Ekstrak content CD dari fail ISO
by waidakmy on October 18, 2009
in Asas Komputer
Salam dan Apa khabar?
Di kala orang lain sibuk meraikan Deepavali, kami tenggelam di ‘dunia’ Cash Flow 101 versi board game milik Farah. Hampir 5 jam bermula 11 pagi, saya dan Becky masih berpusing-pusing dalam roda ‘rat race’ sehingga ke sudah (nasib badan…) Adly pula agak bernasib baik (ya! nasib baik sahaja tu…) berjaya keluar di saat-saat akhir menyertai Farah, yang awal-awal lagi sudah ke laluan ‘Fast Track’.
Gembira terima gaji setiap kali tiba di petak ‘Paycheck’. Dipaksa rela membeli ‘doodads’. Mengeluh bila terkena petak ‘downsized’. Bersorak bila ‘saham’ yang dibeli mencanak naik. Macam kanak-kanak riang ria sahaja semuanya bila bermain
Sebenarnya, saya biasa bermain versi e-game Cash Flow 101 ini, tetapi rupa-rupanya lagi seronok versi board game. Beza sungguh!
Sampai sahaja di rumah, saya terus mencari e-game Cash Flow 101. Tidak puas bermain lagi (geram tidak keluar dari ‘Rat Race’ sebenarnya). Ah! Rupa-rupanya sudah dibuang dari komputer. Mujur saya terfikir untuk ‘burn’ dalam DVD suatu masa dulu. Setelah DVD dimasukkan, saya terlupa yang ia dalam format iso pula bersama-sama dengan fail Cash Flow 202.
Jadi,
Bagaimana mendapatkan kandungan CD daripada ‘image file’ atau fail iso ini?
Ada 2 cara, iaitu
1 – Burn ke dalam CD (atau DVD)
Mengikut saiz fail iso, burn fail iso tadi ke dalam CD atau DVD. Mesti menggunakan ‘burn image file’ untuk mendapatkan kembali kandungannya.
2 – Gunakan ‘virtual drive’
Untuk tidak membazirkan CD atau DVD (walau cuma beberapa sen sahaja), kita boleh menggunakan ‘virtual drive’. Bayangkan ‘virtual drive’ seperti CD atau DVD drive yang biasa kita guna itu, tetapi kewujudannya hanya dalam komputer.
Penerangan penuh ‘virtual drive’ di Wikipedia
Untuk mewujudkan ‘virtual drive’ dalam komputer, kita perlu menggunakan perisian khas seperti Magic Disc. Setelah download dan pasang di komputer, buka perisian Magic Disc.
Bagi mendapatkan kandungan dalam fail iso tadi, kita perlu ‘mount’ (masukkan) fail iso ke ‘virtual drive’ yang telah diwujudkan.
Lihat fail iso tadi berubah menjadi banyak setelah di-mount
Untuk membuangnya, hanya perlu ‘unmount’ kembali data dari virtual drive. Jika tidak suka melihat ‘virtual drive’ dalam ‘My Computer’, anda boleh ‘disable’ kan fungsi virtual drive
Mudah bukan?
Jumpa lagi!
-WK-
Related posts:
- Cara Backup Fail Dan Database Blog
- Tips 8 – Gunakan free file hosting untuk upload fail dan hantar
- Delete Fail: Adakah betul-betul dipadam?
- Tips 33 – Sembunyikan fail rahsia anda!!
- Hantar Fail Saiz Besar Pada Rakan
- Tips 12 – dapatkan fail anda selepas Word hang
- Tutorial: Salin DVD ke DVD lain
- Panduan Beli Komputer 101








Mana ada nasib.. skill masing-masing tu
Balas Komen Ini
Menarik game ni. Kena ada untuk ajar anak-anak jadi usahawan.. hmmm
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
October 24th, 2009 at 12:04 pm
@Muhasabah Trading, belilah satu
Harganya sekarang dah tak semahal dulu
Balas Komen Ini
saya pun gunakan MagicIso untuk tujuan membaca fail iso tanpa perlu “burn” ke CD atau DVD.
Balas Komen Ini
memang best game ni…
e-game CASHFLOW 202 x install ka…??
lagi challenging…
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
October 24th, 2009 at 12:05 pm
@aizat kamal, dah main dulu. Tapi, ia lebih kepada ajar main saham. Itu yang sekejap je main hehe. Kurang berminat sikit dengan saham
Balas Komen Ini
aizat kamal Reply:
October 24th, 2009 at 2:15 pm
@waidakmy, aah…
pasal saham ni di”detail”kan sket…
hehehhe…
tapi yg len pon agak detail gak…
Balas Komen Ini
x bleh extract file je ke…
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
October 24th, 2009 at 12:15 pm
@apiz, boleh guna 7zip jika mahu ekstrak (mengikut kata seorang kawan di Facebook)
Balas Komen Ini
malangnya saya tak boleh install kat pc saya.
drive c hampir penuh hehehe
nak install kat laptop payah sebab pakai ubuntu hehehe
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
October 29th, 2009 at 10:32 pm
@Amin007, boleh beli external drive bukan?
Balas Komen Ini
Perkongsian yang mantap dan praktikal. Tahniah!
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
October 29th, 2009 at 10:28 pm
@MY, Terima kasih
Balas Komen Ini
boleh main atas external drive ker???
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
October 31st, 2009 at 9:16 am
@Amin007, boleh pindahkan fail-fail yang memenuhkan ruang ke external drive bukan? Jadi, tiada masalah untuk main. Walaupun saya terfikir, menarik juga idea untuk cuba run program daripada external drive…
Balas Komen Ini
Amin007 Reply:
October 31st, 2009 at 10:09 am
@waidakmy, sekarang ni pun photoshop 7.0 pun orang dah cuba buat portable/mudahalih
nanti akan datang semua perisian akan jadi mudahalih termasuk games-games hahaha.
ikutkan main atas fizikal lagi seronok. atas games main sorang2 aje.
kalau dapat main online best juga
dalam facebook takde games cashflow ker???
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
October 31st, 2009 at 4:41 pm
@Amin007, main atas fizikal tu apa? cashflow tu game berbayar. Ada hakcipta persendirian. Tidak boleh simply ada je di FB. Bergantung kepada syarikat Kiyosakilah bagaimana
Balas Komen Ini
Nak ekstrak ISO juga boleh gunakan PowerISO,antara ISO extractor terbaik yang pernah aku gunakan. tanpa perlu mount guna daemon atau alcohol. PowerISO pun ada sediakan fungsi mount bagi yang berminat guna cara tu…
Balas Komen Ini