Mencari bluetooth dalam laptop

by waidakmy on July 12, 2010
in Asas Komputer

Assalamualaikum dan Apa khabar? :)

Apa ada dengan gigi biru?

Ya. Blue tooth :D

Bluetooth adalah salah satu cara komunikasi gaya baru di antara dua alat. Ia termasuk dalam salah satu teknologi komunikasi tanpa wayar (wireless / wayarles).

Jika USB, itu berwayar kerana kita perlu sambungkan kedua-dua alat.

Dengan gigi-biru, kita hanya perlu pastikan kedua-dua alat memiliki teknologi ini. Kemudian, hidupkan sahaja bluetooth pada keduanya dan berkomunikasilah!

Kadangkala, alat kita, contohnya laptop, tiada fungsi bluetooth. Sama juga seperti telefon bimbit. Ia bergantung kepada jenis laptop atau telefon yang dibeli. Seperti Nokia 3310, ia tiada gigi biru, bukan?

Sekiranya alat kita tiada fungsi ini, kita boleh membeli perkakasan tambahan seperti ‘USB bluetooth adapter’.

“Menarik! Saya juga mahu guna fungsi ini! Tetapi…”

“Saya kurang pasti laptop saya ada atau tidak bluetooth.”

“Bagaimana saya boleh tahu laptop saya ada fungsi bluetooth?”

Ada dua cara mengetahuinya,

Satu.

Semasa beli, bertanyalah kepada penjual :) Atau, lihat pada spesifikasinya.

Kedua.

Buka ‘Network & Internet’ atau ‘Network Connections’ dari ‘Control Panel’. Sekiranya laptop kita ada, akan ada indikasinya seperti ‘Bluetooth Devices’ contohnya.

Lihat gambar penuh tulisan Killer Tech Tips di sini.

Ketiga.

(Saya guna cara ini kerana saya lupa ada atau tidak bluetooth dalam netbook saya.)

Saya google perkataan ‘Bluetooth’ bersama nama model netbook saya untuk mencari spesifikasinya. Jadi, boleh cuba :)

Jumpa lagi!

Wassalam.

-WK-

  • Blogger Post
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Messenger
  • Twitter
  • Hotmail
  • Facebook
  • Digg
  • LiveJournal
  • Technorati Favorites
  • Tumblr
  • Windows Live Favorites
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Apa itu Driver ?
  2. Tips 11 – awas pengguna laptop!! mana anda selalu letak laptop?
  3. Tips 34 – Sambung external monitor pada laptop
  4. Nak beli laptop ke desktop?
  5. Apa yang perlu difikirkan sebelum membeli laptop?
  6. Pernah dengar Windows ME?
  7. Rutin selenggara laptop?
  8. Kerja pertama sebelum memilih laptop atau desktop

Comments

2 Responses to “Mencari bluetooth dalam laptop”
  1. ardzham says:

    Pada mulanya saya tak kisah sangat tentang bluetooth ni sebab cuma guna henset zaman batu yang tentu tak ada bluetooth. Pada suatu hari ada kawan nak salin video dari smartphone dia, kabel usb tak ada, card reader saya tak bawa, saya mula fikir bluetooth. Cari pun ya cari tak jumpa pulak bluetooth kat laptop saya dan saya sendiri pun tak pasti samada laptop saya ada bluetooth atau tidak.

    Seorang teman juga menghadapi masalah yang sama dan bertanya kepada saya. Waktu itu saya pun tak tahu. Terima kasih kerana post ini dapat membantu. saya dah periksa, laptop saya memang tak ada bluetooth…

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @ardzham, benar Tuan. Samalah kesnya dengan saya. Dahulu, tidak berapa kisah juga. Namun, sejak kabel telefon bimbit saya ada masalah, salah satu cara pindahkan fail melalui Bluetooth. Namun, saya tidak sedar saya membeli laptop tanpa Bluetooth. Huu..

    Balas Komen Ini

Kongsikan Pendapat Anda

Anti-Spam Protection by WP-SpamFree