Selamat Berpuasa!
by waidakmy on August 10, 2010
in Coretan WK
Assalamualaikum dan Apa khabar?
Kami di blog WaidaKmy.com ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca WaidaKmy.com.
Dengan ini, saya mohon maaf atas kesilapan lalu, antaranya jarang update blog ini. Mohon ampunkan saya.
Semoga kita dapat mengambil kesempatan ini untuk beribadat sebanyak-banyaknya.
Amin!
-WK-
Sekitar kehilangan sebulan WK
by waidakmy on May 21, 2010
in Coretan WK
Assalamualaikum dan Apa khabar?
Alhamdulillah saya masih dikurniakan peluang berbakti di dunia yang sementara ini. Ke’hilang’an saya sementara dari blog kerana memberi laluan kepada kerja-kerja penulisan proposal novel. Semoga ia diterima dan bolehlah saya menulis novel!
Oh ya, ada baiknya saya buat penafian terlebih dahulu. Penulisan novel cinta bukanlah untuk saya. Insya Allah, saya akan menulis novel kanak-kanak dan remaja. Lebih menyeronokkan tulis genre selain genre cinta. Azam saya menyemarakkan sifat berdikari dan eksplorasi perkara-perkara baru ke dalam jiwa kanak-kanak dan remaja. Amin!

Jika ada sesiapa mengatakan novel dalam bidang sains dan teknologi belum ada di Malaysia, mereka silap
Ini buku tulisan seorang sahabat penulis, Umi Danial. Dengar cerita, buku Tim BEST: Eksperimen Ke-2 akan terbit tidak lama lagi.
Doakan saya berjaya! Amin…
-WK-
PS: Walaupun menulis novel, blog ini tetap akan saya update, Insya Allah. Entri ini sebagai pemanas enjin setelah berehat seketika selama sebulan.
Nota: Penulisan buku komputer terpaksa saya tangguhkan atas faktor-faktor tertentu. Jika ada rezeki, ia akan disambung pada masa hadapan, Insya Allah. Sementara itu, saya akan terus menulis di blog. Lebih mudah dan cepat menemui Tuan Puan semua
Salam Maulidur Rasul!
by waidakmy on February 26, 2010
in Coretan WK
Assalamualaikum dan Apa khabar?
Salam Maulidur Rasul buat sahabat-sahabat yang beragama islam. Dalam diam diam sudah sampai ke penghujung Februari. Jujurnya saya merasakan tidak sangka kita baru berada di bulan kedua dalam tahun Masihi ini kerana banyaknya aktiviti pada awal tahun 2010 ini.
Doa saya kita semua berjaya dalam apa jua yang kita rancangkan. Seandainya ia bukan seperti yang kita rancangkan, lapangkan dada. Mungkin apa yang kita idam-idamkan itu tidak semestinya yang terbaik untuk kita. Dan, apa yang kita bencikan itulah ubat paling mujarab buat kita.
Kisah Muhammad Bin Abdullah
Sedikit kisah Muhammad Bin Abdullah yang dipetik dari FB sahabat saya, Azzah,
Muhammad bin Abdullah | Seorang pengemis Yahudi buta sering memaki Muhammad. Namun Muhammad menyuapkan makanan kepadanya setiap hari. Selepas Muhammad meninggal dunia, Abu Bakar menggantikan tempatnya. Yahudi itu menyedari orang yang menyuapkannya itu berbeza. Abu Bakar memberitahu bahawa yang selalu menyuapkannya itu adalah Muhammad, dan Beliau sudah tiada. Yahudi itu menangis lantas masuk Islam.
Pertanyaan
Atas rasa sedar (dan malu kerana lama tidak update blog), saya ingin bertanya.
Mana yang Tuan Puan lebih suka?
A) Menulis dengan lebih kerap, tetapi pendek-pendek.
B) Menulis jarak-jarak, tetapi panjang.
Terima kasih! Dan, salam Maulidur Rasul.
-WK-
Sekitar Aktiviti WK Awal 2010
by waidakmy on February 15, 2010
in Coretan WK
Assalamualaikum dan Apa khabar?
Kata-kata seorang rakan FB di wall, “Cik Waida, apa artikel terbaru?”
Ringkas. Namun, menusuk kalbu. Tajam.
Tidak pernah terlintas di hati ini untuk mengabaikan blog ini. Ia tetap kesayangan di hati. Permata yang saya gilap dari 2007. Dan, tidak mungkin saya abaikan begitu saja.
Dan, kerana itulah saya cuba mengemaskini blog sebaik mungkin. Jika tidak menulisnya sendiri, saya usahakan juga menjawab soalan dari emel pembaca di blog. Kekangan masa waktu ini menuntut saya lebih selektif. Ia lebih bermanfaat jika saya membuat kerja 2 dalam 1.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa saya sibukkan akhir-akhir ini. Maka, saya kongsikan aktiviti-aktiviti saya sekitar bulan Januari dan Februari 2010
Januari 2010
1. Baca@LRT – Gelombang Pertama 16 Januari 2010

(Kredit kepada Nusantara Photography)
Membaca itu cool!
Gerakan rakyat (bukan kempen membaca) yang dipelopori 3 jejaka. Bermula dari angan-angan kosong, kini menjadi realiti. Kami merealisasikannya beramai-ramai pada 16 Januari lepas. Dan, akan melakukannya dengan skala besar pada 20 Februari ini.
Maklumat lanjut di Fan Page FB Baca@LRT.
2. Pra Secret Story (SS) di Learning Station – 17 Januari 2010

