Bagaimana melindungi WiFi anda?

by on March 7, 2009
in Teknologi

Salam dan Apa khabar? :)

Seperti yang dijanjikan, jom kita soroti kisah terakhir tentang Kirana dan WiFi nya

Jika anda blur dengan kisah Kirana ini, anda mungkin perlu baca episod 1 dan episod 2 terlebih dulu :)

Kirana dan rakan2 serumahnya mula seronok dengan sambungan Internet ini. Hampir semua perkara kalau boleh mahu menggunakan Internet. Bayar bil dengan Maybank2u, shopping barang2 Kugeeku pun di Internet juga

Masalah pun bermula

Seminggu berlalu…

“Eh nape sambungan streamyx kita ni makin slow ek?” Rozana bertanya kepada Kirana

“Tulah..ingatkan aku sorang je yang rasa camtu. Dah la satu malam tu, aku sorang je yang guna tapi slow sangat. Slow dia cam ramai je guna” Kirana bersetuju dengan Rozana

Apa yang terjadi?

“Ntah2 ada orang tumpang streamyx kita nih. Kalau tak, takkan lampu kat router tuh kelip2 lagi lepas aku dah off komputer” Kirana membuat spekulasinya sendiri

Walaupun Streamyx menghadapi masalah teknikal (sepatutnya telah selesai selepas 5 Mac 2009 seperti yang dijanji TM), jika masalah di atas berlaku, mungkin ada free rider dalam wireless LAN anda

Free rider atau maksudnya tumpang percuma, tidak akan menjadi masalah jika wireless LAN anda itu percuma. Mana lah tahu, anda buka kedai makan yang ada wireless LAN percuma ke

Namun, ia menjadi satu masalah jika anda membayar caj Streamyx tetapi Streamyx anda ditumpang oleh orang lain secara percuma. Lebih menyakitkan hati, free rider ini conquer pula Streamyx anda dengan aktiviti download movie dan lagu

Siapa yang patut dipersalahkan?

Walaupun perbuatan free rider ini salah, pemilik Wireless LAN yang patut dipersalahkan kerana tidak melindungi wireless LAN nya sendiri. Jika wireless LAN nya dilindungi, tidak akan ada isu free rider ini

Bagaimana melindungi wireless LAN?

Untuk melindungi wireless LAN anda, ada 3 cara yang boleh digunapakai, iaitu

1. WEP – Wired Equivalency Privacy

Cara pertama, WEP sudah tidak selamat lagi (saja saya letak di sini, supaya jika ada sesiapa yang guna WEP silalah bertukar kepada 2 cara lagi )

2. WPA – WiFi Protected Access

Cara kedua, WPA adalah lanjutan dari WEP sebenarnya kerana ia menyelesaikan masalah yang ada dalam WEP. Kalau anda perasan, sesetengah tempat yang ada WiFi (seperti hotel) memerlukan anda login dengan username dan password khas. Itulah WiFi yang menggunakan WPA

(Jujurnya, saya tidak pernah guna cara ini, jadi saya tidak berapa familiar dengan kaedah ini)

3. MAC Address – Media Access Control Address

Cara yang ketiga ini, MAC adalah cara yang tidak memerlukan password. Untuk pengetahuan anda, setiap komputer kita ada MAC address yang unik. Mungkin ada yang ingat ia sama seperti IP address. Ia tidak sama seperti IP address kerana MAC address adalah ‘alamat’ bagi setiap perkakasan (hardware)

Contohnya, selama ini, anda melayari Internet dengan WiFi adaptor brand A. Katakan tiba2 ia rosak, anda pun membeli WiFi adaptor brand B pula. MAC address brand B dan brand A adalah berlainan, walaupun anda mungkin menggunakan IP address yang sama

Jika Kirana berminat dengan cara ini, dia perlu mendaftar semua MAC address komputernya dan rakan serumahnya semasa mengkonfigurasikan router. Jadi, router hanya membenarkan MAC address yang didaftar saja dan menyekat secara automatik MAC address asing

