Bila harddisk semakin penuh

by waidakmy on October 4, 2009
in Asas Komputer

Salam dan Apa khabar? :)

Saya suka simpan gambar, video dan lagu. Sekarang saya simpan dalam pendrive & laptop saya. Sudah tidak muat lagi. Orang kata save semua dalam external hard disk. Apa itu? Boleh terangkan & anggaran harga berapa? Selain dalam hard disk, di mana lagi boleh saya simpan semua itu?

Saya terfikir untuk kongsikan jawapan saya kepada persoalan salah seorang pembaca. Moga tuan puan pun mendapat manfaatnya sama. Buat yang bertanya, saya suka cik puan bertanya!

——————————————————————————–

Jawapan Saya

Nota: Telah ditokok-tambah supaya sesuai ditujukan buat tuan puan yang sedang membaca artikel ini.

Tidak semestinya perlu disimpan dalam external harddisk. Boleh juga disimpan dalam DVD/CD. Kosnya lebih murah. Yang penting perlu ada DVD burner, dan gunakan DVD yang berkualiti. DVD yang berkualiti tahan lebih lama, lebih-lebih lagi kita ingin simpan dalam tempoh yang lama.

Apa itu External Harddisk?

External Harddisk 2.5 inci

External Harddisk 2.5 inci

Sumber gambar di sini

External harddisk ini konsepnya sama seperti harddisk, cuma ia di luar komputer. Ada bekas (dipanggil casing) tersendiri. Tujuannya untuk simpan data juga. Diakses melalui USB (seperti pendrive).

External harddisk ini ada 2 jenis. 3.5 inci dan 2.5 inci. Yang biasa dibawa orang ke mana-mana itu yang bersaiz 2.5 inci. Jarang sekali orang membawa harddisk saiz 3.5 inci itu kerana besar.

External harddisk 3.5 inci

External harddisk 3.5 inci

Sumber gambar di sini

Harga pula bergantung kepada saiz kapasiti harddisk. Semakin besar Giga-nya, ia semakin mahal. Berdasarkan harga di forum lowyat.net (senarai harga di sebelah kiri), harga external harddisk dalam lingkungan RM200 ke RM500. Melainkan tuan puan membeli external harddisk 3.5″ berkapasiti 1 Terrabyte (1TB), ia boleh mencecah RM1k.

DVD atau External Harddisk?

Jika dibandingkan dengan DVD, kos sekeping DVD baru beberapa sen. Paling mahal pun tidak melebihi RM2. Kerana itu saya katakan di awal artikel ini, simpan dalam DVD lebih murah (dengan syarat komputer tuan puan sudah ada DVD burner).

Jika keliru untuk simpan pada DVD atau external harddisk, cadangan saya, lihat pada data-data yang tuan puan ingin simpan. Jika ingin disimpan dalam jangka panjang dan betul-betul penting, simpanlah dalam DVD. Jika hanya sementara, gunakanlah external harddisk. Jika tidak muat juga, pilih data yang benar-benar kita ingin simpan. Sampai bila-bila pun tidak akan muat! :)

————————————————————————–

Tuan puan ada cadangan tempat selain daripada yang saya nyatakan di atas?

-WK-

  • Blogger Post
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Messenger
  • Twitter
  • Hotmail
  • Facebook
  • Digg
  • LiveJournal
  • Technorati Favorites
  • Tumblr
  • Windows Live Favorites
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Tips 31 – kepentingan buat partition harddisk
  2. Panduan Beli Komputer 101
  3. Jerat Pakej Komputer Murah Lowyat
  4. Tips 30 – Elakkan fail hilang ketika format
  5. Belajar komponen asas CPU – Siri 2
  6. Tutorial: Salin DVD ke DVD lain
  7. Masalah: Angkara Kuasa
  8. Nak beli laptop ke desktop?