“Orang yang luar biasa akan sampai ke tempat yang luar biasa.”
Kurang 7 hari sebelum program Secret Story pertama, saya dan tim SS berjumpa Tuan Shamsuddin Kadir di Learning Station, Wangsa Melawati.
Learning Station, impian Tn SK supaya ia menjadi Learning Annex Malaysia. Dan, SS bakal menghiasi program di Learning Station. Khusus untuk orang dewasa belajar ilmu perlu dengan seronok!
3. Secret Story (SS) Rahsia Pertama – 23 Januari 2010

Ahli – ahli tim SS yang saya sayangi.
Dengan tagline ‘Seronok & Santai’, speaker jemputan, Cik Puan Azzah memilih untuk berkongsi tentang pilihan. Kata beliau, “Kita semua boleh memilih apa sahaja perasaan kita!”

Peserta Secret Story Pertama yang seronok dan santai!
Ketika entri ini ditulis, kami sibuk menguruskan SS Bulan Februari khusus untuk wanita, dengan topik “Rahsia Mengenalpasti Pasangan Ideal” dibongkar oleh Tuan Imran Yusuf, penulis buku cinta ‘Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah’. Maklumat lanjut di Fan Page FB Secret Story.
4. Bengkel KJ Metod – 24 Januari 2010

Pertama kali duduk di baris depan ketika bengkel.
Usai berkongsi rahsia di SS, esoknya saya ke bengkel penulisan kelolaan Puan Ainon pula. Berguru dengan sifu penulisan satu peluang keemasan. Tidak boleh dilepaskan. Ini cara menulis 2,3 buku serentak untuk buku non-fiksyen
5. Perjumpaan Penulis Editor – 30 Januari 2010

Semua khusyuk mendengar penjelasan editor PTS Pro, Tuan Irfan.
Berpeluang bertemu dengan staf PTS Profesional dan rakan penulis, satu perkara yang hebat! Apatah lagi menerima buku percuma terbitan PTS Pro, iaitu Siri Usahawan Cilik: Biskut Ajaib.
Februari 2010
6. Secret Story pagi, PTS Dolomite petang – 1 Februari 2010

Berbincang perjalanan Secret Story sepanjang tahun 2010.
Usai berbincang perjalanan setahun Secret Story, kami langsung ke PTS di Dolomite Business Park, Batu Caves. Berdiskusi beramai-ramai bersama editor, Tuan Irfan sesuatu yang tidak dapat dijual beli. Semoga buku kita semua juga akan ada dijual di situ tidak lama lagi. (Amin kepada saya dan Tuan Zulfadli, Cik Puan Norakmal dan Cik Puan Nazrah.)

Buku-buku di Galeri Jualan PTS, Batu Caves.
7. Kursus Pengucapan Awam Kreatif – 6 Februari 2010

Bakal pengucap-pengucap awam hebat!
Sejak dulu, saya berazam untuk membaiki stail pengucapan awam. Tidak lagi mahu diserang darah G (baca: gemuruh), saya datang ke kursus kelolaan Cik Puan Azzah. Satu kejayaan kecil saya pada hari itu, berjaya fikir topik dan isi on the spot.
Sesuai dengan kata seorang sahabat dalam bukunya, “Cipta kejayaan-kejayaan kecil sebelum menuju kejayaan besar.”
Dan, saya menulis entri ini dalam keadaan baru sahaja sampai dari menghadiri 2 kenduri di Johor.
Doa saya, “Biarlah Tuhan datangkan segala kesibukan daripada lapang tanpa arah. Amin.”
Bagaimana pula dengan aktiviti bulan Januari dan Februari Tuan Puan?
-WK-
Pengalaman Buruk Dengan Komputer
by waidakmy on January 4, 2010
in Coretan WK
Assalamualaikum Wbt. dan Apa Khabar?
Sengaja saya menanti datangnya tahun baru 2010 sebelum menulis sesuatu di sini. Dan, masih belum terlewat lagi untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca blog Wanita & Komputer, tidak kira di mana pun Tuan Puan membaca. Sama ada terus di blog WK ini, dari FaceBook, atau di Google Reader.
3 hari tahun baru ini telah pun saya mulakan dengan menulis. Insya Allah, saya ingin melunaskan impian memiliki buku fizikal tahun ini. Amin. Saya juga mendoakan Tuan Puan yang sedang membaca artikel ini, mencapai cita-cita 2010 mereka
Artikel kali ini, lebih kepada sembang-sembang komputer. Asyik saya sahaja yang berkongsi cerita dengan pembaca semua. Jadi, kali ini, saya ingin pula mendengar cerita dari pembaca semua.
Apa pengalaman manis atau buruk ketika berurusan dengan barang-barang berkaitan komputer? Membeli atau membaiki contohnya.
Saya akan kongsikan cerita salah seorang pembaca WK untuk tatapan Tuan Puan semua pada artikel akan datang
Saya juga ada cerita lama. (Sudah hampir-hampir lupa sebenarnya…)
1-Kisah WaidaKmy dan Grafik Kadnya
2-Kisah WaidaKmy dan Monitor pula
Jumpa lagi!
-WK-



