Kenal Error Message Ketika Skrin Biru
by waidakmy on March 1, 2010
in Penyelenggaraan PC
Assalamualaikum dan Apa khabar?
Biasa mendengar istilah ‘Blue Screen of Death‘?
Perkataan ringkasnya B-S-O-D. Kalau orang kita, suka sekali menyebutnya sebagai,
“Komputer saya keluar skrin biru!!”
(Kredit gambar: ACA System Restore)
Skrin biru lambang kematian ini, agak digeruni sesetengah orang. Ia petanda sesuatu yang agak ‘kronik’ telah berlaku kepada komputer kita.
Terima mesej ‘kematian’, apa perlu kita buat?
Pertama, jangan panik! (^_^) (Tarik nafas kemudian lepas)
Kedua, jangan tutup komputer.
Ketiga, cari maklumat error daripada skrin biru itu.
Update (2/3/2010): Tidak sempat lihat BSOD, komputer terus restart? Boleh cuba teori saya, iaitu tekan butang ‘Pause’ pada keyboard.
Update (7/3/2010): Mematikan automatic restart untuk BSOD
?http://www.watchingthenet.com/disable-automatic-restarts-with-blue-screen-of-death.html
“Tetapi, saya tidak faham Waida. Semuanya bahasa komputer sahaja.”
Maklumat error itu memang seperti bahasa komputer atau programming. Tidak perlu bersusah payah memahaminya. Abaikan maklumat lain. Perhatikan maklumat di dalam kotak kuning pada 3 contoh di bawah.
Contoh Maklumat Error ketika BSOD

Kredit Gambar 1 : Technabob.com

Kredit Gambar 2: ACA System Restore

Kredit Gambar 3: Lifehacker
Apa Kita Buat Dengan Error?
Sebenarnya, saya juga tidak faham sesetengah error itu. Tetapi, prinsip saya, apa yang kita tidak faham itu boleh dicari. Maka, apa yang saya amalkan, salin atau hafal juga walaupun tidak faham langsung. Kemudian, cari maksudnya di Internet.
Contoh Error:
IRQL_NOT_LESS_OR_EQUAL
Penyelesaian:
Copy ayat di atas, kemudian paste di Google. Mulakan pencarian. Cari masalah yang hampir serupa dengan kita. Kemudian baca penyelesaiannya. Ambil penyelesaian yang paling mudah kita faham. Itu sahaja! (^_^)

Jumpa lagi!
-WK-
[Video] Buang Program Masa Startup
by waidakmy on August 9, 2009
in Penyelenggaraan PC
Salam dan Apa khabar?
Salah satu cara melajukan komputer ketika startup, adalah dengan mengurangkan jumlah program yang ‘run’ secara automatik ketika startup. Jadi, saya sudah rakamkan satu video untuk anda iaitu
Bagaimana Membuang Program Semasa Startup
*Anda perlu ada perisian CCleaner untuk lakukan perkara yang saya tunjuk di video
Jika dilihat dari video, saya disable kan saja, kerana pada masa akan datang, saya mungkin akan enable kannya semula
Okay, jumpa lagi!
PS: Jika merasakan cara ini susah, saya pernah kongsikan cara lebih ’susah’ sebelum ini, Tips 13 – Kurangkan program yang running masa startup
-WK-
[Video] Susun dan baiki registry komputer
by waidakmy on May 13, 2009
in Penyelenggaraan PC
Salam dan Apa khabar?
Jom lihat fungsi lain dengan CCleaner, iaitu susun dan baiki Registry komputer kita (hmm, mungkin saya perlu terangkan ‘Apa itu Registry’ lain kali
)
“Banyakkan fail backup registry saya?”
Siap ada folder khas lagi. Itu tandanya saya memang selalu run perisian CCleaner ini
Jumpa lagi!
-WK-
PS: Jika anda baca artikel ini di feed reader atau di emel, mungkin anda tak nampak video terpapar, jadi apa kata singgah di blog Wanita & Komputer untuk lihat video?
Cara buang temporary file dengan ccleaner (video)
by waidakmy on May 9, 2009
in Penyelenggaraan PC
Salam dan Apa khabar semua?
Saya memang kurang gemar komputer yang perlahan…
Perlahan dalam erti kata,
- Loading yang lama semasa Windows startup
- Lambat respons semasa buka program / perisian
- Proses shutdown yang terlalu lama dll
Memang boleh buat saya geram saja

