Komik dari Pembaca untuk tatapan anda :)
by waidakmy on September 9, 2008
in Coretan WK
Apa khabar semua?
Tup2 dah seminggu berpuasa. Kejap je masa berlalu. Perlu kejar faedah bulan Ramadhan ni sebelum habis begitu saja.
Maafkan saya juga, kerana lambat ‘post’ komik2 tu. Saya sibuk kerjakan layout baru untuk blog Wanita & Komputer ni. Ingatkan boleh siapkan separuh hari meng’edit’, rupa2nya hampir satu hari. Habis semua plan saya ‘lari’. Belum siap sepenuhnya lagi ini, saya mahu ‘womanize’kan lagi layout ini
Tapi, tunggulah. Penat juga mata ni tengok coding HTML tu hehe
Bagaimana? Ok layoutnya? Saya dah tak larat tengok layout lama yang cukup serabut susunannya terutama sidebar. Oh ya, untuk hasil maksima, blog ini perlu di-view dengan Mozilla Firefox versi 3.0.
Semoga anda enjoy komik yang dilukis oleh pembaca kita
Komik dari Kakeru
((untuk imej yang lebih besar, klik pada gambar)
Bagaimana?
Pertama kali saya tengok, terus saya katakan dalam hati, “Wah Cerianya!”
Menjawab pertanyaan Kakeru, kenapa blog ini dinamakan Wanita & Komputer ?
Pertamanya…
Sebab yang menulis tips2 komputer untuk anda semua adalah wanita, jadi Wanita & Komputer lah
Keduanya…
Banyak wanita yang takutkan komputer, atau rasa ianya terlalu teknikal dan susah. (Maaf, saya tahu bukan kesemuanya
) Jadi saya nak ubah persepsi komputer bukan lah terlalu susah sangat. Ianya boleh dipelajari oleh sesiapa saja
Sebab itulah, blog ini memfokuskan tips2 komputer yang mudah2 saja, supaya boleh dipelajari oleh anda semua…bukan fokus pada wanita saja…
Saya percaya yang sesiapa pun boleh menguasai ilmu asas komputer asalkan ada minat dan kemahuan
Komik dari Fazly Eddy
(untuk imej yang lebih besar, klik pada gambar. Kemudian, tekan butang zoom untuk imej yang lebih jelas)
Kalau komik dari Kakeru, layoutnya macam komik Sailormoon, yang dilukis oleh Fazly Eddy pula, seperti Dragon Ball
Nampak ciri2 komik dari 2 jantina yang berbeza.
Kelakar juga sebenarnya. Walaupun saya kerap menghadap komputer, tidak lah muka saya jadi komputer juga.
Parah kalau ada yang jadi begini hihi
Moral dari komik ini, jangan duduk menghadap komputer sampai muka anda pun jadi komputer
Selingan Tips Kesihatan…
Pastikan selepas 30 minit menggunakan komputer, tenung benda yang jauh selama beberapa saat. Kemudian, tengok benda yang dekat kembali. Gilir2 perbuatan ini selama beberapa ketika.
Oh ya..mata pun boleh kering, tenung komputer lama2.
Jagalah mata anda sebelum mata anda disakitkan
Ok lah, jumpa lagi
PS : Saya di Johor ni. Kurang pula kemudahan PC dan Internet di tempat saya berada ni. Lambat sikit dapat reply emel atau komen anda semua
Related posts:






salam waida,
lama tak menyinggah, wahhh..dah lawa la blog waida…
yg akak nyer tak cun arrr……
tak beshhh nya…
nk le bg lawa…
Balas Komen Ini
salam kak zawiah
terima kasih..tak sia2 bersengkang mata menukar coding hehe..
cuba la akak cari theme yang bersesuaian dengan blog akak..dan ubahsuai..
kalau ada masa lapang saya boleh tolong2 sikit ubah coding tu..sikit2 boleh lah..
Balas Komen Ini
salam waida,
usaha yang bagus, ogy setuju dengan konsep pendekatan dan wanita. Dulu saya pun sama. Bukan dalam jurusan it pun dan beranggapan ia amat sukar.
Tetapi sejak berkenalan dan duduk disekeliling orang yang celik komputer perasaan takut dan lain-lain tu semakin pudar.
Terima kasih kerana membuka mata kepada semua kau wanita yang ingin terus berdampingan dengan komputer untuk kesenangan masa hadapan.
Balas Komen Ini
Cantek aa design baru
Balas Komen Ini
@Ogy Aziz,
Salam Ogy
Terima Kasih kerana membakar semangat untuk terus menulis, Insya Allah
@paan,
Design asal kena kredit pada Flisterz la heh. Saya cuma ubah2 aje
Terima kasih
Balas Komen Ini
hebat jugak lukisan komik dorang yer..
Balas Komen Ini
@TheReds:
kelakar dan lawa pun iye..
Balas Komen Ini
mmmm..nk submit tp xde idea…haha..aci x..
kakeru..eddy fazly, blanjer kitorg best gk nih..
Balas Komen Ini
@miya: eheh
Balas Komen Ini
Sala Waidakmy,
Komik saya macam sailormoon..? Hurmm…ingatkan mcm Conan, tak jadi la mcm nih..huhu… Nanti saya bg no akaun, tak sempat lagi dr hari tu.. Maaf ya
Miya, kena belanja korng ke? Jom la, dtg umah time raya nanti..hehe…
Balas Komen Ini
@Kakeru: Eh, bukan jalan ceritanya..Susun atur komik tu. Kalau tengok watak, ada juga macam Conan hehe. Susun atur Conan tu saya tak berapa ingat
PS: Belanja saya sekali boleh?
Balas Komen Ini