Blog Wanita & Komputer menyokong Earth Hour

by waidakmy on March 27, 2009
in Coretan WK

Salam dan Apa khabar? :)

Dah guna teknik ping yang saya kongsi pada post lepas?

Saya baru saja guna teknik ping ini semalam bila ada masalah untuk sambung ke modem baru (modem lama saya kan terbakar kena kilat). Jika anda tak cuba lagi, apa kata cuba teknik ping itu? ;)

Sebenarnya, saya tulis post ini untuk wara-warakan pada anda semua tentang usaha Earth Hour

Earth Hour Malaysia

Jadi, mari kita bergelap beramai-ramai esok!

Nota: Gambar telah dicedok dari blog YusrizalRazak

Padamkan lah mana2 lampu yang tak pakai itu. Tutup lah mana2 suis yang tak diguna itu. Rehatkan lah komputer kita yang selalu didera 24 jam itu :P

Mungkin ada yang berkata usaha ini tiada signifikannya. Ya lah, setakat tutup lampu dan suis, apa lah sangat efeknya kepada Bumi

Namun, bagi saya, apa saja usaha yang kita lakukan walau sekecil mana pun, impaknya tetap akan ada.. :)

Air yang mengalir turun ke atas batu yang keras, lekuk juga akhirnya bukan?

Yang Akan Tutup PC Esok,

-WK-

PS: Apa kata jimatkan sedikit elektrik dengan ubah setting komputer anda?

  • Blogger Post
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Messenger
  • Twitter
  • Hotmail
  • Facebook
  • Digg
  • LiveJournal
  • Technorati Favorites
  • Tumblr
  • Windows Live Favorites
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Tak Dapat Akses Internet: Apa Langkah Anda?
  2. Teknik ping untuk uji sambungan Internet
  3. Skrin komputer tidak menyala
  4. Tips 22 – Teknik menaip laju
  5. Teknik Melukis dengan Mudah
  6. Tips 21 – susah ke belajar komputer?
  7. Tips 25 – Tak dapat sambung ke internet?
  8. 12 Blog Komputer Anda Patut Tahu

Comments

6 Responses to “Blog Wanita & Komputer menyokong Earth Hour”
  1. sitihanieza says:

    mcm kenal..u look like my x-roomate..aida aman

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @sitihanieza, pelanduk dua serupa kot..walaupun nama tu ada la iras2 sikit :D

    Balas Komen Ini

  2. budakccns says:

    “Earth Hour” Bukan saya berfikiran negatif atau kolot, tetapi ade beberaper kemungkinan atas perkara ini dari segi benefit yup saya akui yang kita dapat kurangkan penggunaan tenaga electrik(eventhough tak semua yang tutup lampu),

    Dari segi negatif plak ini terdapat beberape strategi menguasai pemikiran manusia dunia bagi pihak pakar psikologi barat yang menyokong tindakan BUSH… sebab kenape barat ambik enteng mengenai PALESTINE?IRAQ?AFGANISTAN? sebab dengan cara begini pihak bijak pandai barat dapat mengetahui tahap umat manusia didunia menerima saranan mereka…. Cuba kita try tgok selepas sesuatu perbuatan mereka, pasti banyak survey dilakukan. DAn dari situ mereka buat consideration samada dunia ramai menyokong or menentang…. bEBALIK DARI EARTH HOUR TU, akan ade kemungkinan membantu mereka buat satu strategi peperangan munkin waktu kita dalam kegelapan… Ini la fungsi survey(dari result survay banyak yang boleh kita gunakan samada +ve or -ve)…. Hanya sekadar perbincangan dari budak yang kekuranagan ilmu WASSALAM

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @budakccns, terima kasih atas pendapat awak. Saya faham ada juga yang mempertikaikan perkara ini.

    Bagi saya sendiri, saya lebih suka melihat sesuatu itu dari aspek positif saja, walaupun ada yang melihatnya dari aspek negatif (maaf, saya bukan bermaksud awak, tapi secara umumnya), bukan untuk perkara baik malah perkara buruk sekalipun.

    Contohnya kalau saya dibuang kerja. Saya percaya yang perkara buruk itu, kadang-kadang ia baik untuk kita cumanya kita tak nampak lagi

    Bukan apa, saya lebih gembira jika fikir begini, dari memikirkan perkara yang kadang-kadang di luar jangkaan dan kawalan kita

    Apa yang penting, adalah buat sesuatu yang baik dalam kawalan kita. Tidak mustahil, perkara baik yang kita lakukan itu, boleh mendorong orang lain dan seterusnya umat Islam :)

    Balas Komen Ini

  3. budakccns says:

    :) yup that is good answer…. Cik WAida bagaimana dengan pertanyaan saya berkenaan dengan thread satu lagi tu? Kalo tak salah saya mengenai “how to detect connection problem through ping method”? Sebab result untuk berjaya ngan fail yang saya dapat adalh sama, so how to compare?

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @budakccns, owh..saya dah reply kat situ. tak apalah..sebenarnya saya minta untuk awak hantar screenshot pada saya kat emel :)

    update: saya dah hantar emel tentang ini..boleh tolong cek ya..terima kasih

    Balas Komen Ini

Kongsikan Pendapat Anda

Anti-Spam Protection by WP-SpamFree