PC Fair kembali lagi..

by on December 11, 2008
in Coretan WK, Teknologi, Umum

Salam dan Apa khabar semua? :)

Sekadar post ringkas dari saya..boleh juga dikatakan pengumuman :)

Bagi yang ingin membeli aksesori komputer, jangan lupa berkunjung ke PIKOM PC Fair.

Pikom PC Fair

Pikom PC Fair 2008

Bila: 12/12/08 (Jumaat) – 14/12/08 (Ahad)

Tempat: KL Convention Centre

Masa: 11 pagi ke 9 malam

Nota- Pada yang tak tahu nak datang ke KL Convention Centre, ambil saja PUTRA LRT (sekarang dikenali sebagai Kelana Jaya Line) ke stesen KLCC. Kemudian, berjalan ke arah KLCC sehinggalah anda nampak pokok krismas yang paling tinggi di Malaysia :P (hanya applicable pada bulan 12 saja ya), kemudian belok ke kiri dan terus sehingga nampak Maybank. Susur lalu ikut terowong di sebelah Maybank. Naik escalator ke atas, dan anda akan jumpa KL Convention Centre di sebelah kanan anda.

Jangan la pula tanya saya, macam mana nak datang KL :P Tak sempat datang ke KL, PIKOM PC Fair di Johor Bahru pun ada nanti.

Mungkin saya juga akan singgah2 di sana esok pada tengahari, jika keadaan mengizinkan heh. Lama juga saya tak tengok perkembangan terkini gajet2 komputer. Harap2 tidak penuh dengan manusia sangat.

Oh ya, kalau malas mahu bersesak2 di PIKOM PC Fair, berkunjunglah ke Low Yat. Anda akan dapat tawaran yang sama selalunya :)

Jumpa di sana esok~~

6 benda WaidaKmy berhabis kerananya..

by on September 20, 2008
in Coretan WK, Umum

Salam mesra semua :)

Makan apa berbuka tadi? Alhamdulillah dapat makan nasi, rasa macam dah lama tak jumpa.

Oh ya,sekarang anda boleh tahu cerita terkini saya (di bahagian kanan bawah ruang “About WaidaKmy”) melalui Twitter. Kadang2, saya tak dapat update blog ini, jadi ruangan ini macam update kecil dari saya. Jom ikut saya di Twitter :D Setelah daftar, anda akan dapati di bawah gambar saya, ada butang “Follow”. Anda juga boleh cari sesiapa yang anda kenal dan “follow” mereka.

Ok lah, post pendek je kali ini. Saya nak menjawab “tag” yang telah sekian lamanya dari Catzer (maaflah).

Apa 6 pelaburan terbaik saya?

Pertamanya, sudah pastilah Desktop PC kesayangan saya yang telah setia menemani tuannya ini selama 7 tahun, walaupun isi dalamnya telah berubah. Perubahan terlalu banyak, tak terkira berapa kosnya. Casing dah berubah daripada biru ke hitam, penggantian motherboard yang entah ke berapa kali, monitor bertukar, penambahan harddisk, CD & DVD Burner. Saya rasa, komponen asal yang masih ada pun CD driver dan harddisk hoho. Harap ia masih setia, bila muncul adik baru (yang pastinya lebih lawa dan mobile) kelak :D

Keduanya, koleksi buku cerita, komik, CD dan DVD yang dah memeningkan saya untuk menyusunnya di rak. Rasa2nya cecah 200 ke 300 kesemuanya, yang dikumpul dari zaman saya sekolah menengah lagi. Pendek kata, boleh buat mini library, jika saya ada rumah sendiri nanti :P Kalau dikira tentang kos, mungkin tak semahal mana, kerana kebanyakannnya saya borong di kedai 2nd hand. Walaupun begitu, ini antara harta yang saya sangat sayang.

Ketiganya, diri saya sendiri kot, haha. Pastilah kita melabur yang terbaik untuk diri sendiri. Tentulah pulangannya lumayan sekali…

Keempatnya, blog WaidaKmy.com atau Wanita & Komputer ini :D Berkenalan dengan anda semua adalah pengalaman menarik saya. Moga ia menjadi pelaburan bermakna untuk saya pada masa hadapan nanti.

