Pentingnya Safe Mode jika komputer bermasalah

Salam semua :)

Akhir2 ni selalu hujan kan? Hampir tiap hari saya tempuh hujan masa balik dari ofis. Masa tu juga lah ramai yang ambil kesempatan jual payung. Sekali tengok macam low quality (tahan sekali pakai je), tapi tak tahu lah. Kalau dah terdesak, pasti ada orang beli juga kan? Paling suka tengok muka orang jual payung RM5 kat Masjid Jamek tu bila saya keluarkan payung dari beg (Jahat betul saya ni kan? :P )

Malam2 yang sejuk ni, saya harap dapat menulis untuk anda sambil melayan lagu kegemaran saya. Sayangnya, komputerku masih belum baik. Terpaksa masuk Safe Mode, sebab tak dapat start dengan normalnya. Keluar skrin biru atau pun orang kata Blue-Screen-Of-Death (BSOD).

Apa itu Safe Mode?

Sering saya sebut Safe Mode bukan? Apa bendanya ni sebenarnya? Safe Mode adalah cara alternatif untuk masuk ke Windows. Selalunya berguna untuk anda troubleshoot (apa perkataan ni dalam BM? saya terlupa pula :P ) masalah yang berlaku dalam komputer anda. Contohnya masalah dengan grafik kad ataupun apa2 hardware lain. Mudah untuk troubleshoot kerana dalam Safe Mode, bilangan program yang digunakan (loaded) adalah minimum, seperti Windows dan driver untuk mouse, keyboard dan display sahaja.

Berbalik pada masalah komputer saya, saya dah habis ikhtiar. Jadi, jalan terbaik, serahkan pada yang pakar :P Tunggu masa je ni untuk ambulans jemput komputer saya ke hospital :P Kita pun kalau sakit mula2 makan ubat farmasi (beli sendiri) betul? Kalau tak baik2, baru jumpa doktor. Sama lah kesnya ni :D

Selingan – Permainan

Cara nak tingkatkan kelajuan anda menaip adalah dengan latihan. Practice makes perfect :) Nak praktis, senang saja. Apa kata lawan dengan saya di TypeRacer.com? hehe. Kagum betul ada orang speed sampai 140++ WPM. Ni memang gila laju nih huhu.

PS: Selidik punya selidik. Terperasan sesuatu. Tak ada lagi orang buat. Aha, jadi saya dalam proses untuk buat ________. Jadi, doakan saya berjaya selesaikan. Aminn. Yang pastinya, ia amat berguna untuk anda (cewah :P )

PSS: Saya dah tak keep track berapa tips yang saya dah tulis huhu..

Berapa markah anda?

by on June 29, 2008
in Permainan, Umum

Apa khabar? :)

Bagaimana cuti hujung minggu anda? Cuti hujung minggu saya pula sibuk dengan kenduri dan karnival heh. Sekali sekala bawa adik2 berjalan2 :)

Apa kata ceriakan baki hujung minggu anda dengan bermain game ini?

Game Tekan Spacebar Sampai Hancur!!

Mudah saja game nya. Berapa kali anda mampu tekan spacebar anda dalam 5 saat? 10 saat? atau 20 saat?

Saya cuba yang 5 saat saja. Takut pecah pula spacebar tu pecah nanti :P . Markah yang saya dapat paling tinggi setakat ini 38. Rekod paling tinggi 86 kali dalam masa 5 saat tu!! Siapa la yang buat tu..

PS: Tak sangka pula Bill Gates dah meletak jawatan CEO nya dari Microsoft. Berita penuhnya boleh didapati dari sini.