Kedua2 cara ini ada kelebihan dan kekurangannya. Paling penting sekali adalah melindungi WiFi anda daripada diceroboh :)

-WK-

Apa yang Kirana perlu untuk WiFi kan Streamyx?

by on February 24, 2009
in Teknologi

Apa khabar? :)

Jom baca sambungan Kisah Kirana dari post lepas

Sedutan episod lepas – Kirana perlu WiFi kan Streamyx nya supaya semua kawannya mendapat akses ke Internet. Baca kisah penuh di sini

“Aku dah faham kena WiFi kan Streamyx ni, tapi camne nak buat sebenar2 nya? Apa yang perlu dibeli?” Kirana termangu2 sendirian…

“Oh ye tak ye..baik aku call WK tanya..mesti dia ada idea” Kirana terfikirkan kawan baiknya yang tahu banyak tentang komputer itu (ehem2)

Apa yang Kirana perlukan?

Sambungan WiFi

Sambungan WiFi

Seperti dalam gambar (gambar ihsan dari HowStuffWork), Kirana perlukan 2 benda iaitu, pemancar dan penerima.

Pemancar adalah modem dan penerima adalah wireless adaptor pada komputer atau telefon.

Maka, Kirana perlu memastikan modem yang dibelinya ada fungsi wireless router supaya kawan2 nya boleh sama2 mendapat akses ke Internet.

Selain itu, Kirana juga perlu check dengan kawan2 nya sama ada semua komputer kawan2 nya ada wireless adaptor.

“Laptop baru banyaknya dah ada built-in WiFi, jadi tak ada problem lah. Desktop yang susah sket ni, kena beli wireless adaptor. Nanti gi kedai, mintak Wireless LAN USB Adaptor, WK memberitahu Kirana.

“Okay, aku dah faham. Nanti ko tolong teman aku pergi beli modem ngan wireless adaptor ya lepas ni..”

“Alahai..nak kena teman ke? Malas lah nak gi kedai. Beli online udah le?”

“Ada benda lain nak shopping skali nih. Jom la…”

“Ye lah…ye lah..tapi ko kene blanja aku lunch tau”

Kisah Kirana ini hanya rekaan semata2, tiada kaitan dengan yang hidup ataupun mati :)

-WK-

PS: Best pula tulis stail cerita ini..jadi saya ingat nak sambung lagi cerita ini :D

Kisah Kirana berkongsi Streamyx

by on February 21, 2009
in Teknologi

Apa khabar semua? :)

Maaf sebab terlambat update blog kali ini. Saya tak perasan pula dah 8 hari berlalu dari entri lepas. Sekejap je masa berlalu kan?

Seperti kata Smartzul pada entri lepas, dia mahu WiFi kan WiMax (gambar ada di sini) nya..jadi saya terfikir untuk menulis tentang LAN dan WiFi :)

Apa itu LAN dan WiFi?

LAN adalah Local Area Network atau Rangkaian Kawasan Setempat. WiFi pula adalah Wireless Fidelity, satu teknologi akses Internet tanpa wayar. Okay, abaikan makna kedua-dua ini jika ia memeningkan anda. Jom kita lihat cerita di bawah, satu analogi mudah untuk menerangkan konsep LAN dan WiFi ini…

Al kisahnya begini..

Kirana menyewa dengan 4 orang kawannya di sebuah rumah teres 2 tingkat di Ampang. Kesemua kawan-kawannya termasuklah dia, ada sebuah komputer.

Pada suatu hari yang indah permai,  tiba2 dia terfikir untuk memasang sambungan Internet di rumah sewa mereka. Maklumlah, ada Internet nanti, bolehlah berYM selalu dengan kawan special, tidakpun update Facebook. Setelah dipromosi Kirana, semua pun bersetujulah untuk melanggan Streamyx (WiMax pun boleh juga..) dan bayarannya juga dikongsi bersama.

