Misi 2010 WK

by on December 25, 2009
in Coretan WK

Assalamualaikum Wbt. dan Apa khabar? :)

Tahun 2009 hanya berbaki 5 hari lagi. Awal Muharam sudah pun menjelang 1 minggu yang lalu. Bagaimana dengan perancangan 2009? Adakah seratus peratus tercapai?

Merenung kembali matlamat 2009 saya pada Disember 2008 yang lalu, boleh dikatakan hanya suku tercapai. Tetapi, saya percaya apa yang berlaku tahun ini semuanya menuju ke arah yang satu. Cuma, saya yang belum berupaya menyambung titik-titiknya lagi. Sememangnya, hanya Allah jua Maha Mengetahui.

Aktiviti Sepanjang 2009

Boleh saya katakan, pelbagai perkara sudah berlaku dalam tahun ini. Saya namakan tahun ini tahun pembelajaran, tahun mengenal diri (refleksi), dan tahun perubahan. Insya Allah, tahun ini juga pemacu ke arah kejayaan yang lebih cemerlang untuk 2010. Bak kata salah seorang mentor, Tuan Shamsuddin Kadir,

Apabila kita memilih untuk tidak menjadi biasa, kita sebenarnya menukarkan diri kita dari memikir dan hidup cara biasa menjadi luarbiasa. Banyak gaya hidup kita dilihat sebagai luarbiasa, kerana kita tidak melakukan perkara yang biasa.

Tahun Pembelajaran

Tahun ini, tahun yang paling banyak saya sertai kursus. Ada berbayar, ada yang percuma. Namun, yang paling memberi inspirasi dan berkesan dalam hati adalah yang percuma dan paling minima kosnya. Saya tahu kini, yang penting adalah bukan pada harga, tetapi pengisiannya.

Kursus – kursus ini juga menemukan saya dengan orang-orang yang hebat. Puan Ainon dengan perjuangannya memandaikan bangsa. Tuan SK dengan perjuangannya membela dilema muslim. Tuan Zamri dengan brandentitinya. Tuan Haeqal dengan kegilaan membaca buku. Tuan Rohaizad dengan kesetiaannya pada blogging. Tuan Zulfadli dengan minat barunya pada nasi ayam penyet ( :D ) Juga kenalan-kenalan baru (terutamanya di FB) yang tidak mampu saya sebutkan kesemuanya di sini :)

Tahun ini tidak semuanya cerah. Pembelajaran paling besar juga datangnya dari kegagalan. Gagalnya saya dan tim Majalah IM mengekalkan penerbitan Majalah IM dalam bentuk PDF, memberi seribu satu pengalaman dan pelajaran. Namun, ia tidak akan terhenti di situ. Insya Allah, kami akan kembali! Maka, teruskan setia mengikuti kami di MajalahIM.com.

Tahun Refleksi Diri dan Perubahan

Jujurnya, saya letih dengan fenomena yang melanda Internet Marketer Malaysia. Seperti yang sering dibincangkan bersama dengan kenalan rapat, Internet Marketer bukan sekadar menjual ebook atau affiliate. Maka, saya senang sekali untuk mengurangkan aktiviti di forum terkenal IM Malaysia.

Bukan tidak lagi berminat dengan bidang IM, tetapi saya lebih suka jika dapat menggunakan konsep IM itu untuk perkara yang benar-benar membantu orang ramai. Bukan sekadar menghabiskan wang mereka, tetapi sesuatu yang memberi nilai tambah.

Refleksi diri juga mengingatkan saya kembali pada apa yang benar-benar saya minat. Iaitu, membaca dan menulis. Hatta, perkara pertama yang saya buat di Internet ini pun blogging di WaidaKmy.com. Justeru, tahun 2010, saya akan fokus pada aktiviti-aktiviti sebegini.

Aktiviti Sepanjang 2010

1-Penulisan Buku Komputer

Proposal sudah pun dihantar. Kursus sudah pun saya datang selalu. Aura penulisan pun sudah diperbaharui selalu. Yang tinggal, cuma manuskripnya sahaja. Doakan saya berjaya menyiapkannya. Amin. Saya juga memerlukan maklumat dari Tuan Puan tentang pengisian buku ini. Insya Allah, akan disusuli dalam entri 2010 nanti.

2-Perkembangan WaidaKmy.com

Alhamdulillah, WaidaKmy.com semakin berkembang walaupun sedikit demi sedikit. Saya senang sekali biar ia tidak berkembang menjadi terlalu mendadak. Biar kecil, tetapi berkesan. Yang penting, maklumat di dalamnya sampai kepada golongan sasaran dan berjaya menjadi ejen pengubah.

