Apa itu Linux?

by waidakmy on December 14, 2008
in Asas Komputer, Teknologi

Salam dan Apa khabar semua? :)

Baiklah, seperti yang saya pernah janjikan sebelum ini, saya akan tulis sedikit mengenai Linux. Anggap artikel kali ini sebagai pengenalan kepada Linux. Mungkin sebelum ini anda pernah mendengar tentang Linux, tapi tak begitu faham apa Linux sebenarnya. Walaupun begitu, terus terang saya kata, pengetahuan saya tentang Linux ini sangat2 cetek. Jadi, jika anda nak ketahui Linux dengan mendalam, bolehlah singgah2 di Jom Linux – Portal Berita dan Informasi Linux Malaysia ataupun sertai komuniti FOSSChix.my.

Sebelum saya masuk kepada topik Linux, saya akan sentuh sikit mengenai sistem operasi (operating system), kerana ada kaitannya juga sedikit sebanyak :)

Apa itu sistem operasi?

Sistem operasi atau operating system ini sebenarnya adalah perisian (software) juga. Apa yang berbeza dengan perisian yang selalu kita install tu, perisian sistem operasi ini khusus untuk perkakasan (hardware).

Sistem operasi

Sistem operasi

Cuba anda lihat, kalau nak diikut2kan, komputer peribadi yang anda ada tu, terdiri dari kepingan2 besi, komponen2 elektronik dan lain2. Pernah tak anda terfikir, macam mana dari kepingan2 besi dan komponen2 elektronik tu, boleh terhasil sesuatu yang dapat membantu anda.

Dipendekkan cerita, (kalau saya cerita panjang lebar, pening pula), sistem operasi ni adalah orang tengah antara perkakasan (hardware) dengan perisian aplikasi (application software) macam Winamp, Microsoft Word, dan lain2.

Macam handphone yang ada pelbagai jenama, sistem operasi ini pun ada ‘jenama’ juga. Yang paling dikenali untuk komputer peribadi, adalah Windows, namun ada juga ‘jenama’ lain seperti Mac OS, Linux dan Solaris. Kebiasaannya, Linux dan Solaris diguna untuk server. Mac OS pula akan digunakan bila anda membeli komputer keluaran Apple.

Gambar ihsan dari http://en.wikipedia.org/wiki/Operating_system

Apa itu Linux?

Linux

Linux - sumber dari Linux.org

Seperti yang telah saya sebut di atas, Linux adalah salah satu sistem operasi untuk komputer. Apa yang menyebabkan ia makin popular adalah kerana ia percuma dan terbuka kepada semua orang. Sesiapa saja boleh mengubah kod asalnya kerana ia adalah perisian sumber terbuka atau open source.

Disebabkan kod asal Linux bebas diubahsuai oleh sesiapa pun, banyaklah variasi yang telah dihasilkan, atau istilah komputer nya, Linux distribution atau distros. Apa yang Garfield pernah sebut sebelum ini, iaitu Puppy Linux, Xubuntu, Ubuntu, ianya semua adalah Linux distros, yang berbeza2 penggunaannya. Contohnya Puppy Linux, ia sesuai untuk komputer berkuasa rendah.

Apa yang saya lihat, yang popular sekarang ini adalah Ubuntu :) Masa saya belajar di Universiti dulu, Redhat Linux yang glamour masa itu hehe. Apa2 pun, Linux dah makin mendapat tempat di hati pengguna2 komputer peribadi. Dulu saya pernah gunakan Redhat Linux, saya kagum dengan paparan grafiknya, ala2 Vista sesetengah ikonnya.

Oklah setakat ini. Saya harap artikel ini cukup untuk anda mengenali apa itu Linux :)

PS: Harap2 anda fahamla ya hehe. Susah juga saya nak tulis tentang sistem operasi dan Linux, supaya tidak kelihatan terlalu teknikal.

  • Blogger Post
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Messenger
  • Twitter
  • Hotmail
  • Facebook
  • Digg
  • LiveJournal
  • Technorati Favorites
  • Tumblr
  • Windows Live Favorites
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Apa converter avi kepada DVD yang bagus?
  2. Tutorial: Salin DVD ke DVD lain
  3. Asas Website Siri 1
  4. Ikona Maps – Revolusi Antivirus Gaya Baru
  5. Pernah dengar Windows ME?
  6. Tips 21 – susah ke belajar komputer?
  7. Susah ke buat website?

