Hantar Fail Saiz Besar Pada Rakan

by on August 15, 2010
in Asas Komputer

Assalamualaikum dan Apa khabar? :)

Cara Upload Fail Besar

Ada rakan penulis bertanya,

“Bagaimana menghantar fail yang kita tidak boleh attach melalui emel?”

Nota: Maksima fail yang dihantar melalui emel hanya 10MB sahaja. Itupun bergantung kepada penyedia emel.

Lalu, saya bertanya berapa saiznya dan apakah failnya. Jawapan beliau, ia sekitar 522MB, iaitu sebuah fail video berformat avi.

Antara penyelesaian-penyelesaian yang mungkin,

1 – Kecilkan saiz video sama ada format rmvb, wmv atau mp4.

Video dari sumber asal tidak boleh dikecilkan secara terus menjadi format yang terlalu kecil. Kebiasaannya, suara dan gambar akan menjadi tidak selari. (Baca: Suara dahulu, baru videonya atau terbalik)

Seeloknya, jika dari kamera video, kecilkan ia menjadi avi terlebih dahulu. Kemudian, baru tukar kepada salah satu format di atas. Boleh ditukar format video menggunakan Any Video Converter

2 – Upload fail kepada penyedia fail online

Penyedia fail online atau lebih dikenali sebagai file sharing sites menyediakan ruang untuk kita upload fail yang bersaiz besar. Hanya kita perlu bertabah ketika proses upload berlaku kerana line Internet yang biasa-biasa.

Internet Perlahan

(Apa interteks yang muncul selepas melihat gambar ini)

Selepas fail itu selamat di-upload, kita hanya perlu memberikan link kepada rakan atau penerima yang berhak. Jika dengan Mediafire, kita boleh menetapkan fungsi password untuk menghalang penyalahgunaan berlaku.

Yousendit.com juga boleh digunakan dengan tujuan sama.

Apabila rakan kita klik link itu, dia akan download fail itu ke dalam komputernya. Selesai.

3 – Burn ke dalam CD / DVD kosong dan pos!

Ini cara paling mudah sebenarnya, hanya ada kos yang terlibat :)

Jumpa lagi!

-WK-

Blogger PostDeliciousGoogle BookmarksYahoo MailYahoo MessengerTwitterHotmailFacebookDiggLiveJournalTechnorati FavoritesTumblrShare

Related posts:

  1. Tips 8 – Gunakan free file hosting untuk upload fail dan hantar
  2. Tips 24 – Bermasalah dengan saiz fail powerpoint yang besar?
  3. 4 format burn yang perlu difahami
  4. Apa converter avi kepada DVD yang bagus?
  5. Ekstrak content CD dari fail ISO
  6. Panduan Convert Fail Kepada PDF
  7. Delete Fail: Adakah betul-betul dipadam?
  8. Tips 30 – Elakkan fail hilang ketika format

Comments

3 Responses to “Hantar Fail Saiz Besar Pada Rakan”
  1. saya pun selalu prob nak hantar file
    dekat kawan..kena plak saya ni guna brodband:(

    terika kasih sebab share tips2 ni :)

    anyway..comel sangat2 siput kat atas tu..cute.

    siput tu mmg ade pelekat guna magnet ya?

    teringat masa pergi cameron highland dengan
    nenek dan mak cik.ada banyak jual bender2 mcm tu
    kat sana :)

    waidakmy Reply:

    @Wana, sama-sama. Kadangkala, hantar fail memang sesuatu yang memeningkan. Terima kasih kerana merasakan ia suatu yang bermanfaat! :D

    PS: Siput itu memang comel. Ya, memang ada magnet padanya. Tidak tahulah mana boleh dapat sebab ini dihadiahkan orang. ^__^

  2. yup..bermanfaat sebab hal2 send fail ni mmg selalu org buat..

    thanks for respond…bestnyer dapat siput free! :)