Apa itu Speed Test?

by on May 23, 2010
in Asas Internet

Assalamualaikum dan Apa khabar? :)

Uji Kelajuan Streamyx

Uji kelajuan Internet saudara sekarang!

Speed Test

Artikel ini bukan ditujukan kepada individu yang ingin tahu kenapa internet mereka perlahan. Sebaliknya, saya ingin berkongsi apa yang kita boleh ketahui selepas melakukan ujian ini.

Speed test ini kita lakukan apabila ingin menguji kelajuan Internet yang kita perolehi. Sekurang-kurangnya kita tahu adakah apa yang kita dapat itu sama seperti yang kita bayar. Andai kata hasil ujian itu kurang 50 – 70% dari kelajuan sepatutnya, kita boleh memaklumkan kepada penyedia Internet, baik Streamyx, Celcom, Maxis atau Digi Broadband dan lain-lain.

Hasil Ujian Speed Test

Mari kita lihat hasil ujian yang saya buat dalam gambar di atas.

Download: 0.82 Mb/s

Upload: 0.39 Mb/s

Ping: 42 ms

Dari keputusan di atas, didapati download speed adalah 0.82 Mega bit per second. Upload speed pula sekitar 0.39 Mega bit per second. Ping pula selama 42 mili second.

Download Speed

Ini adalah kelajuan yang diperolehi semasa download, iaitu 0.82 Mb/s. Maksudnya, sebanyak 0.82 mega bit atau 820 kilo bit data telah dihantar dalam masa satu saat.

(Nota: Satu saat ditunjukkan dengan /s atau ps dalam Mbps atau Mb/s)

Kelajuan Streamyx yang saya langgan adalah: 1Mb/s

Mari kita kira peratusan penurunan 1Mb ke 0.82Mb seperti di bawah.

Peratus = [(1 - 0.82) / 1 ] x 100 = 18%

Dari kiraan di atas, penurunan adalah sebanyak 18%, oleh itu, kelajuan yang saya perolehi cuma 82% dari kelajuan sepatutnya.

Ini adalah normal. Jika saya cuma mendapatnya separuh dan ke bawah, itu tidak normal.

Upload Speed

Ini adalah kelajuan ketika upload, iaitu 0.39 mega bit dalam sesaat.

Mengapa kelajuannya sangat kurang berbanding download, adalah kerana rata-rata kita semua lebih banyak download dari upload (seperti yang diceritakan di sini).

Artikel di situ juga menyebut, apa yang disediakan sudah memenuhi keperluan kita sebagai pengguna biasa. Lainlah, jika kita ini pengguna komersial atau bisnes.

Ping

Ping adalah sela masa yang diukur dari server di Internet ke komputer Tuan Puan.

Dari data di atas, kita boleh simpulkan, masa yang diambil dari server di Internet ke komputer saya adalah 42 mili second atau mili saat.

Apabila nombornya lebih besar, masa yang diambil untuk sampai ke komputer kita dari server adalah lebih lama. Dan, lebih banyak data hilang dalam perjalanan.

Maklumat lanjut boleh dibaca di sini.

Semoga apa yang saya kongsikan membantu Tuan Puan! :)

Wassalam dan jumpa lagi!

-WK-

Internet dan WiFi di WK

by on March 21, 2010
in Asas Internet

Assalamualaikum dan Apa khabar? :)

Sedikit mod diam ketika ini.

Juga sibuk membeli belah di Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC. (Buat pencinta buku, jangan lepaskan peluang untuk datang!)

Sedikit pesanan buat pembaca blog Wanita & Komputer, pastikan emel yang dimasukkan betul sebelum klik butang ‘send’ di page hubungi saya ya? Sayang benar jika balasan mesej saya tidak sampai kepada Tuan Puan kerana maklumat emelnya salah.

Buat Airin dan pembaca blog ini yang ingin mendapatkan kemudahan WiFi di mana-mana, artikel saya di bawah ini istimewa untuk Tuan Puan. Artikel lama yang pernah saya tulis dahulu, tetapi masih berguna!

1 – Apa beza WiFi dan Wimax?

