Coretan Bulan Ramadhan
by waidakmy on September 2, 2009
in Coretan WK
Salam dan Apa khabar?
*sambil mengelap habuk-habuk digital yang memenuhi blog
Walaupun blog ini sudah berhabuk digital, saya masih hidup lagi (Alhamdulillah). Cuma ingin mengurangkan aktiviti mengadap depan komputer di bulan Ramadhan yang mulia ini (malas pun ada juga rasanya
). Jadi, memang akan berkuranglah kekerapan saya menulis artikel-artikelĀ komputer di blog Wanita & Komputer ini (dia pun puasa juga
).
Lagipun, andai anda juga seperti saya, yang bangun sebelum subuh, bergerak ke tengah KL seawal pagi (baca: sebelum pukul 7 pagi) untuk bekerja, mungkin anda merasakan masa dalam bulan Ramadhan ini memang cepat berlalu. Maka, seeloknya kita manfaatkan masa yang ada sebaiknya. Mana tahu, ini Ramadhan terakhir kita kan?
Di sini, saya juga ingin memohon maaf daripada semua pengunjung blog ini, andai ada kesilapan saya yang disengajakan atau tidak. Maafkanlah saya. Rasa-rasanya, saya antara yang terakhir ucap ‘Selamat Berpuasa’ agaknya. Tetapi, kita masih dalam bulan Ramadhan bukan? Jadi, saya tetap ingin ucapkan
Selamat Berpuasa!!
Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu kebaikan dan keberkatan untuk kita. Semoga apa saja amalan kita pada bulan ini berkekalan sehingga ke bulan seterusnya. Aminn..
Jumpa lagi! Wassalam
Terlupa pula,
“Selamat Berbuka!”
-WK-
PS: Emosi sikit. Biasalah, memang biasa berlaku pada hari-hari sebelum 3/9
PSS: Kot-kotlah ada yang ingin menghantar kad raya kepada saya
Related posts:



Moga Allah melapangkan masa anda. Ada orang, tak buat apa-apa tapi rasa tak cukup masa juga
waidakmy Reply:
September 5th, 2009 at 6:38 am
Aminn…terima kasih!
Selamat berpuasa dan menyambut hari raya
waidakmy Reply:
September 13th, 2009 at 5:10 pm
@taiko, selamat hari raya!
bagus la tu,boleh perbanyakkan ibadah di bulan yg mulia ni..nanti lepas raya boleh la mengadap komputer balik …
selamat berpuasa gak..hehe selamat segala2 k..nnt sediakan duit raya utk aku skali tau!
waidakmy Reply:
September 13th, 2009 at 5:11 pm
@nadia, aha. bukan sepatutnya yang lagi tua yang kena sediakan duit raya?
selamat berpuasa dan selamat incoming hari raya…
waidakmy Reply:
September 18th, 2009 at 3:44 pm
@aizat kamal, selamat hari raya juga!