Tutorial: Cari Lokasi Dengan Google Maps
by waidakmy on March 7, 2010
in Asas Internet
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera!
“Kita tetap boleh sampai, cuma cepat atau lambat sahaja.”
Ini kata-kata seorang sahabat ketika kami sedang ber’pusing-pusing’ (baca: sesat) dalam perjalanan dari Setapak ke Damansara.
Saya akuinya.
Di Kuala Lumpur ini, dengan papan tanda yang banyak (dan adakalanya mengelirukan), kita memang akan tiba ke destinasi akhirnya. Benar katanya, cepat atau lambat sahaja yang membezakannya.
Tambah saya kepada beliau, “Bayar tol pun banyak juga kalau sesat.”
Cara mengelak sesat cuma satu sahaja, iaitu baca PETA!
Baca Peta Dengan Google Maps
Kita boleh menggunakan kemudahan yang ada di Internet. Iaitu, Google Maps.

1. Taip ‘Google Maps’ di Google.
2. Pilih ‘Google Maps Malaysia’ pada keputusan carian yang tertera.

3. Taip alamat yang diingini, contoh ‘Menara Batu Kawan, Damansara’
4. Klik pada link yang paling relevan dengan tempat yang kita ingin pergi.

5. Klik ‘directions’ pada bubble seperti yang tertera di bawah.

6. Satu kotak baru akan muncul di sebelah kiri browser. Masukkan alamat destinasi yang kita berada sekarang, dalam kotak A. Dan klik ‘Get Directions’.

A – Destinasi asal
B – Destinasi tujuan
Mencari jalan pulang ke rumah? Terbalikkan saja destinasi A dan B dengan klik anak panah di sebelah kanan kotak.
7. Apabila saya memasukkan ‘Setapak’ pada kotak A, ada 3 pilihan yang diberikan Google Maps, iaitu melalui Lebuhraya Sprint, Jalan Kepong atau Jalan Lang Emas. Klik pada pilihan yang kita inginkan.

8. Di bahagian bawah 3 pilihan tadi, ada ditunjukkan langkah demi langkah apa jalan yang kita boleh lalui untuk tiba di Menara Batu Kawan, Damansara.

Boleh juga melihat peta di sebelah kanannya.

Selamat menggunakan Google Maps!
Selain daripada Google Maps, kita juga boleh menggunakan Wikimapia.
Jumpa lagi!
-WK-
Related posts:
- Cara Mencari Maklumat Di Google
- Ikona Maps – Revolusi Antivirus Gaya Baru
- Tips 2 – kenal pasti error mesej dengan mendalam
- Tips 4 – gunakan google untuk check makna perkataan
- Akses fail anda dengan cepat
- Tips 9 – install microsoft equation dalam word
- Opera – Browser Alternatif Anda
- [Tutorial] Cari dan Install Driver




sosek di kualo lumpooorr~ :p
wa kadang2 guna gak map neh. lagi2 kalau g tempat tak pernah g
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
March 7th, 2010 at 11:24 am
@TMUkmkd, KL ini besar
Sesat itu perkara biasa. Haha.
Balas Komen Ini
berguna sgt biler nak bajet masa n carik tempat rehat..
orang kater merancang perjalanan..=)
Balas Komen Ini
selalu guna google maps ni…banyak berguna
Balas Komen Ini
selalunya kery guna je google earth
sbb sng je…
kalau guna google maps kne line internet kuat.
so pakai je google earth hhuhuuhu…
Balas Komen Ini
Thanks.. memudahkan kita untuk melancong.. Sebelum pergi tengok maps dulu..nanti kalau sesat senang tanya.
Balas Komen Ini
Ya ya, I suka sangatlah Goggle Map ni.
sebelum I pergi mana2 tempat yang I tak pernah pergi, I pasti check Google Map to confirm before bertolak.
Balas Komen Ini
i guna gps garmin lagi syok
Balas Komen Ini