Maka, keesokan harinya, dengan penuh semangat untuk berYM, Kirana pun ke TM untuk register Streamyx. Setel saja proses register, pulanglah dia ke rumah dengan gembiranya. Malangnya, sampai saja di rumah, Kirana tersedar sesuatu..

“Macam mana plak nak kongsi Streamyx ni? “

Bagaimana Kirana nak selesaikan masalah ini?

Untuk membolehkan Kirana dan kawan2 nya berkongsi Streamyx, Kirana perlu menghubungkan semua komputer dalam satu rangkaian (network). Memandangkan rangkaian ini cuma dalam sebuah rumah, jadi ia dipanggil “Local Area Network” atau LAN.

“Lega..setel satu masalah. Tapi kan, desktop aku kat bilik. PC orang lain pun kat bilik masing2. Rozana tak apalah, ada laptop. Bole lah nak bawak turun dekat ngan telefon tu. Takkan aku nak angkut plak desktop aku ke bawah? Huu..leceh2..”, terfikir Kirana dalam hati..

Disebabkan semua komputer itu bukan berdekatan, di mana penggunaan kabel tidak berapa praktikal, jadi Kirana perlu WiFi kan Streamyx nya, supaya semua pun boleh akses ke Internet…

Inilah kegunaan WiFi, supaya akses ke Internet dapat dilakukan tanpa wayar. Moga anda dapat konsep WiFi dan LAN dari kisah Kirana ini :)

Yang suka bercerita,

-WK-

PS: Tunggu kisah sambungan Kisah Kirana ini pada entri akan datang, iaitu bagaimana nak merealitikan konsep WiFi kan Streamyx ini..

PSS: Pengguna Streamyx, jika anda rasa slow sangat nak buka blog ini, atau website2 lain..tengok di sini cara nak lajukan Streamyx anda..

Apa itu WiFi dan WiMax?

by on February 13, 2009
in Teknologi

Salam dan Apa khabar semua? :)

Tak sangka planning saya untuk bercuti sekejap dipanjangkan lagi hehe gara2 terkena chicken pox. Tak pasal2 dapat cuti tambahan selama seminggu. Penat berjalan2 seharian di Geylang, Clarke Quay, dan China Town agaknya. Harap2 tiadalah orang dalam MRT yang terjangkit dari saya :P

Jadi, be careful for what you wish for! :D

Atas permintaan seorang pembaca setia WaidaKmy.com, saya akan sentuh tentang WiFi dan WiMax dalam post kali ini.

Apa itu WiFi dan WiMax?

WiFi dan WiMax adalah teknologi tanpa wayar (wireless) untuk akses ke Internet.

Apa beza WiFi dan WiMax?

Konsep asas WiFi dan WiMax adalah lebih kurang sama, namun apa yang berbeza adalah WiMax jauh lebih laju, lebih luas liputannya dan boleh digunakan oleh ramai orang.

Lihat gambarajah di bawah (Nota: Jarak yang ditulis adalah sebagai anggaran saja)

Konsep wireless

Aplikasi WiFi dan WiMax berbeza

Bluetooth adalah teknologi tanpa wayar untuk jarak yang pendek (PAN) contohnya telefon bimbit ke telefon bimbit lain, komputer ke kamera dan lain2.

WiFi selalu digunakan untuk menyambungkan komputer2 dalam LAN seperti di rumah, kafe, lapangan terbang dan lain2.

Manakala WiMax pula untuk menyambungkan komputer2 di kawasan yang luas seperti satu negeri malah negara.

Oleh itu, walaupun WiFi dan WiMax adalah teknologi tanpa wayar, kedua2nya adalah berbeza dari segi aplikasinya. Malah tak boleh dibandingkan secara terus sebab kegunaan kedua2nya berbeza.

Nota: Artikel di atas diolah semula dari HowStuffWorks

PS: Artikel ini sepatutnya ditulis semalam, tapi ada sedikit masalah teknikal. Maaf ya..

