12 Blog Komputer Anda Patut Tahu

by waidakmy on April 16, 2009
in Blog Komputer

Salam dan Apa khabar? :)

“Sharing is caring”. Jadi, dalam post kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda artikel-artikel menarik yang anda boleh jenguk pada blog-blog komputer yang saya senaraikan di bawah. Enjoy!!

Tiada keistimewaan dalam turutan di bawah. Ikut suka hati saya saja. Begitu juga dengan bilangan artikel yang dimuatkan bagi setiap blog

1. JomPHP.com

Cara Membuat Wifi HotSpot Di Rumah

Sesuailah bagi mereka yang teruja untuk pasang WiFi sendiri di rumah, setelah baca cerita saya tentang WiFi tempoh hari ;)

10 Tips Untuk Pengguna Blogger Baru

Bagus untuk mereka yang baru saja daftar blog dengan Blogger. Bagi yang dah selalu guna blog di Blogger, cubalah tengok sama. Manalah tahu ada yang anda terlepas pandang

2. SembangKomputer.com

2 kata kunci yang saya rasa sentiasa menjadi carian di Google, iaitu format komputer dan tips lajukan komputer. Jawapannya ada dalam 2 artikel di bawah ini

Install Windows XP

Cara-Cara Lajukan Windows XP

3. Amanz.my

Blog ini berkisar isu-isu terkini dalam dunia komputer, IT dan games. Antara 2 berita yang agak baru jugalah

Pengasas Skype Mahu Beli Skype Semula

Internet Explorer 8 mula diedarkan

4. Melayubuntu

Blog ini banyak mengulas tips dan tutorial tentang Linux (secara spesifiknya Ubuntu mungkin..itu sebab nama dia Melayubuntu agaknya heh)

Emm..mungkin ada yang blur apa itu Ubuntu dan Sumber Terbuka, jadi boleh tengok artikel di bawah yang ditulis oleh pemiliknya

Semua Tentang Ubuntu

5. MyWindowsXP

Saya tertarik dengan salah satu artikel ini, sebabnya saya sering dapat buzz tentang mesej Acai pills akhir-akhir ini daripada kawan-kawan YM secara tiba-tiba. Sama yang saya jangkakan, mesej sebegini adalah worm dan dihantar tanpa orang itu sedar pun. Tetapi, saya silaplah, terlupa pula nak beritahu mereka. Malangnya, saya dah lupa siapa kawan-kawan saya yang beri mesejĀ  itu huhu

Yahoo Messenger worm? Pernah dapat mesej ini?

Tukar password YM anda jika mangsa worm

6. DilarangMelarang.com

Saya pun tak berapa pasti kenapa namanya DilarangMelarang.com heh. Sila ajukan pertanyaan anda kepada pemiliknya, En. Marzuki

Antara kekurangan Blogspot (atau blog percuma) adalah pada design layout blog, terutamanya bagi mereka yang tidak mahir bermain-main dengan kod HTML. Mungkin, ada yang tidak tahu layout blog Blogspot boleh ditukar jika tahu caranya. Maka, terpaksalah gunakan layout yang sedia ada. Jika ingin menukar layout blog, mungkin artikel di bawah boleh membantu anda

10 Layout Menarik Untuk Blogspot

7. KillVearn.com

Warna merah hitam dengan gambar headernya (ulat ke tu?) memang menarik hati saya. Tengok gambar ‘Who Am I’, saya teringat pula pada anime ‘MAR’, tetapi, watak dalam ‘Dragon Quest’ rupa-rupanya

Kalau saya pernah kongsikan cara sembunyikan folder rahsia, cara KillVearn sorokkan fail rahsia lebih cool, tetapi satulah kekurangannya. Sebabnya, saiz gambar itu akan jadi sangat tidak logik, jika anda sembunyikan fail yang besar :P

Sorokkan fail rahsia anda dalam gambar

8. KedaiGambarKu

Update 29 Jun 2010: Blog ini tidak lagi beroperasi. Harap maklum.