Comments

14 Responses to “Bila harddisk semakin penuh”
  1. TMUkmkd says:

    Linus Thorvald ada mengatakan;
    “Only wimps use tape backup: _real_ men just upload their important stuff on ftp, and let the rest of the world mirror it ;)

    so memuat naik ke storan atas talian (online) juga salah satu daripada cara menyimpan data.

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @TMUkmkd, terlupa yang ini (sambil ketuk diri sendiri). Tetapi, saiz kecil boleh diterima lagi, kalau beratus-ratus MB, boleh tahan lama juga nak muat naik tu..

    Balas Komen Ini

  2. Aqif says:

    Teringat pulak masa mula-mula nak beli external harddisk.

    Nak pilih external DVD burner or external harddisk.

    Akhirnya pilih juga external harddisk sebab pikir2 balik selalu buang2 file. :)

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @Aqif, itulah. Memang perlu ikut gaya masing-masing. Kalau fail kerap dipindah-pindah, lebih baik beli external harddisk :)

    Balas Komen Ini

  3. shahrul says:

    Lebih suka guna external hardisk coz data portable. Boleh tukar2, boleh delete balik. Utk data penting, upload kat internet di beberapa tempat incase external hardisk rosak.

    Balas Komen Ini

  4. azharsalleh says:

    Ya..Burn dalam DVD..sebagai alternatif kepada external hard disk..
    Terima kasih kerana artikel ini..
    Tengah cadang-cadang nak beli external hard disk nie..
    Hard disk PC dah nak penuh..

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @azharsalleh, sama-sama. Walaupun beli external harddisk baru, jangan lupa sentiasa kemas kini fail. Kalau tidak, takkan kita mahu beli harddisk setiap masa? :)

    Balas Komen Ini

  5. aizat kamal says:

    memang dok pikir dank beli external hdd ni…
    hdd skang dah nazak…
    tinggal 100 mb…
    huuhuhuhu…

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @aizat kamal, tak bagus untuk kesihatan komputer tu. Kalau tidak beli lagi, bolehlah kemas dan buang mana-mana fail yang patut

    Balas Komen Ini

    Amin007 Reply:

    @aizat kamal, anda boleh compresskan harddisk anda, rasanya dalam xp ada tool
    tersedia. kalau berjaya, data anda akan berwarna biru sama ada folder atau fail.

    satu tip laa kalau anda guna word/excel, anda boleh letak dalam zip sahaja.
    nak buka, klik kanan dan pilih explorer. nanti kalau anda pilih save dia akan terus save dalam zip.

    ooo lupa selalu bersihkan temp fail anda, kalau buka browser, bersihkan cache sebelum tutup. rasanya boleh set automatik

    Balas Komen Ini

    aizat kamal Reply:

    @Amin007, saya pakai vista actually…so bnyk dah automatik…
    tp memang da mcm2 da saya buat…
    bila surf internet, temporary file mula la nk memnuhkan harddisk…
    so agak leceh nk buat mcm2 utk nk safe space…
    so memang kena beli harddisk baru dah…
    huhuhuuh…
    tengah memikir mencari duit beli harddisk baru ni…
    :)

    nway thanks for the tips…

    Balas Komen Ini

    Amin007 Reply:

    @aizat kamal, anda melayari internet pakai IE atau FF atau Opera?
    kalau setiap kali layar internet penuh satu hardisk
    rasanya baik guna portable FF sahaja hehehe
    paling tidak dia akan memenuhi pendrive anda sahaja.

    lagi satu berapa partion yang anda buat pada hardisk anda???

    Balas Komen Ini

  6. Amin007 says:

    boleh beli dvd rw kalau suka padam-padam.
    lagipun pendrive sekarang pun dah ada 256 GB laa
    saya punya harddisk extenel pun dah penuh sebab
    simpan filem banyak sangat,

    tak suka sangat pakai dvd takut calar
    namun jika ada peluang …

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @Amin007, DVD-RW memang berguna tetapi bukan untuk proses burn dan padam yang kerap. Lebih baik gunakan external harddisk.

    Balas Komen Ini

Kongsikan Pendapat Anda