Apa itu Linux?

by on December 14, 2008
in Asas Komputer, Teknologi

Salam dan Apa khabar semua? :)

Baiklah, seperti yang saya pernah janjikan sebelum ini, saya akan tulis sedikit mengenai Linux. Anggap artikel kali ini sebagai pengenalan kepada Linux. Mungkin sebelum ini anda pernah mendengar tentang Linux, tapi tak begitu faham apa Linux sebenarnya. Walaupun begitu, terus terang saya kata, pengetahuan saya tentang Linux ini sangat2 cetek. Jadi, jika anda nak ketahui Linux dengan mendalam, bolehlah singgah2 di Jom Linux – Portal Berita dan Informasi Linux Malaysia ataupun sertai komuniti FOSSChix.my.

Sebelum saya masuk kepada topik Linux, saya akan sentuh sikit mengenai sistem operasi (operating system), kerana ada kaitannya juga sedikit sebanyak :)

Apa itu sistem operasi?

Sistem operasi atau operating system ini sebenarnya adalah perisian (software) juga. Apa yang berbeza dengan perisian yang selalu kita install tu, perisian sistem operasi ini khusus untuk perkakasan (hardware).

Sistem operasi

Sistem operasi

Cuba anda lihat, kalau nak diikut2kan, komputer peribadi yang anda ada tu, terdiri dari kepingan2 besi, komponen2 elektronik dan lain2. Pernah tak anda terfikir, macam mana dari kepingan2 besi dan komponen2 elektronik tu, boleh terhasil sesuatu yang dapat membantu anda.

Dipendekkan cerita, (kalau saya cerita panjang lebar, pening pula), sistem operasi ni adalah orang tengah antara perkakasan (hardware) dengan perisian aplikasi (application software) macam Winamp, Microsoft Word, dan lain2.

Macam handphone yang ada pelbagai jenama, sistem operasi ini pun ada ‘jenama’ juga. Yang paling dikenali untuk komputer peribadi, adalah Windows, namun ada juga ‘jenama’ lain seperti Mac OS, Linux dan Solaris. Kebiasaannya, Linux dan Solaris diguna untuk server. Mac OS pula akan digunakan bila anda membeli komputer keluaran Apple.

Gambar ihsan dari http://en.wikipedia.org/wiki/Operating_system

Apa itu Linux?

Linux

Linux - sumber dari Linux.org

Seperti yang telah saya sebut di atas, Linux adalah salah satu sistem operasi untuk komputer. Apa yang menyebabkan ia makin popular adalah kerana ia percuma dan terbuka kepada semua orang. Sesiapa saja boleh mengubah kod asalnya kerana ia adalah perisian sumber terbuka atau open source.

Disebabkan kod asal Linux bebas diubahsuai oleh sesiapa pun, banyaklah variasi yang telah dihasilkan, atau istilah komputer nya, Linux distribution atau distros. Apa yang Garfield pernah sebut sebelum ini, iaitu Puppy Linux, Xubuntu, Ubuntu, ianya semua adalah Linux distros, yang berbeza2 penggunaannya. Contohnya Puppy Linux, ia sesuai untuk komputer berkuasa rendah.

Apa yang saya lihat, yang popular sekarang ini adalah Ubuntu :) Masa saya belajar di Universiti dulu, Redhat Linux yang glamour masa itu hehe. Apa2 pun, Linux dah makin mendapat tempat di hati pengguna2 komputer peribadi. Dulu saya pernah gunakan Redhat Linux, saya kagum dengan paparan grafiknya, ala2 Vista sesetengah ikonnya.

Oklah setakat ini. Saya harap artikel ini cukup untuk anda mengenali apa itu Linux :)

PS: Harap2 anda fahamla ya hehe. Susah juga saya nak tulis tentang sistem operasi dan Linux, supaya tidak kelihatan terlalu teknikal.

« Previous PageNext Page »