Jenis-jenis installer dan cara memasangnya

by on February 1, 2009
in Coretan WK, Tips-Tips Komputer

Salam dan Apa khabar? :)

Terfikir untuk menulis post ini buat anda semua, setelah seorang kawan meminta bantuan saya memasang (install) program MS Project 2003. Bagi mereka yang tahu perkara ini mungkin menganggap ianya remeh, tetapi bagi saya, sesetengah perkara yang kita anggap remeh itu (take for granted), tak semua orang tahu mengenainya. Jadi, perkongsian berikut khas untuk anda :)

Sepanjang pemerhatian saya, ada 3 jenis installer perisian yang selalu disediakan penyedia perisian. Cara memasang (install) berbeza2 mengikut jenisnya. (Nota – installer adalah program khas untuk memasang (install) program ke dalam komputer secara automatik)

3 jenis installer itu adalah,

1. Format .exe

Yahoo Messenger

Ini antara format yang biasa kita jumpa atau download dari Internet :) Installer jenis ini, paling mudah proses pemasangannya. Apa yang anda dan saya perlu buat hanya klik 2 kali pada ikon program tersebut. Kemudian ikut arahan yang tertera pada menu. (Selalunya, klik Next dan Next saja :) )

Contoh sebegini:-

YahooMessenger, AVG, DoPDF

2. Dalam format .exe (Self-extracting archive)

XamppliteApa yang berbeza dengan jenis pertama, installer jenis kedua ini, adalah self-extracting archive. Ringkas kata, ia sebenarnya fail .zip yang telah dipakejkan menjadi fail .exe menggunakan program khas seperti 7-zip. Sama juga seperti jenis pertama, untuk memasangnya, hanya perlu klik 2 kali pada ikon tersebut.

Namun begitu, ia akan mula mengekstrak (mengeluarkan) fail2 yang terkandung dalam program .exe asal, dan bukan terpampang menu seperti biasa. Apa yang perlu anda buat, adalah membuka folder atau drive, di mana tempat pengekstrakan fail2 tadi telah berlaku.

Proses Ekstrak Ada sesetengahnya yang membenarkan anda menetapkan folder, ada yang tidak. Jika ini berlaku (tidak boleh menetapkan folder), besar kemungkinan fail2 itu berada di 2 tempat ini, iaitu My Documents dan Temporary Folder dalam C drive.

Untuk mula memasang program tersebut, mulakan dengan mencari 2 fail ini (abaikan saja fail2 lain), iaitu Readme.txt dan Setup.exe. Fail Readme,  selalunya akan mempunyai arahan2 yang dapat membantu anda memasang program itu. Kadang2, ada juga disertakan bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah ketika proses pemasangan.

Setup

Setelah membaca Readme.txt, klik 2 kali pada fail Setup.exe, barulah menu Setup seperti biasa akan terpapar. Kemudian ikut arahan yang tertera pada menu Setup.

3. Dalam format zip, gzip, rar dan lain2 format archive

Untuk jenis yang ketiga ini, anda perlu memiliki program2 seperti WinZip, WinRar, atau IZArc yang boleh mengekstrak format sebegini. WinZip untuk format .zip. WinRar untuk format .rar dan .zip. IZArc boleh format pelbagai jenis format selain dari .zip dan .rar :D

Fail ZipFail2 perlu diekstrak terlebih dulu sebelum kita boleh mengakses kandungannya (Dalam sesetengah kes, fail boleh diakses tanpa mengekstrak terlebih dahulu). Selepas itu, sama seperti di atas, ikut cara pemasangan bergantung pada fail yang ada, sama ada jenis pertama atau jenis kedua.

PS: Tiap kali tulis perkataan ekstrak ini, saya asyik fikirkan proses pengekstrakan bahan mentah je :P

Sedikit update WK:

1. Sibuk mengerjakan tempahan pelanggan untuk setup blog. Berminat? Dapatkan sebut harga di sini

2. Asyik terkena denda (huhu) – Khamis hilang tiket parking, Jumaat kena saman parking pula (tak aci sungguh DBKL, papan tanda letak hujung jalan sebelah sana)

3. Berjumpa dengan krew MajalahIM (Mal, Adly dan Zhafran) buat pertama kali di ofis mereka. Tak lupa juga Richie yang baru menyertai kami :)

Yang Sibuk Berkerja,

-WK-

Jerat Pakej Komputer Murah Lowyat

by on January 28, 2009
in Tips-Tips Komputer

Jerat Pakej Komputer

Berita penuh (yang tak berapa penuh :P ) di sini

Rakan2 online ku sekalian :) ,

Sila berhati2 dengan pakej komputer (baca: laptop) murah yang dijual oleh warga Bangladesh. Teringat pula, ada satu ketika tu, saya dan seorang sahabat pernah ditawar membeli external harddisk dengan harga murah (berbeza sangat dengan penjual tempatan). Nasib tak jadi beli hehe, sebab saya syak wasangka..

