Delete Fail: Adakah betul-betul dipadam?

by on March 31, 2010
in Asas Komputer

Assalamualaikum dan Apa khabar? :)

Terdetik untuk menulis di Wanita & Komputer setelah membaca emel daripada Cik Puan Sue.

Buang Fail ke Recycle Bin

Tekan sahaja butang ‘DEL‘, maka fail itu wujud di dalam ‘Recycle Bin’.

Jika malas mahu terima notis ‘Anda pasti mahu tongsampahkan fail ini*?”, tekan butang ‘SHIFT‘ bersama-sama butang ‘DEL‘.

*penafian – ini notis yang telah diubah suai, namun maksudnya sama.

Namun, adakah fail ini benar-benar hilang daripada harddisk?

Delete = Padam?

Ini persoalan yang ditanya Cik Puan Sue.

Hakikatnya, data itu masih ada. Masih wujud dalam harddisk. Apa yang berlaku, alamat* ke situ sahaja yang dipadam.

*dengan bahasa mudahnya

Bayangkan kita kehilangan alamat ke rumah seorang sahabat. Pasti tidak tiba bukan? :) Tetapi, rumah sahabat kita itu tetap ada. Melainkan, datang jentolak merobohkan rumahnya, kemudian membina rumah lain di atas tapak yang sama.

Begitu juga dengan data di dalam harddisk. Ia cuma akan dipadam apabila ada data baru ditulis di atasnya.

Oleh itu, selagi tidak format, masih ada cara untuk mendapatkan semula fail itu dengan bantuan program khas.

PS: Tuan Puan boleh google ‘Restore My File’ jika berminat mencari program itu.

Jumpa lagi!

-WK-

Blogger PostDeliciousGoogle BookmarksYahoo MailYahoo MessengerTwitterHotmailFacebookDiggLiveJournalTechnorati FavoritesTumblrShare

Related posts:

  1. Bila harddisk semakin penuh
  2. Tips 10 – AWAS – berhati2 bila delete fail
  3. Tips 31 – kepentingan buat partition harddisk
  4. Tips 30 – Elakkan fail hilang ketika format
  5. Akses fail anda dengan cepat
  6. Ekstrak content CD dari fail ISO
  7. 4 format burn yang perlu difahami
  8. Program Penting Yang Harus Ada

Comments

9 Responses to “Delete Fail: Adakah betul-betul dipadam?”
  1. TMUkmkd says:

    analogi tu bagus. rumah, tapak rumah dan rumah baru :D

    tambahan, bergantung kepada cara restore, kadang kala sestengah fail yang compress (mp3, avi, jpg) kurang dapat di restore kembali. kecuali dengan aplikasi/cara yang lebih baik.

    waidakmy Reply:

    @TMUkmkd, terima kasih :)

  2. titan says:

    yap. memang boleh cari balik file tu. Certain software leh cari file-file yang hilang tu.

    waidakmy Reply:

    @titan, sudah pun berjaya diaplikasikan oleh seorang rakan.

  3. Shahrul says:

    Even, hard disk yg rosak pun boleh recovery balik data, walau x semua. Tp mmg mahal la.

    waidakmy Reply:

    @Shahrul, mahal daripada segi apa Tuan? Kos perisiannya?

  4. ewan712 says:

    hai smua… just nk share skit… biasanye bile kite delete (atau “Shift-Del”) dan jgk format O.S. (atau format HDD/USB Drive), mmg blh recover blk data2 trsbt (mmg byk soft utk recover nie)…

    Tp klu nk delete secara kekal, kena wat “Shred”… klu nk format drive secara kekal plak, kena wat “Low Level Format”, tp kena amek masa yg agak lama…. );

    waidakmy Reply:

    @ewan712, terima kasih kerana berkongsi.

    Mohon Tuan Ewan kongsikan cara bagaimana melakukan Shred dan Low Level Format itu untuk kebaikan semua. Terima kasih!

  5. ewan712 says:

    Utk Low Level Format, sila layari blog saya: http://ajcomservices.blogspot.com/2009/02/low-level-format-llf.html
    manakala utk memadam data (file/folder) secara shred, anda smua blh gunakn perisian spt Tune Up Utilities.