Blog KGK ini banyak berkongsi tentang tips dan tutorial photoshop. Serasa saya, pernah ada yang bertanya pada saya melalui emel jika ada blog tutorial Photoshop dalam bahasa melayu. Jadi, nikmati 2 tutorial Photoshop di bawah

Bagaimana masukkan gambar ke dalam Photoshop

Letak efek klasik pada gambar

9. AnjungPC.com

Saya bersetuju dengan pemilik blog ini. Walaupun memang seronok shopping di Internet, tetapi sentiasalah mengambil langkah berjaga-jaga. Oh ya..berjaga-jagalah juga dengan serangan Virus Conficker ini

Kedai Online: Yakinkah Anda?

Serangan Conficker Untuk Windows

10. CekapKomputer

Tips yang mudah dari pemiliknya, juruteknik komputer dari Sabah. Namun, sila berhati-hati apabila ‘bermain’ dengan elektrik. Jangan sampai terkena kejutan elektrik pula. Ada seorang ini pernah berpesan pada saya,

“In electricity, never assume”

Tips Periksa Power Supply Anda

11. Azumass.com

Didiklah diri anda dengan 5 sumber virus dan rakan-rakannya, supaya komputer anda tidak selalu diserang virus.

“Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati?”

5 Cara Virus, Spyware, Malware Serang Komputer

Jika kita berjaya mengurangkan risiko diserang virus, risiko untuk terkena Blue-Screen-On-Death pun akan berkurang kerana virus juga antara penyebab BSOD

Punca dan Bagaimana Blue-Screen-On Death Terjadi

“Mana pula blog yang ke-12?”

Blog komputer ke-12 yang anda sedang baca inilah ;)

Tambahan 12:59pm 18 Apr 09 :

Boleh baca lagi satu blog ini tentang komputer :) Sedikit teknikal mungkin kerana iniĀ  memang bidangnya dan dipelajari secara formal lagi, iaitu TMUkmkd. Blog ini bernama

Ada Masalah Baru Nak Cari

Antara artikel yang menarik ditulis K yang mengulas salah satu topik saya. Siap ada markah-markah lagi :P

Laptop Vs Desktop

(Maafkan saya jika ada blog yang tertinggal ya. Memang tidak mampu untuk saya review semua sekali)

-WK-

PS: Akhirnya, siap jua. Penat juga nak review 11 website sekaligus

PS: Tak perlulah saya screenshot semua website ya? Ada kelainan sikit berbanding tag blog-blog komputer lain bukan?

PS: Huhu..Maafkan saya. Komen saya di artikel lepas mengelirukan. Saya pun tak tahu pula task menulis dalam 31DBBB hanya seminggu sekali heh.. Maaf jika buat anda semua ternanti-nanti artikel terbaru saya..

  • Blogger Post
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Messenger
  • Twitter
  • Hotmail
  • Facebook
  • Digg
  • LiveJournal
  • Technorati Favorites
  • Tumblr
  • Windows Live Favorites
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Tips 3 – bolehkah PC anda dikategorikan selamat?
  2. Tips 18 – jaga-jaga dengan virus cinta!
  3. Tips 35 – Apa yang anda boleh buat bila dijangkiti virus?
  4. Tips 17 – 8 kekunci keyboard yang anda patut gunakan!!
  5. Cara Backup Fail Dan Database Blog
  6. Tak perlu risau dijangkiti virus
  7. Tips 7 – Scroll document cara mudah, tak sakitkan tangan
  8. Apa pengalaman pertama anda dengan komputer?

Comments

36 Responses to “12 Blog Komputer Anda Patut Tahu”
  1. Dekan says:

    Tq for da review.. :)

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @Dekan, sama-sama. thanks juga untuk review di blog :)

    Balas Komen Ini

  2. Bagusla….banyak rujukan….dan setiap blog saling mempromosi antara satu sama lain…..

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @hazman aka species1980, heh. siapa yang mulakannya, saya pun tak pasti. tapi, oklah ada yang buat. ada juga yang saya baru tahu

    Balas Komen Ini

  3. Kill-Vearn says:

    salam.. thanx 4 the review yg pjg… mmg lain dari yg lain… terbaik dari ladang..

    baru on9 n baru perasan…

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @Kill-Vearn, “terbaik dari ladang” macam iklan susu pula..sama-sama..terima kasih juga untuk review :)

    Balas Komen Ini

  4. MK says:

    Tema kaseh untuk reviu… :)

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @MK, sama-sama :)