Pengajaran utama dari berita ini..

1) Komputer dengan spesifikasi canggih tak mungkin dapat harga yang terlalu murah (melainkan komponen kurang berkualiti dicampur bersama contohnya komponen yang kurang penting seperti keyboard, mouse, dll)

2) Ambil berat isu waranti jika mahu upgrade komputer (baca: laptop). Buat apa hanya berjimat ketika membeli, tapi rugi besar ketika komputer kita rosak kan? (Kalau rosak dalam tempoh waranti la). Jadi tanya2 pekedai, adakah perbuatan kita tu sebabkan komputer kita hilang waranti?

Salam dan jumpa lagi :)

-WK-

Tak perlu risau dijangkiti virus

by on January 25, 2009
in Sekuriti, Tips-Tips Komputer

Salam dan apa khabar semua? :)

Pagi ini, terbaca pula tentang virus Conficker / Downadup di forum WangCyber. Jadi, kawan2 semua (ya! termasuk anda yang sedang membaca tu :) ), sila berhati2 dengan virus Conficker ini, tapi tak perlu panik.

Untuk menghadapi masalah virus, apa yang penting adalah

menguatkan kubu pertahanan

komputer anda dan

mengurangkan risiko dijangkiti

Bagaimana menguatkan kubu komputer anda?

Dalam komputer anda, mesti ada 3 perisian ini,

1 – Antivirus

2 – Antispyware

3 – Firewall

Nota – Ada perisian antivirus yang ada fungsi antispyware juga, jadi anda hanya perlukan satu saja perisian.

1 – Apa perisian antivirus yang bagus?

Kalau saya?

AVG

Kalau orang lain?

Boleh baca di sini (lihat di senarai komen)

2 – Apa perisian Antispyware yang bagus?

Kalau saya?

AVG, Spybot S&D atau Lavasoft

Kalau orang lain?

Apa kata anda? hehe

3 – Apa perisian Firewall yang bagus?

Kalau saya?

Filseclab atau Comodo

Kalau orang lain?

Anda rasa apa yang bagus? :D

Bagaimana mengurangkan risiko dijangkiti virus?

1 – Update ketiga-tiga komponen di atas. WAJIB. Tiada kompromi. Anda perlu selalu update antivirus dan antispyware. Kalau boleh setkan fungsi update tu automatik. (Firewall tak mengapa jika tidak di-update selalu)

2 – Gunakan apa saja browser kecuali Internet Explorer. Firefox ada, Opera pun ada :)

3 – Matikan fungsi Remote Assistance. Cara mematikan fungsi Remote Assistance.

4 – Pasang password pada komputer. Tips password yang bagus, dan cara memasang password.

5 – Jauhi laman web yang XXX

6 – Buang tabiat mencari cheat code games melainkan anda tahu caranya (ada laman web sebegini yang mengandungi virus)

7 – Kurangkan penggunaan MiRC, Kazaa, Limewire dan program P2P yang lain.

8 – Scan thumbdrive terlebih dulu sebelum buka

9 – Berhati2 membuka emel yang tidak diketahui, termasuk attachment-nya sekali. Lagi bagus, tandakan emel itu sebagai SPAM, atau, amalkan tabiat ini.

