Program Penting Yang Harus Ada

by waidakmy on November 18, 2009
in Asas Komputer

Assalamualaikum dan Apa khabar? :)

Dalam artikel lepas, saya mengulas apa program yang wajib ada dalam komputer. Kali ini, mari kita ulas pula program tambah nilai yang boleh dipasang dalam komputer. Iaitu, yang termasuk dalam tahap 2 (penting).

Program Tahap 2 Atau 3?

Perkara ini sangat subjektif. Jadi, mana-mana program yang tidak masuk dalam tahap 2, masuk dalam tahap 3 lah ya? Saya rasa, ramai yang faham, fail apa yang saya maksudkan :) Apa lagi yang memenuhkan komputer kita kalau bukan game dan filem. Tetapi, okay juga, kerana bila kita ingin kosongkan harddisk, ‘attack’ saja fail tahap 3 ini dulu. Lebih mudah…

Untuk memudahkan pemahaman, saya ulas mengikut stail penggunaan yang major, “Mini yang Mudah” (baca penerangan di sini). Namun, ia tetap boleh diubahsuai mengikut apa yang anda rasakan penting.

Tahap 2 (Penting)

Program yang dirasakan penting, dan menjawab apa tujuan kita membeli komputer.

a) Program Keperluan Pejabat

Ramai yang membeli komputer kerana inginkan fungsi ini. Dengan kata lain, ini adalah program yang membolehkan anda menulis, membuat jadual & carta alir, membuat ‘presentation pack’ dan pelbagai fungsi pejabat lain. Yang sangat popular adalah program Microsoft Office. Namun, ada juga perisian sumber terbuka (open source) yang percuma seperti Open Office. Kadang-kadang, tidak diberi sekali ketika membeli komputer (bergantung kepada pakej).

b) Program Pembaca Format

Program untuk membaca format fail seperti gambar (jpg, gif, png, tiff), filem (avi, mov, wmv), lagu (mp3, wma), archive (zip, rar), PDF dan lain-lain lagi. Ia jadi penting bila kita ingin buka fail itu. Apatah lagi, jika ingin work on it! Kebanyakannya percuma. Cuma perlu dimuat turun dari Internet.Yang berbayar biasanya ada fungsi tambahan seperti mengedit.

c) Program Editor

Berlainan dengan di atas, program jenis ini boleh membaca, dan dalam masa yang sama, boleh mengedit format fail itu. Lebih menarik, ada yang beri kita menambah pelbagai efek khas. Antaranya, program gambar popular, Adobe Photoshop. Jika untuk bunyi, antaranya SoundForge. Harganya pun boleh tahan mahal…

(Eh, jangan kata saya suruh beli program di atas. Jika setakat edit biasa-biasa, pakai yang percuma sudahlah. Seperti GIMP atau Photo! Editor. Katakan Ya kepada perisian sumber terbuka!)

d) Program Berkaitan Internet

Tiada saja program kategori ini dalam komputer, ramai yang akan mengeluh rasanya. Apa saja yang berkaitan Internet, termasuk dalam kategori ini. Antaranya browser (Firefox, Opera, G. Chrome, IE), program FTP untuk mengurus fail-fail di hosting (FileZilla), dan tidak lupa juga program Chat. Jarang sungguh saya lihat komputer yang tiada Yahoo Messenger, Skype, Google Talk, dan macam-macam lagi :)

Seperti biasa,

Ruang Tanya Pembaca

“Ada lagi kategori program komputer tuan/puan rasa penting?”

Jumpa lagi!

-WK-

  • Blogger Post
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Messenger
  • Twitter
  • Hotmail
  • Facebook
  • Digg
  • LiveJournal
  • Technorati Favorites
  • Tumblr
  • Windows Live Favorites
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Buat Apa Selepas Beli Komputer
  2. 4 format burn yang perlu difahami
  3. Tips 13 – kurangkan program yang running masa startup
  4. Tips 6 – Pindah program ke program lain, tak klik taskbar
  5. Tips 17 – 8 kekunci keyboard yang anda patut gunakan!!
  6. 7 perisian yang WAJIB ada!!
  7. Tips 36 – Apa program MS Office paling kurang dipakai?
  8. [Video] Buang Program Masa Startup

Comments

6 Responses to “Program Penting Yang Harus Ada”
  1. mohamad khamis says:

    salam kak..

    bagaiman pula sekiranya B – ‘Gempak’ yang canggih dengan C – ‘Mobile’ yang sibuk bergabung..Apa keperluan sesebuah PC tu?

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @mohamad khamis, Waalaikumussalam. Maaflah lambat membalas. (Lama berfikir bagaimana mahu balas)

    Mencabar soalan Mohamad Khamis ini…

    Bagi sayalah, jika kategori B ingin bergabung dengan C, boleh. Tapi perlu ada duit yang banyak (bergantung kepada berapa tinggi spesifikasi untuk B). Ada laptop yang khas untuk memenuhi keperluan kategori B. Tapi sangat mahal… (lebih kurang RM10k)

    Balas Komen Ini

    mohamad khamis Reply:

    @waidakmy,

    xpa…hehe :)
    bererti dah standard ngan PC MAC la tu kalau 10k..
    kena simpan duit la nampaknya ni..hehe

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @mohamad khamis,

    Ini target mahu beli Macbook ya? Kalau ya, simpan-simpan duit banyak-banyak :D

    Balas Komen Ini

  2. PakNik says:

    Salam,

    Dalam pengalaman PakNik memperbaiki komputer pelanggan, kebanyakan pengguna komputer amat jarang sekali melakukan perkara di bawah :

    1. Buang temporary files ( browser cache, *.tmp dan sebagainya )
    2. Jarang yang ‘defrag’ harddisk mereka.

    Untuk membuang temp files, sepertimana yang waidakmy dah tahu banyak aplikasi percuma yang boleh digunakan seperti CCleaner, GlaryUtilities, Dustbuster dan lain-lain. Dengan membuang temp files ini bolehlah kita kurangkan ’semak’ dalam PC dan menambahkan storan kita.
    Berkenaan dengan defrag harddisk, PakNik rasa perkara ini penting sebab setelah sekian lama menggunakan komputer, pengguna pasti dapat merasai sendiri kadang-kadang komputer mereka menjadi lembab! Untuk ini mereka boleh gunakan Auslogic,
    Piriform Defraggler dan banyak lagi aplikasi percuma seumpamanya.

    Sekadar berkongsi pengalaman PakNik sahaja.

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @PakNik, terima kasih kerana berkongsi :)

    Benar, saya juga perasan 2 perkara seperti yang PakNik sebutkan di atas. Ramai juga yang tidak mengamalkannya. Sayang sekali…

    Oh ya, saya juga amalkan mengemas temp file kerana tidak mahu apa-apa maklumat di dalamnya disalahguna. (Mungkin saya yang paranoid, namun saya tetap berhati-hati :D )

    Balas Komen Ini

Kongsikan Pendapat Anda