3-Penjenamaan Semula GrafikMaya.com

Tiada lagi servis minisite oleh GrafikMaya. Kini, servis utama GrafikMaya adalah rekaan header. Menyokong servis utama ini, saya juga menyediakan khidmat memasang blog WordPress di domain, dan customization tema WordPress. Customization tema di Blogger juga disediakan.

4-Kelahiran Secret Story – Seronok & Santai

Satu program gaya baru di antara training dan penerapan skil. Membuat peserta menjadi Leader, bukan Follower. Pembongkaran rahsia mampu membuatkan peserta mencerna idea-idea baru untuk diterapkan dalam kehidupan seharian Insya Allah.

5-Memeriahkan sudut kolumnis di 1SuperKids.com

Ini bakal menjadi medan saya mengasah skil penulisan dari non-fiksyen kepada fiksyen. Ia masih membawa tema yang sama, iaitu komputer. Semoga inovasi ini mampu membuatkan tema komputer lebih diterima ramai. Amin.

Projek-projek yang saya terlibat secara tidak langsung

6-Misi Kami Baca

Projek bersama Cik Puan Becky untuk memberi satu dimensi baru kepada dunia buku. Dengan tagline, “Buku Itu Seronok”, ulasan-ulasan buku berbentuk video atau cerita-cerita sekitar dunia buku akan dipaparkan di halaman utama Kami Baca, iaitu di FaceBook (FB). Cari kami di www.facebook.com/kamibaca

7-NiagaKit – Shopping Cart Cara Malaysia

Saya suka sekali untuk mengatakan NiagaKit, shopping cart dari orang Malaysia, khusus untuk orang Malaysia. Satu shopping cart cara mudah yang dibina oleh team Flarebiz.

8-Majalah IM -A True ComeBack

Insya Allah, jika tiada aral. Majalah IM akan kembali dalam bentuk PDF semula. Malah, mungkin lebih dari itu. Segalanya masih dalam bentuk perbincangan. Sementara itu, ikuti tip-tip Internet Marketing dari MajalahIM.com :)

Semoga projek-projek ini membawa Tuan Puan dan saya ke suatu dimensi baru. Kita semua sememangnya berupaya menjadi seseorang yang luar biasa dengan acuan kita tersendiri, Insya Allah.

Jumpa lagi di tahun 2010!

Wassalam

-WK-

Sekitar PC Fair KL 2009

by on December 4, 2009
in Coretan WK

Assalamualaikum wbt. dan Apa khabar? :)

Saya mengambil kesempatan berjalan-jalan di sekitar PC Fair Kuala Lumpur hari ini. Tiap-tiap tahun, tempatnya memang sama, iaitu di KL Convention Centre. Yang penting, ia lebih bagus berbanding tempat lamanya di PWTC. Lebih terurus dan teratur, walaupun sesak.

Kenapa saya ke PC Fair?

Tidak bercadang membeli apa-apa pun di sana sebenarnya. Sekadar memerhati perangai orang membeli belah. Sambil menemani rakan pejabat yang baru pertama kali ke PC Fair :)

Apa yang saya dapat dari PC Fair?

Pertamanya, pastilah brosur. Hampir setebal buku Magnet Diri (lihat gambar). Oh ya, saya tidak kunjung ke semua booth tadi :)

Koleksi Brosur PC Fair

Keduanya, ada sedikit perubahan pada susun atur tapak pameran. Yang ketara, barangan audio. Jika sebelum ini, berdentum-dentum audio dalam satu bilik khas. Kini, berdentum-dentum pula bersama-sama barangan lain. Mujur sudah hampir ke pintu keluar…

Ketiganya, ada free gift yang perlu dan tidak perlu. Ini strategi memikat pengunjung membeli. Ada satunya, jika membeli 8 Gig pendrive berharga RM55, dia bakal mendapat satu bekas mengisi pendrive. Ini khusus bagi mereka yang mempunyai banyak-banyak pendrive hehe. Yang menjadi persoalan saya dan rakan, bekas itu sebesar dompet. Kasihan dan terdiam sebentar jurujual itu, bila rakan saya berkata,  “Yang ini pun sudah cukup leceh dipegang” sambil menunjukkan dompet yang dipegang.

Keempatnya, ketemu dengan beg laptop seperti beg tangan perempuan. Menarik! Rekaannya juga tidak bosan. Sayangnya, saya tidak berani untuk ambil gambarnya. Takut dihambat pula penjualnya.