Flickr: Mr. Boxhead
Jadi, apa saja komputer yang saya guna, saya akan pastikannya laju dan tidak tersangkut-sangkut. Apa yang saya amalkan adalah rutin penjagaan yang saya buat sendiri secara berkala, selalunya sebulan sekali.
Awas: Jika komputer anda memang dah terlalu perlahan, cara saya ini tidak semestinya menyelesaikan masalah anda on-the-spot, kerana adakalanya virus menyebabkan komputer menjadi perlahan.
Tetapi, daripada 6 langkah-langkah itu, langkah ketiga yang paling kerap saya buat, iaitu buang ‘temporary file’ dan fail-fail sampah daripada komputer. Jika dulu, saya buang secara manual, kini saya hanya gunakan perisian CCleaner. Ia percuma, ringan dan senang digunakan. Anda boleh praktikkan sendiri sebagaimana yang saya tunjukkan dalam video di bawah ini
(Jangan lupa download dulu ye perisian CCleaner
)
Maaf kalau kualiti video kurang memuaskan
Praktikkan tips kali ini, okay?
-WK-
PS: Tidak semestinya anda buka perisian CCleaner tu daripada ‘Recycle Bin’. Boleh juga buka program ini sebagaimana buka program lain. Cara yang saya tunjukkan itu, cara shortcut
PSS: Dengan CCleaner, ada lagi fungsi yang anda boleh gunakan. Saya akan tunjuk dalam video seterusnya…Stay Tune!
Pentingnya Safe Mode jika komputer bermasalah
by waidakmy on October 18, 2008
in Asas Komputer, Penyelenggaraan PC, Permainan, Tips-Tips Komputer
Salam semua
Akhir2 ni selalu hujan kan? Hampir tiap hari saya tempuh hujan masa balik dari ofis. Masa tu juga lah ramai yang ambil kesempatan jual payung. Sekali tengok macam low quality (tahan sekali pakai je), tapi tak tahu lah. Kalau dah terdesak, pasti ada orang beli juga kan? Paling suka tengok muka orang jual payung RM5 kat Masjid Jamek tu bila saya keluarkan payung dari beg (Jahat betul saya ni kan?
)
Malam2 yang sejuk ni, saya harap dapat menulis untuk anda sambil melayan lagu kegemaran saya. Sayangnya, komputerku masih belum baik. Terpaksa masuk Safe Mode, sebab tak dapat start dengan normalnya. Keluar skrin biru atau pun orang kata Blue-Screen-Of-Death (BSOD).
Apa itu Safe Mode?
Sering saya sebut Safe Mode bukan? Apa bendanya ni sebenarnya? Safe Mode adalah cara alternatif untuk masuk ke Windows. Selalunya berguna untuk anda troubleshoot (apa perkataan ni dalam BM? saya terlupa pula
) masalah yang berlaku dalam komputer anda. Contohnya masalah dengan grafik kad ataupun apa2 hardware lain. Mudah untuk troubleshoot kerana dalam Safe Mode, bilangan program yang digunakan (loaded) adalah minimum, seperti Windows dan driver untuk mouse, keyboard dan display sahaja.
Berbalik pada masalah komputer saya, saya dah habis ikhtiar. Jadi, jalan terbaik, serahkan pada yang pakar
Tunggu masa je ni untuk ambulans jemput komputer saya ke hospital
Kita pun kalau sakit mula2 makan ubat farmasi (beli sendiri) betul? Kalau tak baik2, baru jumpa doktor. Sama lah kesnya ni
Selingan – Permainan
Cara nak tingkatkan kelajuan anda menaip adalah dengan latihan. Practice makes perfect
Nak praktis, senang saja. Apa kata lawan dengan saya di TypeRacer.com? hehe. Kagum betul ada orang speed sampai 140++ WPM. Ni memang gila laju nih huhu.
PS: Selidik punya selidik. Terperasan sesuatu. Tak ada lagi orang buat. Aha, jadi saya dalam proses untuk buat ________. Jadi, doakan saya berjaya selesaikan. Aminn. Yang pastinya, ia amat berguna untuk anda (cewah
)
PSS: Saya dah tak keep track berapa tips yang saya dah tulis huhu..