Bunyi yang seakan-akan sama tetapi tidak serupa :)

http://waidakmy.com/teknologi/apa-itu-wifi-dan-wimax/

2 -WiFi-kan Streamyx

Bagaimana berkongsi Internet yang kita langgan? Contoh Streamyx. Aplikasi WiFi juga ada dikongsikan di sini.

http://waidakmy.com/teknologi/kisah-kirana-berkongsi-streamyx/

3 – Peralatan untuk WiFi-kan komputer kita

Ada yang bertanya apa yang diperlukan untuk detect WiFi di laptop atau desktop. Artikel ini khusus untuk Tuan Puan!

http://waidakmy.com/teknologi/apa-yang-kirana-perlu-untuk-wifi-kan-streamyx/

4 – Lindungi WiFi daripada di’curi’.

Jangan diabaikan aspek sekuriti WiFi kita. Salahkan diri kita sendiri, jika WiFi kita di’tumpangi’ orang :)

http://waidakmy.com/teknologi/bagaimana-melindungi-wifi-anda/

Oh ya, baca juga komen bernas rakan-rakan pada setiap artikel. Berguna dan memberi nilai tambah kepada Tuan Puan!

Semoga membantu apa yang saya kumpulkan ini. :)

Jumpa lagi (di Pesta Buku mungkin?)

-WK-

Tutorial: Cari Lokasi Dengan Google Maps

by on March 7, 2010
in Asas Internet

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera! :)

“Kita tetap boleh sampai, cuma cepat atau lambat sahaja.”

Ini kata-kata seorang sahabat ketika kami sedang ber’pusing-pusing’ (baca: sesat) dalam perjalanan dari Setapak ke Damansara.

Saya akuinya.

Di Kuala Lumpur ini, dengan papan tanda yang banyak (dan adakalanya mengelirukan), kita memang akan tiba ke destinasi akhirnya. Benar katanya, cepat atau lambat sahaja yang membezakannya.

Tambah saya kepada beliau, “Bayar tol pun banyak juga kalau sesat.”

Cara mengelak sesat cuma satu sahaja, iaitu baca PETA!

Baca Peta Dengan Google Maps

Kita boleh menggunakan kemudahan yang ada di Internet. Iaitu, Google Maps.

Google Maps Malaysia

1. Taip ‘Google Maps’ di Google.

2. Pilih ‘Google Maps Malaysia’ pada keputusan carian yang tertera.

Google Maps Malaysia

3. Taip alamat yang diingini, contoh ‘Menara Batu Kawan, Damansara’

4. Klik pada link yang paling relevan dengan tempat yang kita ingin pergi.

Menara Batu Kawan, Damansara

5. Klik ‘directions’ pada bubble seperti yang tertera di bawah.

Peta ke Menara Batu Kawan, Damansara

6. Satu kotak baru akan muncul di sebelah kiri browser. Masukkan alamat destinasi yang kita berada sekarang, dalam kotak A.  Dan klik ‘Get Directions’.

Lokasi Destinasi Pilihan

A – Destinasi asal

B – Destinasi tujuan

Mencari jalan pulang ke rumah? Terbalikkan saja destinasi A dan B dengan klik anak panah di sebelah kanan kotak.

7.  Apabila saya memasukkan ‘Setapak’ pada kotak A, ada 3 pilihan yang diberikan Google Maps, iaitu melalui Lebuhraya Sprint, Jalan Kepong atau Jalan Lang Emas. Klik pada pilihan yang kita inginkan.

Cadangan Laluan Dari Google Maps

8. Di bahagian bawah 3 pilihan tadi, ada ditunjukkan langkah demi langkah apa jalan yang kita boleh lalui untuk tiba di Menara Batu Kawan, Damansara.

Peta ke Menara Batu Kawan

Boleh juga melihat peta di sebelah kanannya.

Peta Google Maps Malaysia

Selamat menggunakan Google Maps!

Selain daripada Google Maps, kita juga boleh menggunakan Wikimapia.

Jumpa lagi!