Comments

15 Responses to “Apa itu Linux?”
  1. KNizam says:

    kalau ada pelunag mmg terasa nak pakai linux la
    dah bosan dengan windows

    Balas Komen Ini

  2. Jom Linux says:

    hahaha…tulis gak awak psl Linux…tak sangka ada plak link web site sy kat artikel..tk….sy dpt pegi pc fair td. selalu pi sana tgk produk & teknologi baru. jrg beli kat pc fair. psl beli kat low yatt lg murah(ada tmpt sy beli mesti dpt diskaun..hehe…psl byk beli brg kat dia).

    tp sy lihat teknologi pc agak sama gak le dari tahun lepas…tak ada revolusi sgt..hmmm

    Balas Komen Ini

  3. WaidaKmy says:

    @KNizam: apa salahnya nak bertukar Linux kalau dah bosan :)

    @Jom Linux: itu la..at last~ tapi susah juga dan ambil masa lama, sebab nak fikir apa yang perlu ditulis.

    saya pun sama. PC fair tu saya tengok2 saja. beli tetap tempat lain :P

    Balas Komen Ini

  4. skid says:

    da try ubuntu..tp linux payah la…:)

    Balas Komen Ini

  5. Jom Linux says:

    hmmm…mula2 cuba pun mmg rasa janggal dan payah sikit. pasal dah biasa dengan windows.

    tp cuba kalau sume biasa pakai linux tetiba kena pakai windows. mesti rasa payah gak….

    tul tak?

    Balas Komen Ini

  6. waidakmy says:

    nak mengubah sesuatu yang biasa tu memang susah..tapi lama kelamaan rasa okay la tu..macam saya mula2 nak guna windows me..macam2 saya fikir, ala function ni tak ada..function tu tak ada..tapi dah lebih seminggu guna okay je lepas tu..

    ps: sekarang dah pakai kom sendiri balik..dah okay..

    Balas Komen Ini

  7. Jom Linux says:

    biasale..adat manusia..mmg terkejut sikit nak wat perubahan…insyallah, lama2 nnti pasti linux berkembang kat malaysia ni. tambah lagi dgn peningkatan jualan netbook yang juga byk menggunakan linux. sy pun tgh mengusahakan projek jual cd ubuntu linux..boleh tgk web saya utk tgk prototaip.

    Balas Komen Ini

  8. revivalx says:

    ko mmg tahu psl linux ni?expert kew?

    Balas Komen Ini

  9. waidakmy says:

    @revivalx: saya bukan expert tentang linux ini seperti yang saya tulis di atas,

    “terus terang saya kata, pengetahuan saya tentang Linux ini sangat2 cetek”

    apa yang saya tulis di atas lebih kepada “overview” tentang linux, dan juga apa yang saya faham. jika ada kesalahan tentang post di atas, sila2 lah perbetulkan :) harap maklum

    Balas Komen Ini

  10. Garfield says:

    Linux ni memang ibarat dadah,
    sekali cuba, anda tidak akan ketagih,
    selepas beberapa kali cuba, anda akan tertarik olehnya.

    sehingga anda x terfikir untuk guna windows lagi.

    ketagihan penggunaan linux bukan sebab ia akan mengawal kita, tetapi anda akan ketagih dgn linux sebab anda dapat kuasa sepenuhnya untuk mengawal linux dlm PC anda.

    satu lagi sebab anda akan ketagih linux adalah, sebab linux terlalu bagus kalau anda nak compare linux dgn windows. is sangat stable, terlalu stabil sampai anda x percaya
    :)

    Balas Komen Ini

  11. waidakmy says:

    itu dia, peminat Linux dah menulis :D silap2 ramai yang dah mula terpengaruh hehe..termasuklah saya kot hihi..

    Balas Komen Ini

  12. Assalam alaikum

    Cubalah e-mel Tuan Aizat di aizat[at]pts.com.my untuk menulis buku mengenai IM. Cubalah cadang atau dapatkan tajuk untuk ditulis.

    Mungkin ada rezeki di PTS :) penulis IM wanita pertama dalam pasaran buku offline. Cepat-cepat! (Goreng pisang panas ni)

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.zamrimohamad.com

    Edited: emel di ubah menjadi [at] untuk mengelakkan dispam :) jangan lupa ubah [at] kepada @ ya..

    Balas Komen Ini

  13. waidakmy says:

    @Zamri Mohamad: Waalaikumussalam, terima kasih banyak2 untuk emel tersebut. Insya Allah, saya akan emel kepadanya nanti.. :)

    Balas Komen Ini

  14. TMUkmkd says:

    hahaha.. open source memang best sebab kalau satu aplication tu kita rasa tak best, g la blajar pastu buat la aplication yang lagi best.. pastu kongsi :)

    Balas Komen Ini

  15. WaidaKmy says:

    @TMUkmkd: kalau pandai programming, memang no problem untuk buat application..antara mahu atau tak aje..ataupun antara rajin atau tak aje :D

    Balas Komen Ini

Kongsikan Pendapat Anda