Ini antara cara2 saya mengurangkan risiko dijangkiti virus, dan seterusnya menjadikan komputer saya selamat. Alhamdulillah, tiada lagi jangkitan virus yang teruk pada komputer saya setakat ini. Banyak lagi perkara gembira yang kita boleh buat, selain dari menyelesaikan masalah virus ini :)

Antaranya? Bermain game hehe

-WK-

PS: Yang dah terkena virus? Tengok cara saya dan gunakannya. Kalau rasa susah, minta tolong kawan yang pandai, atau hantar ke kedai :)

Kerja pertama sebelum memilih laptop atau desktop

by on January 18, 2009
in Panduan, Tips-Tips Komputer

Apa khabar? :)

Lambakan jenama komputer peribadi memang memeningkan lebih2 lagi ketika PC Fair. Namun begitu, bukanlah susah untuk memilih, kerana prosesnya sama saja seperti anda membeli baju (melainkan anda jenis yang main ambil saja baju di rak :D )

Apa yang penting sekali dalam proses membeli komputer, anda mesti tentukan yang

Anda ini tergolong dalam kumpulan pengguna komputer yang bagaimana?

Ringkas kata, ada 3 jenis kumpulan pengguna komputer peribadi

Nama2 yang saya beri ini hanyalah rekaan saya semata2 . Jangan la pula anda Google, pasti anda tak akan menjumpainya di mana2.

A – ‘Mini’ yang mudah

Kumpulan jenis ‘Mini’ ini, penggunanya sering menggunakan komputer mereka untuk kerja2 komputer yang sangat asas, antaranya

  • Menggunakan Office (Word, Excel, Power Point dll)
  • Melayari Internet
  • Editing gambar yang simple2
  • Main game yang simple contohnya Solitaire, Zuma, DinerDash dll)
  • Tengok cerita DVD atau CD

Pendek kata, mudah2 je penggunaan komputer mereka ini..

B – ‘Gempak’ yang canggih

Kumpulan pengguna ‘gempak’ ini pula, kerja pengkomputeran (computing) mereka banyak melibatkan grafik, bunyi atau animasi. Golongan pemain tegar game2 canggih (antara tanda game yang canggih adalah pada ketelitian grafiknya, contoh Dracula 3) juga termasuk kategori ini.

Kumpulan ‘gempak’ ini juga melakukan kerja2 yang sama seperti kumpulan ‘mini’

C – ‘Mobile’ yang sibuk

Bagi kumpulan ‘mobile’, mereka ini sering membawa komputer mereka ke mana2 saja mereka pergi. Maklumlah, mungkin mereka sibuk menguruskan kerja2 ofis, ataupun urusan bisnes Internet mereka. Pendek kata, orang dalam kategori ini, tidak boleh duduk diam di satu tempat, atau cepat bosan berada di satu tempat.

Kaitan 3 kumpulan itu dengan memilih komputer?

Bila dah tahu anda tergolong dalam kumpulan mana, barulah anda pilih sama ada nak membeli laptop atau desktop, kemudian tetapkan kriteria yang sesuai dengan kumpulan anda.

Contohnya – kumpulan ‘Gempak’ perlu fokus lebih pada processor, RAM, dan grafik kad.

Jadi, fikir2kan dalam kumpulan manakah anda?

‘Mini’ yang mudah?

atau

‘Gempak’ yang canggih?

atau

‘Mobile’ yang sibuk?

PS: Maaflah memeningkan anda dengan artikel ’3 dalam 1′ lepas :P

Nak beli laptop ke desktop?

by on January 5, 2009
in Tips-Tips Komputer

Apa khabar? :)

Sudah 5 hari kita melangkah ke tahun baru, 2009. Sudah ada azam yang hendak dicapai pada tahun ini? Tak apa pun jika masih belum ada, bak kata Sabri, kita ada 3 tahun baru dalam masa terdekat ini. Tak sempat Tahun Baru Hijrah atau Tahun Baru Masihi, Tahun Baru Cina masih ada :D

Tahun baru ini, mungkin ada yang sudah bercita-cita nak membeli komputer. Tak kiralah, sama ada baru nak membeli, ataupun mahu mengganti komputer lama yang dah terlalu uzur.

Apa2pun sebabnya, sudahkah anda pertimbangkan komputer peribadi bagaimana yang mahu dibeli? Bukan jenama, tetapi adakah komputer itu..

Laptop atau Desktop?

Jika sudah tahu yang mana satu pilihan hati, baguslah. Jika belum, mungkin anda boleh tengok sebab2 kenapa orang memilih laptop atau desktop yang saya akan tulis di bawah ini :)

Kenapa Laptop?

Laptop pilihan hati?

Laptop pilihan hati?

