Rancang dan gapailah apa yang anda mahu
by waidakmy on June 18, 2009
in Coretan WK, Motivasi
Salam dan Apa khabar?
Bahaya sungguh apabila tidak update blog lebih daripada 2 minggu. Mahu dapatkan kembali momentum untuk menulis memang berat. Beratnya bagaikan mahu memulakan langkah pertama setelah berada dalam zon selesa.
Saya teringat pula buku yang saya baca, “Who moved my cheese?” dan ternyatalah manusia memang kurang gemar perubahan yang jauh daripada kebiasaannya. Sedangkan, kita perlu berubah untuk terus kekal hidup dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Saya juga mahu begitu. Hidup yang bermakna dan seronok sekali untuk dikenang-kenang.
Membaca entri Catzer, juga mendorong saya muhasabah kembali cita-cita yang telah saya tulis di awal tahun dulu. Ringkasnya, ada yang dicapai, ada yang tidak. Ada yang tanpa disangka-sangka, muncul dalam hidup saya. Itulah kuasa Law of Attraction
Target 2009
1 – Blog Wanita & Komputer Yang Lebih Berkualiti, Lebih Ramai Golongan Pembacanya
Sasaran yang tercapai
- Bilangan pembaca meningkat
- Sudah 200 entri
- Ayat dan bahasa entri yang lebih matang
Ini antara target untuk blog ini, yang saya letak hujung tahun lepas. Mungkin tidak signifikan bagi anda, tapi ia signifikan bagi saya
Terima kasih yang tak jemu-jemu menyokong saya!!
Sasaran 6 bulan yang berbaki lagi
- Design baru yang lebih kemas (sudah pasti berwarna biru!)
- Susun atur entri yang lebih teratur
- Artikel dikategorikan dengan betul
- Gaya artikel yang pelbagai
- Bahasa artikel yang sesuai untuk pelbagai golongan
2 – Website Khas Untuk Tutorial Komputer
Saya telah scrap off projek ini di awal tahun lagi apabila mendapati ianya tidak begitu praktikal buat masa ini. Saya putuskan untuk sekalikan saja dengan blog utama ini. Cumanya, apabila melibatkan tutorial, ia agak memakan masa saya
Tak mengapa, saya akan usahakan 1 tutorial dalam 1 bulan (Senang je kan, waida..yosh!)
C) Menulis Buku Komputer
Masih dalam perancangan. Tidak mengapa, ada berbaki 6 bulan lagi untuk saya laksanakan, Insya Allah
Bagaimana dengan perancangan anda?
Saya tag rakan-rakan blogger saya di bawah untuk jawab soalan saya di blog anda
CikMal, Irfan, Zahari, TMUkmkd, Hazman, Fatin, Milsum
Wassalam
PS: GrafikMaya.com dah dilancarkan…