Kelimanya, strategi pemasaran gila-gila oleh hampir semua syarikat broadband. Apa yang kelakarnya, dalam dewan pertama, bilangan jurujual lebih ramai dari pengunjung. Ada satu ketika, mereka itu seperti benteng atau tembok yang harus dilepasi pula.

Keenamnya, tahu apa yang dicari sebelum membeli komputer atau laptop. Ketika berbual-bual dengan jurujual tadi, boleh dikatakan kebanyakannya bertanya 2 perkara. Satu, spesifikasi komputer yang dicari atau stail penggunaan komputer kita. Kedua, bajet.

Dan yang terakhir, bercakaplah dengan jurujual yang tahu apa yang dicakapkannya. Takut-takut lain yang dijanji, lain pula yang didapat. Sentiasa semak semula apa yang telah kita beli sebelum meninggalkan kedai

Akhir kata, selamat membeli belah di PC Fair terakhir dalam tahun 2009 ini. Biarlah, “alah membeli, menang memakai” :)

Jumpa lagi!

-WK-

WaidaKmy.com Re-design

by on October 28, 2009
in Coretan WK

Salam dan Apa khabar? :)

Saya sekadar ingin maklumkan WaidaKmy.com sudah berwajah baru. Dengan konsep, simple, feminin dan profesional dalam masa yang sama. (Hint: Buat tuan/puan yang membaca blog ini di reader, sila-silalah datang ;) )

Header WaidaKmy adalah hasil rekaan Najwa, salah seorang rakan kongsi dalam GrafikMaya.com, di mana saya juga terlibat sama. Selain daripada menyiapkan header WaidaKmy.com, GrafikMaya.com juga terlibat dalam proses re-designing blog KiddiesPyjamas.Blogspot. (Klik link untuk lihat!)

KidiesPyjamas DesignSalah satu skim warna yang diminta klien. Warna yang dipilih akhirnya, merah jambu juga hehe

Apa pendapat anda tentang design baru WaidaKmy.com?

-WaidaKmy-

Salam Aidilfitri

by on September 16, 2009
in Coretan WK

Salam dan Apa khabar? :)

Terima kasih pada yang telah mengucapkan ‘selamat berpuasa’ pada saya tempoh hari. Saya suka! Secebis ingatan tuan puan untuk saya, amat saya hargai :)

Dengan pemergian Ramadhan dan kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi, saya ingin memohon maaf andai ada tersalah kata dan terkasar bicara sepanjang tempoh perkenalan kita di alam maya ini.

Terimalah kad raya yang saya titipkan khas ini,

Kad Raya Pengganti Diri

Kad Raya Pengganti Diri

Selamat Hari Raya! Maaf Zahir Batin :)

Jumpa lagi!

-WK-

Coretan Bulan Ramadhan

by on September 2, 2009
in Coretan WK

Salam dan Apa khabar? :)

*sambil mengelap habuk-habuk digital yang memenuhi blog

Walaupun blog ini sudah berhabuk digital, saya masih hidup lagi (Alhamdulillah). Cuma ingin mengurangkan aktiviti mengadap depan komputer di bulan Ramadhan yang mulia ini (malas pun ada juga rasanya :P ). Jadi, memang akan berkuranglah kekerapan saya menulis artikel-artikel  komputer di blog Wanita & Komputer ini (dia pun puasa juga :D ).

Lagipun, andai anda juga seperti saya, yang bangun sebelum subuh, bergerak ke tengah KL seawal pagi (baca: sebelum pukul 7 pagi) untuk bekerja, mungkin anda merasakan masa dalam bulan Ramadhan ini memang cepat berlalu. Maka, seeloknya kita manfaatkan masa yang ada sebaiknya. Mana tahu, ini Ramadhan terakhir kita kan?

Di sini, saya juga ingin memohon maaf daripada semua pengunjung blog ini, andai ada kesilapan saya yang disengajakan atau tidak. Maafkanlah saya. Rasa-rasanya, saya antara yang terakhir ucap ‘Selamat Berpuasa’ agaknya. Tetapi, kita masih dalam bulan Ramadhan bukan? Jadi, saya tetap ingin ucapkan

Selamat Berpuasa!!

Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu kebaikan dan keberkatan untuk kita. Semoga apa saja amalan kita pada bulan ini berkekalan sehingga ke bulan seterusnya. Aminn..

Jumpa lagi! Wassalam

Terlupa pula,

“Selamat Berbuka!”

-WK-

PS: Emosi sikit. Biasalah, memang biasa berlaku pada hari-hari sebelum 3/9 :)

PSS: Kot-kotlah ada yang ingin menghantar kad raya kepada saya

« Previous PageNext Page »