-WK-

Tambah emel domain di Gmail

by on November 11, 2009
in Asas Internet

Assalamualaikum dan Apa khabar? :)

Ada sesetengah dari kita yang memiliki emel di domain, seperti contact@waidakmy.com (Contoh saja. Tidak wujud sebenarnya) selain daripada akaun di Gmail, Yahoomail dan lain-lain lagi. Kadang-kadang, agak melecehkan bila perlu login ke banyak akaun. Belum dikira lagi, kalau terlupa untuk semak hehe

Jadi, apa yang boleh dibuat untuk menyenangkan kerja, baru-baru ini, saya add-on akaun emel di domain kepada akaun di Gmail. Mudah saja langkah-langkahnya.

1-Login ke akaun Gmail

2-Klik ‘Settings‘ di bahagian kanan atas

3-Klik ‘Accounts and Import‘ pada menu yang dipaparkan

4-Pada bahagian ‘Check mail using Pop3‘, klik ‘Add POP3 email account‘.

5-Satu menu popup akan keluar. Isikan emel di domain yang ingin ditambah. Kemudian klik ‘Next Step

6-Di bahagian ini, ada beberapa konfigurasi emel yang perlu dimasukkan, seperti ‘Username‘, ‘Password‘, ‘POP Server‘ dan lain-lain lagi. Kebiasaannya, cukup sekadar memasukkan username dan password. Username dan password adalah sama seperti ketika mengakses di cPanel atau DirectAdmin

7-Kemudian klik ‘Add Account‘. Ia akan menyemak adakah betul maklumat yang diberikan. Jika tiada, ada ‘error’ yang akan dipaparkan. Mungkin username atau password salah. Jika ya, login ke akaun cPanel dan dapatkan maklumat yang sebenarnya.

Okay. Itu saja :) Mudah bukan? Selamat menggunakan fungsi ini!

-WK-

PS: Saya memang pencinta Gmail. Itulah sebab tutorial di atas untuk Gmail sahaja. Untuk YahooMail atau YMail, boleh rujuk tutorial ini.

PSS: Post ini diilhamkan oleh artikel di SembangKomputer. Maklumat bergambar ada di situ :)

Asas Website Siri 2

by on July 27, 2009
in Asas Internet

Salam dan Apa khabar? :)

Bagaimana dengan jawapan anda? Kena tepat pada sasarannya?

Tepat Pada Sasaran?

Kena atau Tersasar?

Kredit Gambar: Gare & Kitty

Jom sambung soalan ketiga dan keempat pula (Kuiz dan jawapan soalan 1 & 2)

3. Apa nama fail untuk muka depan website?

Index.html :)

Sebenarnya, tidak semestinya berakhir dengan .html. Ia boleh jadi index.php juga. Apa yang penting, ia mesti bernama index.

Cuba anda taip www.KitBlogging.com dan kemudian www.KitBlogging.com/index.html

Sama saja hasilnya bukan?

Jadi, muka depan website mesti bernama index supaya apabila ditaip www.AsasCpanel.com (contohnya), ia akan ada ‘sesuatu’. Bukan error ‘cannot be found’.

Soalan seterusnya…

4. Apa 3 proses dalam membina dan mengurus website?

Tentukan  design dan Isi kandungan, Masukkan Ke Internet, dan Kemas kini

Pertamanya, tentukan reka bentuk dan isi kandungan website. (Dengan WordPress, hanya perlu cari theme yang sesuai, tak perlu lagi reka sendiri).

Kedua, setelah website anda siap. Ia perlu dimasukkan ke Internet supaya orang lain pun boleh melayarinya. Jika tidak mahu membayar kos domain dan hosting, anda perlulah mencari yang percuma seperti freewebs. Tetapi, website adalah di luar kawalan anda. Bila-bila saja ia boleh ditutup.

Ketiganya, mengemaskini website. Jika berformat HTML, perlu kemaskini website di komputer terlebih dulu. Kemudian, perlu dimasukkan (upload) versi yang baru ke dalam Internet semula.

Leceh bukan? Bayangkan, kalau perlu dikemaskini setiap hari. Itu sebab saya suka perisian CMS seperti WordPress ini.

Bacaan Tambahan: Tips Bina Blog

Jumpa lagi!

-WK-

Next Page »