Kisah bandwidth di waidakmy.com

by waidakmy on May 4, 2008
in Asas Komputer

Apa khabar semua?

Maafkan saya…lebih seminggu tak menulis tips di blog Wanita & Komputer. Selain dari outstation ke Lumut selama 4 hari, saya juga tak berani nak buat apa2 pada blog ini.

Untuk pengetahuan anda, bandwidth untuk blog ini sudah hampir ke tahap maksimum pada bulan April lepas, hoho. Jadi, saya senyap saja (buat kerja2 admin juga akan menggunakan bandwidth). Saya biarkan saki-baki bandwidth untuk anda semua melayari dan membaca blog, sambil menunggu bulan April berlalu dengan segera..

Alang2, saya cerita tentang bandwidth kali ini. Sekadar berkongsi salah satu perkataan yang sering kali digunakan, bandwidth :)

Apa itu Bandwidth

Bandwidth adalah unit untuk mengukur bilangan data atau maklumat yang dihantar dalam satu jaringan (network) dalam tempoh masa tertentu. Selalunya dalam unit bit sesaat (bit/s) atau kbps – sumber dari www.netnw.net.uk/jargon.htm

Dengan kuasa internet, saya dapat berhubung dengan anda semua hanya melalui komputer. Begitu juga dengan anda. Dengan internet, pertukaran data atau maklumat antara komputer mudah berlaku. Mungkin ada yang berkata, saya tidak berhubung secara terus pun dengan anda, hanya membaca blog ini saja.

Sebenarnya, blog ini juga berada di dalam komputer, cuma bukan seperti yang selalu kita guna, iaitu di server. Untuk memastikan anda semua (tak kiralah di mana anda) boleh membaca blog ini, saya telah menyewa sedikit ruang dalam server. Inilah yang kita panggil hosting. Bergantung kepada bayaran, setiap penyedia hosting telah menetapkan had penggunaan bandwidth pada setiap bulan.

Bandwidth akan digunakan sekiranya,

  • Membaca blog ini
  • Menulis komen di sini
  • Saya menulis artikel baru
  • Dan lain2 lagi

Kecurian Bandwidth

Kejadian mencuri bandwidth juga ada berlaku. Ini terjadi dengan proses hotlinking. Contoh hotlinking, membuat link secara terus kepada website orang lain. Katakan anda copy gambar dari sesebuah website, dan anda letak pula gambar pada website anda. Gambar itu masih ada link dari website terbabit. Dengan ini, bandwidth yang diguna pakai oleh pelawat website anda, telah menggunakan had bandwidth tersebut.

Contoh mudah, curi bandwidth ini, orang lain gunakan plug elektrik anda untuk gunakan laptop. Yang perlu bayar bilnya siapa? Anda bukan? Jika terlebih dari had penggunaannya, apa yang terjadi adalah, blog saya tidak akan dapat dicapai (Page cannot be found) sehinggalah, sama ada bulan baru menjelma, atau saya upgrade pelan hosting saya. Begitulah lebih kurang cerita tentang bandwidth ini.

PS: Saya tak kisah penggunaan bandwidth saya bertambah (bukan kerana hotlinking), kerana itu bermakna pelawat yang datang ke blog ini pun bertambah banyak :D Terima kasih kerana selalu membaca blog ini :) Bilangan pelawat setakat ini, telah mencecah 1000 orang sebulan :)

  • Blogger Post
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Messenger
  • Twitter
  • Hotmail
  • Facebook
  • Digg
  • LiveJournal
  • Technorati Favorites
  • Tumblr
  • Windows Live Favorites
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Surf internet di mana saja – celcom broadband
  2. Asas Website Siri 2
  3. Tips 8 – Gunakan free file hosting untuk upload fail dan hantar
  4. Susah ke buat website?
  5. Kisah Kirana berkongsi Streamyx
  6. Tips 29 – 4 kesilapan WaidaKmy..
  7. Asas Website Siri 1
  8. Apa “Press DEL to enter Setup” tu?

Comments

5 Responses to “Kisah bandwidth di waidakmy.com”
  1. paan says:

    Baper byk bandwidth akak dpt sebulan? cepat nyer abis..

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    biasalah langgan pakej paling murah hehe 500MB, cuba2 dulu..dah banyak trafik barulah upgrade :D

    Balas Komen Ini

  2. Admin Izyan says:

    wah.. thanks utk infonyer.. sy bru jer wat website2 nie.. ada jg panduan brguna nie.. nice

    Balas Komen Ini

  3. [...] Cubiex.com – Malaysia Affordable Domain and Web Hosting menawarkan pelbagai pakej web hosting mampu milik dan premium untuk individu serta syarikat [...]

    Balas Komen Ini

Kongsikan Pendapat Anda

Anti-Spam Protection by WP-SpamFree