Panduan Convert Fail Kepada PDF

by waidakmy on February 18, 2008
in Panduan

Salam semua ,

Huhu, lama saya tak update blog ini. Ada dekat 6 hari juga. Maaf banyak2. Komputer saya rosak dari hari Rabu lepas. Tak sempat nak repair, sebab saya kena ke Miri atas urusan kerja sampailah hari Jumaat lepas. Hujung minggu baru2 ni, barulah saya berpeluang untuk tengok apa masalahnya huhu. Susah pakai program percuma dari Internet ni, nasib baiklah masih boleh dibaiki. Masalah kecil juga lah. Kalau sampai kena format komputer, haru juga dibuatnya, huhu.

Seperti yang saya war-warkan sebelum ni, saya dah pun siapkan satu laporan untuk pembaca2 Wanita & Komputer ni. Panduan Convert Format Dokumen – MS Word Kepada PDF. Percuma sahaja untuk anda semua. Tapi, untuk dapatkannya, anda perlulah mengisi nama dan emel anda di sebelah kanan anda, bawah tajuk Produk Percuma Dari WK.

Kenapa Saya Buat Laporan Ini?

Saya perasan ramai juga yang tak tahu bagaimana nak convert format fail kepada PDF. Sebenarnya, saya kena berterima kasih kepada kawan saya, Eddy. Sebabnya dari dia lah saya tahu yang perisian P******F boleh digunakan untuk convert fail kepada PDF. Selama ini, saya ingat, saya perlu ada Adobe Professional saja untuk convert fail kepada PDF. Betapa ketinggalan zamannya saya hoho.

Kenapa Anda Perlu Baca Laporan Ini?

Jika anda tak tahu cara nak convert format fail kepada PDF, muat turun dan baca Panduan Convert Format Dokumen ini. Moga2 laporan ini dapat membantu anda.

Kalaupun anda dah tahu (manalah tahu anda lagi hebat dari saya ), dalam laporan ini, saya ceritakan beberapa perisian yang anda boleh gunakan untuk convert fail kepada PDF. Ada juga cara yang tidak memerlukan anda install di pc anda. Untuk tahu, baca seterusnya di laporan tersebut.

Oklah, jumpa lagi di lain kali.. dengan lebih tips komputer yang menarik

Tutorial Asas Edit Gambar – siri akhir!!

by waidakmy on January 12, 2008
in Panduan

Pembaca2 Wanita & Komputer sekalian,

Kita sambung balik Tutorial Asas Edit Gambar siri yang terakhir (Klik untuk baca Siri 1 atau Siri 2)

Siri yang terakhir ini, saya akan tunjukkan gabungan beberapa tools yang pernah saya ceritakan dalam siri2 sebelumnya. Oh ya, sebelum saya lupa, software yang saya guna ni ACDSee versi 5. Program2 lain pun boleh juga, sebab tools yang ada lebih kurang serupa.

GAMBAR ASAL


HASIL AKHIR

Macam mana? Tertarik untuk tahu bagaimana nak dapat hasil sebegini? Boleh rujuk video di bawah ini ye. (Video ini hasil usaha saya yang pertama hehe, jadi maafkan la kekurangannya eh )

Jangan lupa untuk mencuba.

PS: Boleh rujuk Panduan Video Youtube Han yang pernah saya post sebelum ini, untuk download video ini. Boleh juga anda email saya untuk dapatkan video ini

Tutorial Asas Edit Gambar – siri 2

by waidakmy on January 9, 2008
in Panduan

Oklah, sambungan Tutorial Asas Edit Gambar artikel lepas (Klik di sini untuk baca Siri 1)

4. FLIP – Mirrorkan gambar sama ada ke kanan atau ke bawah


Gambar Asal


Selepas di-mirror ke kanan


Selepas di-mirror ke bawah

5. BRIGHTNESS DAN CONTRAST – Untuk mengubah kecerahan sesuatu gambar. Selalunya digunakan bersama2 untuk dapat hasil akhir yang best. Katakan anda tinggikan kadar brightness,  anda perlu kurangkan kadar contrast untuk hasil gambar yang sempurna.


