4 Sebab Tak Update Blog: Kartunis Ubi Puncanya
by waidakmy on March 4, 2009
in Coretan WK
Apa khabar?
Fuh, seminggu lebih tak update blog ini. Tersasar lagi sasaran saya untuk update blog ini 2 kali seminggu
(Macam mana nak capai target 200++ artikel tahun ini kalau macam ini selalu?) Saya bukan jenis orang yang beri alasan. Either you do or die!! (cewah)
Jadi, saya akan tetap sambung cerita seterusnya tentang Kirana (permulaan cerita Kirana di sini) hujung minggu ini, Insya Allah. Saya perlu stadi sikit topik yang bakal saya tulis supaya lancar saja semasa menulis nanti
Jadi, kita relaks2 saja hari ini ya?
Mungkin ada juga yang bengang agaknya saya lambat update blog, jadi di sini saya berikan 4 sebab konkrit kenapa saya tak update blog (ini tak dikira sebagai alasan kan?
)
4 Sebab Saya Tak Update Blog
1 – Sambut hari lahir kawan baik
Merajuk pula kawan baik saya nanti, jadi mesti la sambut birthday dia kan?
Lagipun, sekali sekala perlu juga merehatkan minda dan badan. Tidaklah cepat terasa bosan dengan kerja2 yang anda lakukan. Sebenarnya, bukan saya (dan anda) saja yang perlu berehat. Komputer saya (dan anda) itu juga perlukan rehat
Jangan sampai terus-terusan didera tuannya
Nanti komputer anda merajuk, susah pula
2 – ‘Kerjakan’ masalah teknikal pada 1 blog klien
Blog yang saya setup untuk seorang klien, menghadapi masalah ke’hilang’an gambar. 2 ke 3 hari jugalah saya mencari penyelesaian masalah ini di Google. Memang, masalah ini agak merumitkan kepala saya, ditambah lagi isu hosting klien yang hmmm..sehingga satu tahap, saya ingin berputus asa. Mujurlah ada video pemberi semangat yang berjaya membangkitkan semangat saya kembali. Tetapi, alhamdulillah, masalah ini selesai dengan penyelesaian yang tak disangka2 (senang saja sebenarnya hehe). Ilham dari Allah sudah pastinya
3 – Sibuk dengan MajalahIM 11 – Kartunis Ubi Buat Duit Dengan Servis
Sebagai salah seorang krew, saya kena dahulukan kerja2 MajalahIM supaya tidaklah pembaca tertunggu2. Dan, alhamdulillah, kami semua berjaya untuk menerbitkan MajalahIM edisi ke 11 ini dengan jayanya pada 1 Mac lepas. Ini saya kira suatu kejayaan buat kami kerana selama ini sering tersasar dari tarikh penerbitan.
Jika ada antara anda yang berminat untuk berniaga di Internet, anda seharusnya menjadikan MajalahIM sebagai ‘makanan’ anda setiap bulan. Jika tidakpun, apa kata anda mendengar suara seksi Kartunis Ubi yang popular dengan komik “Aku, Dia dan Volkswagen” di Majalah Ujang suatu masa dulu. (lebih digalakkan jika anda ada kakak
)
Berminat? Download dari link di bawah
Link Utama atau Link Backup
4 – Sediakan modul untuk Bengkel Asas Blog kelolaan MajalahIM.com
Saya sedang dalam proses menyediakan modul untuk satu bengkel blog yang akan diadakan pada 4hb April nanti. Detail tentang bengkel blog ini akan diberitahu nanti. Apa yang pasti, ia adalah gabungan teori dan praktikal
Jika selama ini, anda sangat2 berminat untuk ada blogdotcom sendiri tapi tak tahu bagaimana, ambillah peluang ini untuk belajar dengan kami
Tidak perlu risau jika anda tidak faham segala istilah teknikal blog atau perkara teknikal tentang blogdotcom, kerana anda akan belajar semuanya dari asas pada hari itu. Yang penting, anda pulang ke rumah hari itu dengan sebuah blog anda sendiri
Jadi, jangan lupa ketepikan sedikit wang anda untuk ke bengkel ini. Jumpa anda di sana nanti!!
-WK-
PS: Akhir2nya panjang juga post ini huhu..
PS: Konkrit tak 4 sebab saya tu?
PS: Bro Ubi, jika awak terbaca post ini, jangan marah haa
Saya tak ada kakak la tapinya
Related posts:




Tahniah kepada semua yang terlibat. Aja-aja fighting!
Balas Komen Ini
Saya berminat nak join bengkel asas blog….akan ditunggu pengumannnya….
Balas Komen Ini
@hazman, insya allah..akan saya beritahu nanti di blog ini..
Balas Komen Ini
hohoho!
kalau takde kakak, sepupu pn kira orait gak!
Balas Komen Ini
masih tak faham hingga ke hari ini apa sebenarnya pemasaran internet……
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
March 13th, 2009 at 1:02 pm
@yieco, pemasaran internet sama juga seperti pemasaran biasa…yang lainnya cuma pada medium yang digunakan, iaitu internet
banyak info boleh dapat dari Majalah IM..jadi saya syorkan yieco download dari http://www.MajalahIM.com
Balas Komen Ini