5 Sebab Patut Baca Jom Faham Spesifikasi PC
Salam dan Apa khabar?
“Wah, sudah 8 hari rupa-rupanya tidak menjenguk blog sendiri”
Saya pun tidak sangka yang saya sesibuk ini dengan bengkel minisite tempoh hari dan juga kerja-kerja mengedit Majalah IM edisi Mei 2009 dan ebook PanduanCinta.com
Hampir-hampir terlupa pula saya tentang laporan terbaru saya
“Siri Wanita & Komputer – Jom Faham Spesifikasi PC”
Niat di hati mahu letak gambar untuk ganti e-cover yang tak sempat dibuat, tapi tak jumpa yang bersesuaian pula..
5 Sebab Kenapa Anda Perlu Baca Laporan Ini?
- Kurang faham apa itu spesifikasi komputer
- Susah untuk membeli komputer dengan sendiri
- Takut ditipu penjual
- Tak faham apa fungsi sesetengah komponen itu
- Saja mahu tambah pengetahuan
Nota:
Bagi anda yang ‘expert’, laporan ini bukan untuk anda
Tidak disyorkan download laporan Siri WK ini, kerana ia sememangnya tersangat ringkas
Jom Baca Laporan ‘Siri WK – Jom Faham Spesifikasi PC’ di sini
Jumpa lagi!
PS: Saya sedang menyertai cabaran 31DBBB, jadi ‘expect’ post yang kerap di blog ini Insya Allah
Update (9/4/09 – 7.31pm) : Ikut komen dari K, jadi saya panggil laporan ini ‘mini handbook’ sekarang. Kenapa mini handbook? Ia seolah-olah buku panduan yang anda boleh tengok bila-bila anda perlukannya
Macam buku resepi, bila mahu guna, baru buka
Update (10/4/09-12.52pm): Mini handbook ini bukan untuk recommend laptop kepada anda, tetapi untuk anda faham apa yang tertulis di sesuatu spesifikasi komputer. Jadi, laptop dalam mini-handbook itu sekadar contoh saja
4 Perkara Perlu Ada Untuk Shopping Online
Salam dan Apa khabar?
2, 3 hari ini kepala dan hati saya sakit dengan isu2 berbangkit, idea untuk menulis pun tidak ada..huhu..
Entri kali ini adalah ilham daripada pertanyaan seorang rakan sepermainan gamelan saya..Terima kasih Encik Z membantu selamatkan saya dari perlu memikirkan topik post
“Selalu ke kau beli barang online? Macam mana ek?”
Jadi lihat entri di bawah, 4 perkara yang anda perlukan untuk membeli belah secara online
4 Perkara Yang Anda Perlukan Untuk Beli Barang Online
1. Asas Komputer dan Internet
Ini wajib. Susah pula mahu membeli barangan di Internet, jika tiada asas komputer dan Internet. Mesti juga tahu menggunakan emel, kerana banyak penjual di Malaysia berurusan dengan emel
2. Akaun Internet Banking
Asasnya, ini adalah akaun bank juga (seperti yang anda biasa guna). Apa yang berbeza, kalau selalu anda tengok baki duit anda di ATM, jika ada akaun Internet Banking, anda boleh akses akaun anda dari Internet
Contoh: Maybank2u, CimbClicks
Bacaan Tambahan – Panduan Menggunakan Maybank2u dan CimbClicks (download fail pdf itu)
3. Pengetahuan Asas Sekuriti Internet
Jangan jadi terlalu naif dan percaya kepada semua orang di Internet
Perlu selidik tentang penjual terlebih dulu sebelum membeli. Di Internet, perkara paling penting adalah kredibiliti. Jadi, semaklah kredibilitinya
Juga jangan mudah percaya dengan emel yang mengatakan anda menang itu ini, atau emel dari bank
Ini semua SPAM atau emel tipu
Bacaan Tambahan – Mari Melawan SPAM dan Phishing
4. Kad Kredit/Debit atau Akaun Paypal
Ini tidak wajib jika anda hanya mahu membeli belah di Malaysia. Ia jadi penting jika anda mahu shopping di laman web luar negara
Ok lah, semoga 4 perkara yang saya telah senaraikan di atas bakal membantu anda mula membeli belah di Internat
Wassalam
-WK-
PS: Jika anda rasa, ada yang perlu ditambah..sila-silakan lah
Kerja pertama sebelum memilih laptop atau desktop
by waidakmy on January 18, 2009
in Panduan, Tips-Tips Komputer
Apa khabar?
