Blog Wanita & Komputer menyokong Earth Hour
by waidakmy on March 27, 2009
in Coretan WK
Salam dan Apa khabar?
Dah guna teknik ping yang saya kongsi pada post lepas?
Saya baru saja guna teknik ping ini semalam bila ada masalah untuk sambung ke modem baru (modem lama saya kan terbakar kena kilat). Jika anda tak cuba lagi, apa kata cuba teknik ping itu?
Sebenarnya, saya tulis post ini untuk wara-warakan pada anda semua tentang usaha Earth Hour

Jadi, mari kita bergelap beramai-ramai esok!
Nota: Gambar telah dicedok dari blog YusrizalRazak
Padamkan lah mana2 lampu yang tak pakai itu. Tutup lah mana2 suis yang tak diguna itu. Rehatkan lah komputer kita yang selalu didera 24 jam itu
Mungkin ada yang berkata usaha ini tiada signifikannya. Ya lah, setakat tutup lampu dan suis, apa lah sangat efeknya kepada Bumi
Namun, bagi saya, apa saja usaha yang kita lakukan walau sekecil mana pun, impaknya tetap akan ada..
Air yang mengalir turun ke atas batu yang keras, lekuk juga akhirnya bukan?
Yang Akan Tutup PC Esok,
-WK-
PS: Apa kata jimatkan sedikit elektrik dengan ubah setting komputer anda?
Related posts:



mcm kenal..u look like my x-roomate..aida aman
waidakmy Reply:
March 29th, 2009 at 6:30 pm
@sitihanieza, pelanduk dua serupa kot..walaupun nama tu ada la iras2 sikit
“Earth Hour” Bukan saya berfikiran negatif atau kolot, tetapi ade beberaper kemungkinan atas perkara ini dari segi benefit yup saya akui yang kita dapat kurangkan penggunaan tenaga electrik(eventhough tak semua yang tutup lampu),
Dari segi negatif plak ini terdapat beberape strategi menguasai pemikiran manusia dunia bagi pihak pakar psikologi barat yang menyokong tindakan BUSH… sebab kenape barat ambik enteng mengenai PALESTINE?IRAQ?AFGANISTAN? sebab dengan cara begini pihak bijak pandai barat dapat mengetahui tahap umat manusia didunia menerima saranan mereka…. Cuba kita try tgok selepas sesuatu perbuatan mereka, pasti banyak survey dilakukan. DAn dari situ mereka buat consideration samada dunia ramai menyokong or menentang…. bEBALIK DARI EARTH HOUR TU, akan ade kemungkinan membantu mereka buat satu strategi peperangan munkin waktu kita dalam kegelapan… Ini la fungsi survey(dari result survay banyak yang boleh kita gunakan samada +ve or -ve)…. Hanya sekadar perbincangan dari budak yang kekuranagan ilmu WASSALAM
waidakmy Reply:
April 18th, 2009 at 12:47 pm
@budakccns, terima kasih atas pendapat awak. Saya faham ada juga yang mempertikaikan perkara ini.
Bagi saya sendiri, saya lebih suka melihat sesuatu itu dari aspek positif saja, walaupun ada yang melihatnya dari aspek negatif (maaf, saya bukan bermaksud awak, tapi secara umumnya), bukan untuk perkara baik malah perkara buruk sekalipun.
Contohnya kalau saya dibuang kerja. Saya percaya yang perkara buruk itu, kadang-kadang ia baik untuk kita cumanya kita tak nampak lagi
Bukan apa, saya lebih gembira jika fikir begini, dari memikirkan perkara yang kadang-kadang di luar jangkaan dan kawalan kita
Apa yang penting, adalah buat sesuatu yang baik dalam kawalan kita. Tidak mustahil, perkara baik yang kita lakukan itu, boleh mendorong orang lain dan seterusnya umat Islam
waidakmy Reply:
April 18th, 2009 at 10:56 pm
@budakccns, owh..saya dah reply kat situ. tak apalah..sebenarnya saya minta untuk awak hantar screenshot pada saya kat emel
update: saya dah hantar emel tentang ini..boleh tolong cek ya..terima kasih