Mobiliti

Antara sebab utama orang membeli laptop. Ia mudah dibawa ke mana2 sahaja. Tak seperti desktop yang agak sukar untuk dipindahkan, kerana komponen2nya yang besar dan banyak. Bayangkan, untuk memindahkan sebuah basic desktop, perkakasan minima yang perlu anda angkat adalah CPU, monitor, keyboard, mouse dan speaker. Itu belum dikira lagi jika kita ada perkakasan tambahan seperti printer, scanner dan lain2 lagi.

Selingan – Sebab2 tambahan kenapa orang membeli laptop

Mengikut survey yang saya buat, “kenapa memilih laptop atau desktop?”, ada 2 sebab yang saya rasa menarik untuk dikongsi bersama :) Menarik sebab saya tak terfikir pula sebab ni..

Nooraza memilih laptop sebab dia cepat boring buat kerja di tempat yang sama :)

HasnahDaud pula membeli laptop ketika dia duduk di tingkat 5 rumah flat. Mudah bagi dia untuk bawak naik hehe

Kata Putus – Laptop dipilih sebab mudah untuk dibawa ke mana2 TETAPI bergantung juga pada Berat dan Tempoh Ketahanan Bateri

Jika berat sangat, susah juga untuk angkut ke mana2 selalu

Jika bateri cepat sangat habis, laptop tidak boleh dibuka juga :) (melainkan anda pasang laptop di tempat yang ada punca elektrik)

Kenapa pula Desktop?

Atau desktop?
Atau desktop?

Tahan lasak

Bukanlah saya bermaksud jika anda ketuk komputer anda dengan tukul, ia takkan rosak. Apa yang saya maksudkan, komputer anda elok dan tidak tersangkut2* untuk kerja2 yang melibatkan penggunaan kapasiti RAM atau Processor yang banyak seperti editing gambar, animasi dan juga bermain game berkuasa tinggi.

*bergantung pada spesifikasi komputer

Pendek kata, desktop sesuai untuk mereka2 yang terlibat dengan kerja2 di atas. Selalunya pun, golongan ini akan buka komputer mereka seharian (ada juga sampai seminggu, tapi ini tak berapa digalakkanlah). Kerja2 multitasking juga mudah dilakukan jika menggunakan desktop.

Sebaliknya pula dengan laptop, kita mesti berlemah lembut dengannya, seperti rehatkan laptop selepas gunakkannya 3 ke 4 jam :D Kekerapan laptop untuk hang lebih tinggi jika digunakan untuk kerja2 seperti di atas.

Mudah upgrade, Mudah dibaiki

Antara sebab lain, kenapa orang lebih tertarik untuk membeli desktop adalah mudahnya untuk upgrade komponen2 dalam desktop pada masa depan. Mungkin selepas 2, 3 tahun desktop itu digunakan, anda mahu menambah kapasiti harddisk, ataupun menambah kapasiti RAM.

Selain mudah untuk upgrade, desktop juga lebih mudah dibaiki berbanding laptop, kerana komponen2 desktop antaranya motherboard, RAM atau harddisk senang dicabut dan dipasang semula pada komputer. Harga untuk membaiki sebuah desktop juga lebih murah kalau nak dibandingkan dengan harga membaiki sebuah laptop.

Harga

Dengan spesifikasi komputer yang sama, harga desktop akan jauh lebih murah berbanding laptop. Katakan anda mahu membeli sebuah komputer untuk tujuan bermain game, jadi anda perlukan komputer yang mempunyai grafik kad yang canggih, dan juga RAM dan Processor yang berkuasa tinggi.

Untuk tujuan gaming, harga sebuah laptop akan berada antara RM4000 ke RM10,000. Mahal bukan? Namun jika anda beralih ke desktop, tak mustahil untuk mendapat harga serendah RM2500*.

*untuk desktop yang dipasang sendiri

Selingan – Sebab tambahan kenapa orang memilih desktop untuk saya kongsi bersama anda

Desktop kurang menarik minat pencuri berbanding laptop :D

Kata Putus – orang membeli desktop kerana Tahan Lasak, Mudah Upgrade dan Mudah Dibaiki, dan Harga.

Jadi, sebelum memilih desktop atau laptop, pertimbangkanlah sebab yang paling utama buat anda, kerana desktop atau laptop masing2 ada keburukan dan kebaikannya.

PS: Terima kasih pada yang join survey saya di Forum WangCyber dan Twitter hari itu :)

« Previous PageNext Page »