Lambakan jenama komputer peribadi memang memeningkan lebih2 lagi ketika PC Fair. Namun begitu, bukanlah susah untuk memilih, kerana prosesnya sama saja seperti anda membeli baju (melainkan anda jenis yang main ambil saja baju di rak
)
Apa yang penting sekali dalam proses membeli komputer, anda mesti tentukan yang
Anda ini tergolong dalam kumpulan pengguna komputer yang bagaimana?
Ringkas kata, ada 3 jenis kumpulan pengguna komputer peribadi
Nama2 yang saya beri ini hanyalah rekaan saya semata2 . Jangan la pula anda Google, pasti anda tak akan menjumpainya di mana2.
A – ‘Mini’ yang mudah
Kumpulan jenis ‘Mini’ ini, penggunanya sering menggunakan komputer mereka untuk kerja2 komputer yang sangat asas, antaranya
- Menggunakan Office (Word, Excel, Power Point dll)
- Melayari Internet
- Editing gambar yang simple2
- Main game yang simple contohnya Solitaire, Zuma, DinerDash dll)
- Tengok cerita DVD atau CD
Pendek kata, mudah2 je penggunaan komputer mereka ini..
B – ‘Gempak’ yang canggih
Kumpulan pengguna ‘gempak’ ini pula, kerja pengkomputeran (computing) mereka banyak melibatkan grafik, bunyi atau animasi. Golongan pemain tegar game2 canggih (antara tanda game yang canggih adalah pada ketelitian grafiknya, contoh Dracula 3) juga termasuk kategori ini.
Kumpulan ‘gempak’ ini juga melakukan kerja2 yang sama seperti kumpulan ‘mini’
C – ‘Mobile’ yang sibuk
Bagi kumpulan ‘mobile’, mereka ini sering membawa komputer mereka ke mana2 saja mereka pergi. Maklumlah, mungkin mereka sibuk menguruskan kerja2 ofis, ataupun urusan bisnes Internet mereka. Pendek kata, orang dalam kategori ini, tidak boleh duduk diam di satu tempat, atau cepat bosan berada di satu tempat.
Kaitan 3 kumpulan itu dengan memilih komputer?
Bila dah tahu anda tergolong dalam kumpulan mana, barulah anda pilih sama ada nak membeli laptop atau desktop, kemudian tetapkan kriteria yang sesuai dengan kumpulan anda.
Contohnya – kumpulan ‘Gempak’ perlu fokus lebih pada processor, RAM, dan grafik kad.
Jadi, fikir2kan dalam kumpulan manakah anda?
‘Mini’ yang mudah?
atau
‘Gempak’ yang canggih?
atau
‘Mobile’ yang sibuk?
PS: Maaflah memeningkan anda dengan artikel ’3 dalam 1′ lepas
Tips 29 – 4 kesilapan WaidaKmy..
by waidakmy on May 19, 2008
in Panduan, Tips-Tips Komputer
Salam mesra semua
Maaf sebab post sebelum ini, mengambil masa yang lama (lebih seminggu tu, huhu). Banyak dugaan yang mendatang, semuanya dalam masa serentak. Memang menguji ketenangan saya sepenuhnya. Namun, banyak juga lah pengajaran yang saya dapat darinya. Yang penting, belajar dari kesilapan dan move on
Pengajaran paling berguna buat saya minggu ini. “Alah Membeli Menang Memakai” (Mahal pengajaran ini, sebab terbuang masa dan duit huu).
Anda kalau nak beli barang komputer, biarlah mahal sedikit asalkan elok, dan tidak buat hal di kemudian hari huhu. Jangan jadi seperti saya, sebab nak jimatkan RM200, rugi pula RM xxx + masa sekarang ini. (xxx sebab tak tahu berapa RM kena nanti hoho)
Sebenarnya, saya baru beli monitor LCD tahun lepas, dalam bulan 6. Jenama BenQ, dalam RM600++. Masa nak beli tu, sama ada beli BenQ Rm600++, atau Samsung RM800++. Biasalah kan, secara logiknya, mesti beli yang lebih murah, hoho.
Tapi, ini kesilapan saya yang pertama.
“Tak buat kajian, model apa yang nak dibeli terlebih dulu”
Nak beli barang yang mahal, cuba cari kat forum2 komputer, apa brand yang bagus, apa yang tidak. Selalu saya jumpa, pengguna yang menceritakan masalah dengan brand tertentu. Jadi, kalau banyak yang menghadapi masalah yang sama, elakkan la membeli brand tersebut (buat apa lah kita nak join sekali kan?) Ada juga kes yang terpencil. Jadi, pandai2 lah menggunakan kebijaksanaan kita
(saya tahu anda semua bijak2 belaka…)
Selepas 6 bulan guna LCD monitor baru (memang syok guna LCD berbanding CRT monitor gaban tu hehe), dah ada tanda2 mula nak rosak. Gambarnya mula distorted bila pakai lama sikit. Nak elokkkan gambar, saya perlu tutup monitor. Bagi ia cool down sikit. Tak syok la pula kalau gini.
