebutkan ini, ada platform tertentu untuk membinanya. Kalau forum, ia boleh dibina menggunakan antaranya, phpBB atau vBulletin. Kedai online pula, boleh menggunakan Niagakit, selain dari osCommerce atau ZenCart.
Oh ya, dengan WordPress juga, anda boleh membina portal. Yang penting, menggunakan rekaan theme yang betul, iaitu theme jenis ‘magazine’.
2. Apakah perisian untuk membuat website yang telah saya sebut?
MS Front Page, NVU, Kompozer dan Macromedia Dreamweaver.
Semua perisian di atas adalah WYSIWYG (What You See Is What You Get). Iaitu, apa yang anda lihat, itulah yang anda nampak. Jadi, tidak perlu belajar HTML yang kompleks untuk membina website. Cukup sekadar ketahui beberapa bahasa HTML yang mudah.
Bagi saya sendiri, saya hanya gunakan NVU atau Kompozer saja. Percuma dan tidak susah untuk dikendalikan. Berlainan dengan Dreamweaver, ia sedikit mencabar, tetapi masih boleh dipelajari. Kalau tidak silap saya, 2 ke 3 minggu juga saya ambil masa untuk biasakan diri dengannya (baca: setelah hampir 8 jam mengadap) ketika membuat projek website untuk orang atasan saya.
Buat apa belajar yang susah kalau benda senang ada? Kan?
Namun, jika sangat berminat untuk belajar asas HTML sendiri, bolehlah pelajarinya di W3Schools.
Jumpa lagi di artikel akan datang dengan ulasan soalan 3 dan 4
-WK-
Related posts:











Kompozer….. KDE?
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
July 27th, 2009 at 10:09 am
@TMUkmkd, KDE apa ya?
Balas Komen Ini
woa..artikel kali nie menarik. banyak gak jenis website nie, semuanya berdasarkan konsep masing2. best….
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
July 26th, 2009 at 10:51 am
@aiereast, terima kasih
macam amin kata, kalau idea asal ada dan jelas, akan datang nanti boleh datang macam-macam lagi jenis website
Balas Komen Ini
apa pun sebelum buat website, kena ada konsep yang jelas dulu
dari situ baru boleh design ikut kesesuaian
akan datang lagi banyak konsep akan muncul yang tak pernah terlintas di fikiran.
Balas Komen Ini
wah!
satu artikel yang sangat berinformasi.
kalau saya, saya suka buat website menggunakan CMS wordpress.
sangat mudah nak guna, tak perlu 3rd party program macam dreamwaver, NVU, atau frontpage, cukup CMS wordpress dan basic photoeditor dah boleh buat satu website yang baik.
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
July 29th, 2009 at 12:04 pm
@kedai online, terima kasih
memang mudah. cukup hanya kuasai CMS wordpress dan tahu asas edit gambar. Yang penting, cari theme yang sesuai dengan konsep website kita
Balas Komen Ini
wahhhh!!
at last dpt jgk sumber rujukan yang terbaik…dr seorang wanita…
byk tips dlm ur pye blog i praktikkan..tq very much for the info..highly appreciated..
sy agak baru dlm blogging..so ur tips n info really2 useful
please lead me
thanx
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
July 29th, 2009 at 12:11 pm
@yatie, sama-sama
tidaklah terbaik. apa yang saya tahu, saya kongsikan. yang saya tak tahu tu, selalunya saya referkan pada blog lain yang ada tulis tentang itu.
apa pun, selalu praktikkan tips saya ya!
tentang blogging, saya juga masih baru. selalunya saya baca di problogger.net. highly recommended!
Balas Komen Ini