    Balas Komen Ini

  5. apiz says:

    thanks utk review… sory sbb x fhm sbb ape ko komen2 kali kat blog aku

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @apiz, sama-sama. owh..itu dinamakan pingback :)

    Balas Komen Ini

  6. Thanks coz buat senarai bblog-blog komputer untuk info.. Hakikatnya memang banyak lagi ilmu komputer yang perlu kita pelajari dan terokai.. hehe

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @Internet Dan Komputer, heh..sama-sama :) memang banyak pun sebenarnya..lagi-lagi bab-bab teknologi kan..sentiasa update

    Balas Komen Ini

  7. HOT ZOOM says:

    Salam,
    Semua tu dah tersenarai dalam blog HOT ZOOM
    http://zoompanas2.blogspot.com

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @Hot Zoom, wassalam :) terima kasih kerana senaraikan semua blog ini di blog anda..

    Balas Komen Ini

  8. Marzuki says:

    dilarang melarang, wakaka. mekasih sbb link.

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @Marzuki, sama-sama heh..apa kata sambung tag ini ;)

    Balas Komen Ini

  9. @LiYaNNuaR says:

    salam kenal… terima kasih sudi berkongsi…

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @LiYaNNuaR, selamat berkenalan jua :)

    Balas Komen Ini

  10. zahari says:

    Saya sangat suka dengan cara WaidakMy menulis. Teruskan usaha anda. Saya juga telah link ke blog saya di http://blog.mindasys.com.my

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @zahari, terima kasih atas komen zahari. Insya Allah akan saya teruskan. Terima kasih jua atas link yang telah diletakkan :)

    Balas Komen Ini

  11. Salam,

    Terima kasih bnyk kongsi ilmu komputer yg
    begitu bnyk dan percuma plak tu :)

    Ya saya baru first tiem datang sini itu pun
    melalui blog bro MK.

    Ape pun saya akan jd pengunjung setia
    utk masa akan dtg sbb belum habis belajar
    lagi kat blog ni…

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @Wira DuniaMoto, wassalam. sama-sama :) tak apa..yang penting ilmu tu bermanfaat pada semua..selagi ada kudrat, Insya Allah akan saya teruskan..aminn heh

    Balas Komen Ini

  12. aiereast says:

    Wah….. banyaknyer, tapi ok gaks. sekurang-kurangnyer ada juga manfaat untuk kita bersama. terpulang untuk kita memilih mana yang kita minati. trima kasih sis untuk info yang bagus nie : )

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @aiereast, yup..pilihlah yang mana yang sesuai..jangan information overload sudah :P

    Balas Komen Ini

  13. cyberfly says:

    thanks for the review ;)
    hehehe jomphp la yg mulakannya ;)

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @cyberfly, sama-sama..thanks for the review too :) terima kasih juga sebab mulakannya :D

    Balas Komen Ini

  14. pak_aen says:

    Terima kasih kerana review blog saya. :)

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @pak_aen, sama-sama :)

    Balas Komen Ini

  15. azhar says:

    Blog yang saya jumpa ni sangat membantu dan
    sangat-sangat baik hati, banyak info berguna yang boleh dapat percuma.
    moga ALLAH beri rezeki yang melimpah pada pengendali blog ini
    wassalam

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @azhar, terima kasih :)

    Balas Komen Ini

  16. adie says:

    saya sangat suka laman ini .banyak tipsyang kita boleh belajar
    .he3terutamanya tentang komputer.tambahan kpula karang adie da tahap tiga it,so maklumat seperti nin adalah sangat penting

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @adie, Tuan suka. Saya lebih suka! :) Tahap tiga IT itu apa ya Tuan?

    Balas Komen Ini

  17. mariani says:

    Salam….
    Terima kasih…byk ilmu yg berkaitan dgn komputer saya dpt dr sini.

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @mariani, Waalaikumussalam :)

    Sama-sama. Saya juga suka mendapat pembaca seperti Cik Puan yang berminat tentang ilmu komputer.

    Balas Komen Ini

  18. Buat says:

    Thanks for sharing=) Tapi ada link dah expired la, contoh cam kedaigambarku.. eheh

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @Buat, terima kasih kerana memberitahu. Saya akan maklumkan ia sudah tidak beroperasi lagi.

    Balas Komen Ini

Kongsikan Pendapat Anda

Anti-Spam Protection by WP-SpamFree