Ini pula kesilapan saya yang kedua.
“Hilangkan resit pembelian”
Bila dah rosak, ingat nak hantar ke service center. Resit pula hilang, huhu. Nasib saya masih ingat bila saya beli, jadi boleh la agak2 monitor ni masih dalam warranty.
Tapi, saya cuba saja nasib bawa monitor ke service center. Sebabnya, belakang monitor ni ada tertulis Manufacturing Date (April 07), jadi agak kukuh alasan saya untuk hantar juga hehe. Pergi lah ke Lowyat, sebab situ saya beli monitor ni.
Kesilapan yang ketiga.
“Tak call service center terlebih dulu”
Sampai2 kat situ, tutup pula pada hari Ahad. Buka hari bekerja saja. Aduhai, penat saja mengusung monitor 17″ tu ke Lowyat. Mujur berkereta, bukan naik LRT. Terasa buang masa saja ke Lowyat, huhu.
Pulang semula ke rumah, pergi ke kedai komputer dekat dengan rumah saya. Senang cerita, hantar monitor tu kat situ, dan minta mereka bawa ke BenQ Service Center. Dengan bayaran sudah tentunya. Terpaksalah, nak buat macam mana. Hari bekerja, saya juga bekerja. Dah pastinya, tak sempat nak ke Lowyat. Takkan nak usung monitor ke pejabat, hoho
Kesilapan yang keempat.
“Membeli komponen komputer yang besar (susah untuk dibawa ke mana2), lebih baik beli di kedai komputer berdekatan, mudah untuk apa2 ‘after sales service’. “
Memang membeli komputer di kedai biasa, harganya lagi mahal. Jika saya beli monitor di kedai tu tempoh hari, saya tak perlu bayar servis caj untuk hantar monitor saya ke ‘service center’, kerana dikira ‘after sales service’. Hanya perlu bayar, untuk kos pembaikan saja. (Bergantung pada kedai juga sebenarnya ni, kalau kedai tu pandai nak jaga hati pelanggan, buat begini lah hehe)
Itu 4 kesilapan yang saya dah pun buat. Janganlah anda ikut jejak langkah saya pula huhu. Masa terbuang, RM pun terbang huhu.
Ok, Jumpa lagi
PS : Mujur ada spare CRT monitor…
Ber-etika-kah kita?
Salam mesra semua
Maaf tiada tips komputer untuk anda. Kali ini, lebih kepada etika dalam dunia internet. Memandangkan dalam internet kita tidak bersua muka, kita selalu melupakan untuk berbudi bahasa lebih2 lagi orang yang kita tidak kenal. Tiada masalah kalau bercakap dengan orang yang kita memang sudah kenal.
Tak kiralah melalui chatting atau email, ada beberapa etika yang kita perlu patuhi, terutamanya jika ingin meminta tolong dari orang yang baru kita kenal. Tentu lebih seronok bukan, kalau yang meminta tolong tu menulis dengan penuh sopan santun?
Kita yang membaca pun tentu lapang hati
Apa kata mulakan dengan ucapan selamat terlebih dahulu. Kemudian, boleh la ceritakan serba sedikit masalah yang dihadapi, baru lah masuk ke dalam soalan yang hendak ditanya. Intro la lebih kurang hehe. Jangan pula berjela-jela. Tips mudah ingat KISS (Keep It Short & Simple)
Sejak akhir2 ini, saya selalu dapat emel yang inginkan saya mengajar mereka. Masalahnya, apa yang diminta terlalu umum. Serba salah juga. Bagaimana saya nak tolong untuk sesuatu yang terlalu umum. Katakan, saya minta tolong anda ajar saya masak (contoh ni). Mesti anda terfikir, masak apa? Masakan melayu? Masakan cina? Masakan eropah? Hehe. Penat tu kalau anda nak ajar saya semua
Selain itu, saya juga punyai kekangan masa untuk mengajar seseorang dari A ke Z. 8 ke 5 saya bekerja di ofis. Malam pula saya menulis di blog (ada juga la kerja2 lain). Pada masa sekarang, “Masa” tu macam satu komoditi berharga (cewah). Mungkin, pada masa depan, saya mampu buat modul pengajaran untuk anda
Insya Allah.
Oh ya, jangan la pula lepas ini, tak mahu beri komen yang membina untuk blog ini hehe…Ini sangat2 dialu-alukan
PS: Tahukah anda, menulis dengan huruf besar semua bermakna “flaming” atau marah. Jadi, berhati-hati ye kat mana guna