Kelimanya, mungkin kereta Myvi saya yang selalu didera ke sana ke sini. Pernah dilanggar setelah baru 2 bulan dibeli huhu. Malang betul dapat tuan macam saya nih :P

Keenamnya, Nokia Classic 6120 yang dibeli kerana bosan memakai telefon biasa selama 7 tahun. Tapi, bila dah beli, terasa membazir pula, fungsi yang ada tak digunakan sangat gara2 sayangkan kredit. Tunggulah 3G Maxis murah sikit :P

Nota: Kelima dan Keenam tu hanyalah sebagai mengisi ruang saja hehe, dah tak ada idea

Oklah, tiba masanya saya “tag” pula orang lain hehe..Yang menjadi mangsa seterusnya adalah..

Dikmal

LuvLee

MazlieNadzri

Nasrun

Hehe, cukuplah tu. Saja men’tag’ kenalan yang ada di Twitter.com :D Terpulang pada kalian untuk menjawab atau tak, kerana ini hanya suka2.

Jumpa lagi…

Apa istimewanya 3/9??

by on September 3, 2008
in Coretan WK, Umum

Salam mesra semua :)

Selamat Berpuasa kepada yang Muslim..Semoga kedatangan Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan buat kita semua…Insya Allah…

Apa istimewanya 3/9?

lif di hari istimewa saya

Hari yang agak memenatkan (tak berhenti menguap semasa menulis ni.haih, lambat lagi tidur hari ini..). Hari yang juga benar2 menduga kerana keputusan yang dibuat hari ini dah tak ada jalan pulangnya lagi. Semoga keputusan yang diambil hari ini selaras dengan future outcome yang saya mahukan nanti, Insya Allah…

Hari ini juga istimewa sebab hari ini adalah hari jadi saya :D Happy Birthday to me!!!

Okay, tak lupa juga kejutan pada hari ini. Pagi2, sudah dapat lagu mp3 birthday, hadiah dan juga wish. Paling kelakar, adalah kehadiran kawan rapat yang muncul secara tiba2 (Pandai buat suprise ya…) Oh ya, petang balik dari kerja pula dapat suprise cake (makan waktu berbuka ya) Thanks kawan2 dan famili..Appreciate it all..Tak lupa juga yang wish di Friendster..

Sepatutnya, ada kejutan juga untuk kamu semua..Tapi tak jadi la pula heh. Terpaksa tunda sikit sebab kesibukan yang tiba2 melanda.

Kek Birthday

Keputusan Pertandingan Komik di WaidaKmy.com

Masuk 12.01 pagi 3hb tadi, tamatlah pertandingan Komik di WaidaKmy.com nih.

Terima kasih yang menghantar, walaupun penyertaan tidak begitu memberansangkan (huu). Tapi, tak apa lah. Sebabnya, pada yang dah pun hantar, anda betul2 bertuah. Saya dah buat keputusan, untuk tak laksanakan Pusingan Ke-2 Pertandingan ini.

Disebabkan hari ini hari istimewa saya, mood pun baik, rezeki pun ada lebih , jadi saya umumkan, kesemua yang hantar lukisan komik, akan terima RM100 dari saya (wow!). Jangan ada pula yang hantar komik selepas ini Maaf ya, tidak diterima lagi..

Jadi, kepada yang berkenaan, sila hubungi saya melalui emel dan berikan nombor akaun anda.  Saya akan bank-in duit nanti.

Nanti saya akan postkan komik anda dan ulasan saya di entri akan datang..(sepatutnya nak tulis panjang lagi, tapi dah tak larat nak tulis..)

PS: Tak tahu la kenapa ada X untuk setiap yang komen..hmm..nantilah diselidik..

Update WK

by on September 1, 2008
in Coretan WK, Umum

Alhamdulillah..

Masalah dah pun selesai. Thumbs up to EcommerceMastery team!!

Untuk pengetahuan anda semua, website ini menghadapi masalah di pihak server. Itulah sebabnya, 2,3 hari ini, website ini tak boleh diakses. Alhamdulillah juga, semua data tidak ada yang hilang. Saya hanya sempat buat backup 1 minggu sebelumnya saja. Itu pentingnya buat backup selalu heh

Update Pertandingan Komik

Sila2 hantar komik anda..Memandangkan website ini bermasalah dalam 2,3 hari ini..Saya beri anda masa sehingga 2hb Sept..Masih ada 2 setengah hari lagi ni..

Jumpa lagi… :)

PS: Terima kasih yang dah menghantar..Saya hargai sangat2 :)

Hadiah hari lahir RM100 untuk dimenangi..

by on August 4, 2008
in Umum

Khabar baik dari Johor, :)

Seronok dapat berjumpa dengan rakan2 forum WangCyber di Bukit Jalil ahad lepas :) Kelakar juga, banyak sangkaan yang meleset (ingatkan tinggi, rupa2nya comel je, dan sebaliknya). Biasalah, kenalan online yang hanya bergantung pada gambar. Seronok memang seronok, cuma sekejap sangat, tak dapat borak lama dengan semua. Highlight of the day, mendengar tips hebat dari Irfan Khairi dan rakan2 IM lain.

