Buat Apa Selepas Beli Komputer

by waidakmy on November 15, 2009
in Asas Komputer

Assalamualaikum dan Apa khabar? :)

“Beli komputer sudah, buat apa pula seterusnya?”

Jika tempoh hari, saya sudah kongsikan tips membeli komputer. Selepas komputer sudah pun dibeli, apakah langkah seterusnya? Inilah masanya memenuhi komputer itu dengan program-program yang boleh membantu kita.

Apakah program-program komputer yang membantu itu?

Ada juga yang bertanya program apakah yang boleh dipasang. Saya memahami ‘concern’ beliau. Mungkin ada perisian yang terlepas pandang, dan saya amat hargai usahanya ini.

Mengikut konsep yang saya amalkan, kebanyakan program dalam komputer, boleh dibahagikan kepada 3 tahap. Bermula dengan tahap 1 (kritikal), kemudian tahap 2 (penting) dan akhir sekali tahap 3 (tidak penting).

Tahap 1 (Kritikal)

Program-program ini wajib dipasang dalam komputer untuk memastikan kelangsungan komputer. Juga memastikan komputer kita boleh beroperasi. Contoh program-program dalam tahap ini seperti

a) Program Sokongan Komputer

Program yang menyokong komputer seperti driver. Tanpanya, banyak komponen komputer (hardware) tidak boleh berfungsi seperti motherboard, printer, DVD drive dan lain-lain. Biasanya, diberi sekali ketika membeli komputer atau komponen komputer. Sangat penting disimpan!

b) Program Sekuriti Komputer

Inilah sel darah putih dalam komputer kita! Dialah yang mengawal komputer kita dari gangguan anasir luar. Juga melawan serangan anasir jika kubu dipecah masuk. Yang ini, kita harus pasang sendiri. Jarang-jarang saya lihat ini diberi sekali. Malah, mungkin tidak dipasang jika ada yang tidak tahu. Contoh program dalam kategori ini adalah firewall dan antivirus.

c) Program Pelincir Komputer

Haa. Jangan gelak. Komputer memang seperti kereta. Harus ada penyelenggaraan setiap masa untuk terus tip top. Ada sesetengah program ini didatangkan sekali dengan OS (Windows, Linux, dll). Namun, ada juga program tambahan yang boleh dipasang seperti CCleaner.

Berbayar atau Percuma?

Itulah kategori program dalam tahap kritikal. Ia boleh jadi percuma atau berbayar. Bergantung kepada kita dan kemampuan kewangan. Tidaklah semua yang berbayar itu bagus. Dan, tiada yang berkata percuma itu kurang kualitinya.

Untuk program-program dalam 2 tahap lagi, ia sangat subjektif. Bergantung kepada apa yang kita fikirkan penting. Berbalik juga kepada tujuan kita membeli komputer. Akan disambung dalam post akan datang :D

Ruang Tanya Pendapat

Ada kategori program dalam tahap 1 yang tuan/puan boleh tambah? Mungkin saya terlepas pandang…

Jumpa lagi!

-WK-

PS: Mungkin ada yang keliru program dan perisian. Sekumpulan program akan membentuk perisian. Jadi program = perisian :)

  • Blogger Post
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Messenger
  • Twitter
  • Hotmail
  • Facebook
  • Digg
  • LiveJournal
  • Technorati Favorites
  • Tumblr
  • Windows Live Favorites
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Program Penting Yang Harus Ada
  2. Panduan Beli Komputer 101
  3. Selesaikah masalah dengan format komputer?
  4. Apa itu Driver ?
  5. Tips 35 – Apa yang anda boleh buat bila dijangkiti virus?
  6. [Video] Susun dan baiki registry komputer
  7. Nak beli laptop ke desktop?
  8. Mahu perisian percuma?

Comments

4 Responses to “Buat Apa Selepas Beli Komputer”
  1. Zaidey says:

    Salaam…

    Waida tertinggal the basics of all the basics. OS. Sistem Operasi. Tu pun sejenis program gak.

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    Waalaikumussalam Zaidey. Ah ya. Memang mahu masukkan hari itu. Terlupa agaknya. Tapi, OS memang kebanyakannya sudah siap dipasang. Jadi, saya juga tak pasti mahu letak atau tidak.

    Tapi, tak apalah. Sekurang-kurangnya, saya tahu ada orang membaca post saya ini. Dan alert apa kekurangan pada post ini :D

    Balas Komen Ini

  2. Zaidey says:

    Salaam,

    Terima kasih kerna membalas. Terlupa atau kekurangan tu no dua, tiga, empat atau lima. Yang wahid kita kongsi sama2 ilmu kita, Insya Allah.

    Tak rugi kongsi ilmu. Tak macam kongsi aiskrim… makin sikit :-(

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @Zaidey, Waalaikumussalam.

    Amin..Semoga ilmu saya yang masih cetek ini juga bertambah-tambah dan diberkati-Nya.

    PS: Menarik pula analogi kongsi aiskrim ini :D

    Balas Komen Ini

Kongsikan Pendapat Anda