Apa itu Driver ?

by waidakmy on October 31, 2009
in Asas Komputer

Assalamualaikum dan Apa khabar? :)

“…laptop saya ada web cam, tetapi saya tak tahu menggunakannya”

“…selepas format, sound komputer saya hilang. Macam mana saya nak dapatkan kembali sound dari komputer saya itu..”

Dua masalah yang kelihatan berbeza, namun hakikatnya ia serupa.

Memandangkan saya sudah pun membalas jawapan yang sesuai kepada pengirim soalan, saya hanya ingin mengulas KENAPA perkara ini boleh terjadi dalam artikel ini. Supaya kita mudah mencari penyelesaian yang sesuai, untuk apa saja masalah yang mendatang, Insya Allah.

Bagaimana Dua Mesin Berkomunikasi?

Komputer berlawan kata

Pernahkah kita terfikir bagaimana sesuatu hardware (komponen komputer) itu boleh dibaca dengan mudah oleh komputer, atau spesifiknya CPU?

Kedua-duanya mesin. Bagaimana sambung saja kabel di antara kedua-duanya, ia boleh berkomunikasi antara satu sama lain? Masing-masing bukan ada suara seperti kita. Kalau hardware yang tiada wayar (atau wayarles), lebih menghairankan kerana tidak bersambung secara terus.

Program Satu Perantara Yang Bagus

Di sinilah terletak peranan software (perisian) untuk menghubungkan kedua-dua mesin ini. Software atau bahasa ringkasnya program, yang membantu mereka berkomunikasi.

Program ini pula, kita boleh bahagikan kepada dua jenis, program bahasa tinggi dan rendah. Memandangkan mesin ini dikategorikan kurang bijak, bahasa program yang digunakan perlu rendah, dan mudah-mudah saja.

Tidak sekompleks bahasa program tinggi yang sesuai untuk manusia. Bukankah Allah cipta kita lebih bijak daripada mesin kerana adanya otak (perlu gunakannya…)

Ringkas kata, program akan menjadi perantara atau penghubung komunikasi dua mesin. Atau kita boleh terjemahkannya seperti di bawah

Mesin A -> Program Bahasa Rendah A -> Program Bahasa Tinggi A -> Manusia -> Program Bahasa Tinggi B -> Program Bahasa Rendah B -> Mesin B

Program bahasa rendah inilah yang kita panggil driver, dan program bahasa tinggi inilah perisian yang kita gunakan setiap hari.

Tiada Driver, Tiadalah Komunikasi

Jadi inilah sebabnya, setiap kali selepas format, jika tidak install semula driver untuk komponen tertentu, akan ada saja masalah. Speaker tidak berbunyi. Printer tidak berfungsi. Bagaimana pula boleh berfungsi, jika komunikasi terputus? ;)

Begitu juga jika kita ingin menggunakan sesuatu hardware baru. Penting untuk kita install driver dan software yang diberi, supaya ia boleh berfungsi dengan baik.

Inilah punca saya kurang gemar format :P melainkan terpaksa. Manakan tidak, kita perlu install semula driver dan perisian satu persatu. Meletihkan. Lebih haru jika kita terhilangkan CD driver. Tidakpun, lakukan operasi Ghost kepada komputer anda.

Semoga artikel ini menjawab persoalan anda yang tertanya-tanya apa itu driver!

Jumpa lagi!

-WK-

PS: Saya pernah bertanya kepada Pembaca Setia WK, apakah topik yang mereka inginkan. Waktu itu, saya ingin menulis ebook. Ia tidak jadi lagi selepas merasakan lebih baik tulisan yang ada dikumpul menjadi buku. Lebih praktikal dan tidaklah terperap dalam komputer saja. Jadi, doakan buku saya berjaya menemui anda di masa depan :) Apapun, terima kasih atas cadangan yang diberi dulu. Cadangan-cadangan anda memang saya simpan baik-baik kesemuanya

  • Blogger Post
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Messenger
  • Twitter
  • Hotmail
  • Facebook
  • Digg
  • LiveJournal
  • Technorati Favorites
  • Tumblr
  • Windows Live Favorites
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Macam mana nak curi kata laluan orang?
  2. [Tutorial] Cari dan Install Driver
  3. Buat Apa Selepas Beli Komputer
  4. Blog ini akan ditutup..
  5. Program Penting Yang Harus Ada
  6. Pernah dengar Windows ME?
  7. Tips 34 – Sambung external monitor pada laptop
  8. Belajar komponen asas CPU – Siri 2

Comments

4 Responses to “Apa itu Driver ?”
  1. Amin007 says:

    tu pasal saya suka pada linux.
    driver automatik dah ada.
    kalau pakai windows,
    kena install driver
    leceh betul hehehe

    Balas Komen Ini

  2. achieek says:

    thank for that info…best!!

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @achieek, terima kasih! :)

    Balas Komen Ini

Kongsikan Pendapat Anda