Genap sebulan lagi hari lahir saya akan menjelang, jadi saya ingin beri hadiah istimewa untuk anda yang bertuah :D Apa yang anda perlu buat adalah memenangi pertandingan ini. Saya akan terangkan dengan lebih lanjut di bawah. Teruskan membaca :)

Pertandingan Komik Komputer di WaidaKmy.com

Pertandingan ini ada 2 bahagian. Yang pertama, komik anda akan dikumpulkan dalam tempoh 2 minggu. Bahagian kedua, proses pengadilan komik akan bermula, juga dalam masa 2 minggu.

Apa yang perlu anda buat di…

Pusingan Pertama (4/8 sehingga 18/8)

  • Lukis komik bertemakan komputer. Tema mesti tepat, bukan setakat lukis komputer dalam komik :P
  • Komik mestilah kreatif dan tidak memboringkan. Yang penting, sesiapa pun boleh teruja jika membacanya
  • Komik boleh berbentuk cerita panjang, atau pendek, tiada had (tapi jangan lah sampai jadi komik bersiri pula :P )
  • Komik mestilah jelas warna dan tulisannya (sesuai untuk dipaparkan pada blog ini)
  • Komik mesti berbahasa melayu
  • Komik mestilah mempunyai “isi”. Tidak dibenarkan unsur2 slapstik, lawak bodoh, diskriminasi atau lucah. Penyertaan akan dibatalkan serta-merta jika syarat ini dilanggar
  • Hint : Markah akan diberi lebih jika anda dapat menggunakan apa2 yang terdapat di blog ini dalam komik anda :D Fikir2kan…

Pusingan Kedua (19/8 sehingga 2/9)

  • Komik yang telah anda lukis, hantarkan kepada admin [at] waidakmy.com sebelum atau pada 18/8.
  • Setiap komik yang dihantar, akan dipaparkan pada blog waidakmy.com
  • Selama 2 minggu, saya perlukan anda (ya , pembaca blog ini :) ) untuk undi komik kegemaran anda.

Kriteria Pemarkahan

50% dari undi pembaca2 blog waidakmy.com

50% pula dari saya. Komik anda akan dinilai mengikut unsur2 seperti yang diterangkan di atas. (Markah lebih jika dapat menangkap hint yang saya maksudkan ;) )

Peraturan & Syarat Pertandingan

  • Peserta paling minima 1 orang, dan tidak lebih dari 2 orang
  • Plagiat adalah dilarang sama sekali. Komik mesti lah yang original.
  • Saya berhak menambah atau membuang peraturan & syarat pertandingan pada bila2 masa. Peraturan & syarat pertandingan di waidakmy.com adalah paling utama, Jika ada perbezaan peraturan di antara website2 lain. Rajin2 lah bertandang ke sini selalu…heh
  • Keputusan akhir pertandingan tertakluk kepada pihak waidakmy.com

Bagaimana dengan hadiah? :)

Tempat 1 – Wang tunai RM100

Tempat 2 – Wang tunai RM50

Tempat 3 – Wang tunai RM30

Pemenang Peraduan Komik Komputer akan diumumkan selewat2nya pada 3/9 di blog waidakmy.com

Jika anda suka melukis komik, apa kata anda cuba? Mungkin boleh menang duit RM100. Siapa tahu?

Jangan lupa wara2 kan kepada kawan2 anda :)

Jumpa lagi!!

Tambahan 5/8/2008:

Sesiapa yang berminat, harap dapat daftarkan diri dengan hantar email kepada pihak waidakmy.com. Tiada tempoh masa selagi masih sempat menghantar komik sebelum 18/8

Tambahan lagi (7/8/2008):

Kalau malas mahu hantar email, daftar di ruang komen pun boleh (kalau anda bertanya, saya tak kira anda daftar lagi). Saya mahu yang benar2 serius menyertai pertandingan ni :)  Yang penting, isikan email yang betul. Susah saya nak hubungi anda nanti.

Tambahan lagi dan lagi :) (13/8/2008):

Kejam pula rasanya bagi tempoh 2 minggu saja untuk lukis komik. Jadi, saya buat keputusan untuk panjangkan lagi tempoh sehingga hujung bulan Ogos (31/8/2008). Oleh itu, lukis cantik2 yey! :)

Next Page »