Gambar Asal


Selepas kadar Brightness dinaikkan lebih dari +50 (Contrast tetap di 0)


Selepas kadar Contrast diletak pada -100 (Brightness tetap di 0)

Kita sambung di artikel seterusnya Saya akan tunjuk langkah demi langkah untuk edit gambar secara mudah.

Tutorial Asas Edit Gambar – siri 1

by waidakmy on January 7, 2008
in Panduan

Salam pembaca2 wanita & komputer

Macam mana layout baru ini? Terasa kurang warna sikit, tapi nampak kemas   Tu yang penting, senang sikit anda semua nak baca nanti. Penat juga mengerjakan projek hujung minggu tu hohoho, but it’s worth the hassle

Lama dah plan nak tulis entri pasal Tutorial Asas Edit Gambar (sori mawar ) Baru kali ini, hajat tercapai hohoho. Sebelum tutorial asas edit gambar ini, saya nak sentuh dulu tools2 asas yang akan selalu kita jumpa dalam mana2 program edit gambar, macam ACDSee ke, Adobe Photoshop ke dll

1. RESIZE – Kecilkan saiz gambar, atau kurangkan saiz pixel. Macam2 cara nak resize, sama ada kecilkan ikut % atau pixel. Untuk pixel, anda tentukan tinggi & lebar gambar akhir yang anda mahu.

Saiz asal (100%)


Saiz 50%

 

BONUS TIPS – Semasa cuba tools resize ini, jika anda tak berpuas hati dengan hasil yang didapati, undo sahaja langkah sebelum itu, dan cuba langkah lain pula. Katakan saiz 50% tak tepati apa yang anda nak, klik undo untuk kembalikan gambar ke saiz asal. Selepas itu, barulah teruskan dengan resize ke 30%. Begitulah.                                 


2. ROTATE – Pusingkan gambar sama ada 90o, 180o , 270o malah 45o pun boleh.

Gambar Asal

 

         Gambar Selepas Pusingan 180o

 

3. CROP – Potong gambar, atau buang sebahagian gambar.

Gambar Asal

 

 

Gambar Selepas Crop

 

Cukup setakat ini , kita sambung lain kali  Jangan lupa cuba ye!!

PS: Jangan pula save ke atas fail yang asal bila anda nak cuba2 tools di atas. Save As dengan nama lain terlebih dulu

Siri 3 – Panduan download youtube

by waidakmy on December 28, 2007
in Panduan

Salam sayang pembaca2 wanita & komputer :) ,

Panduan Download Youtube

Macam mana panduan download movie dan software dalam artikel saya yang lepas? Harap2 berguna untuk anda semua :) (jangan lupa share apa yang anda dah download, mana tahu saya termiss out cerita2 baru menarik :D )

Artikel kali ini, Siri Panduan lagi untuk anda hehe. Ok, Panduan Download Youtube!! Saya tahu ramai pembaca2 kat luar sana yang suka tengok video di Youtube. Haa, sekarang mudah untuk anda download ke PC dan lepas ini, bolehlah kalau nak tonton berulang2 kali :D

Saya malas nak tulis panjang2. (penat juga kan kalau asyik tulis artikel2 panjang hehe). Download saja ebook tulisan Han ni untuk tahu dengan lebih lanjut. Saya pun tak tahu macam mana nak download video Youtube sebelum ini. Mujur saya jumpa dengan ebook ini. PERCUMA saja pun :)

Klik link di bawah untuk download ebook ini

Panduan Download Youtube

Ikuti arahan yang terpapar di page yang akan muncul ya. Caranya sama saja seperti anda download Panduan Shopping Online sebelum ini :)

PS: Saya hargai kalau anda dapat beritahu saya kalau2 ada link yang rosak di mana2 artikel saya. Beritahu dengan tinggalkan komen anda pun tak mengapa. Terima kasih :) Ini bukanlah bermakna saya tak check semua link di artikel saya sebelum saya post hehe. (tak professional lah saya kalau begitu kan? :) )

« Previous PageNext Page »